Thursday, September 26, 2013

Barack Obama Rupanya 'Takut' Bini'?




NEW YORK CITY 24 Sept. - Siapa lebih berkuasa? Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS), Michelle Obama atau suaminya, Barack Obama yang merupakan Presiden negara ini?

Semua orang tahu Obama merupakan lelaki paling berkuasa di dunia, tetapi Michelle pula merupakan seorang wanita yang hebat sehingga Obama 'takut' kepadanya dan berjaya mempengaruhi Presiden AS itu berhenti merokok.

Obama sendiri secara berseloroh mengaku beliau berhenti merokok kerana 'takut' pada isterinya.

Pengakuan Obama tersebut dirakam ketika pemimpin AS itu menyertai satu majlis berhubung kepentingan masyarakat sivil di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ketika bersembang dengan tetamu pada majlis berkenaan.

Dalam pita rakaman agensi berita CNN, Obama dilaporkan bertanya kepada seorang lelaki yang berada di sebelahnya selepas menghadiri majlis itu, sama ada dia sudah berhenti merokok.

Apabila soalan itu ditanya semula kepadanya, Obama dengan berseloroh berkata: "Saya sudah tidak merokok kira-kira enam tahun lalu. Ini kerana saya takut dengan isteri saya.''

Obama yang terkenal dengan kehidupannya yang sihat, namun mempunyai kelemahan terikat dengan tabiat merokok, dan beliau mengaku kuat merokok ketika muda dalam buku memoirnya Dreams From My Father.

Tabiat merokok Obama dan usahanya untuk berhenti menjadi tajuk pilihan media AS ketika beliau berkempen untuk menjadi Presiden negara ini pada pilihan raya Presiden AS 2008.

Pada tahun pertama menjawat jawatan Presiden AS, Obama menyifatkan dirinya sudah 95 peratus sembuh daripada tabiat merokok, semuanya gara-gara takutkan isterinya, Michelle. – AFP

@Siapa tidak kenal Barak Obama, Presiden pertama Amerika yang pakai kulit lain sikit, Rupanya ‘takut’ pada  bini... PM Malaysia camner? Jangan salah faham, ‘takut’ itu bukan bermaksud kena belasah ke apa, takut itu bererti menghormati akan perasaan orang lain... respect each other.

Eksklusif dipaparkan di sini siapa wanita-wanita di belakang orang besi yang memegang nama BARACK OBAMA INI;  Jatuh bangunnya seseorang yang berjaya itu... Lihat SIAPA di belakangnya!



sumber;washingtonpost.com

No comments:

Post a Comment