Wednesday, September 11, 2013

Empat bersalah rogol, bunuh di India




New Delhi: Mahkamah India semalam mendapati empat lelaki bersalah kerana merogol dan membunuh seorang wanita dalam sebuah bas di New Delhi, Disember lalu.

Kejadian itu mencetuskan protes besar-besaran di seluruh India khususnya dalam kalangan aktivis wanita. Defendan dikenali sebagai Mukesh Singh yang pernah memandu bas berkenaan. Defendan lain ialah Vinay Sharma, 20, seorang pembantu gimnasium; Akshay Thakur, 28, pemandu kedua dan Pawan Gupta, 19, penjual buah.

Dua lagi yang bersama mereka dalam kejadian itu ialah Ram Singh, 33, yang menggantung diri di penjara, adik Mukesh. Seorang lagi ialah lelaki bawah umur dan tidak boleh didedahkan identitinya. Mukesh, Vinay, Akshay dan Pawan didapati bersalah atas semua tuduhan.


Mereka menghadapi kemungkinan dihukum gantung dan keputusan akan diketahui hari ini. Ketika membaca keputusan, Hakim Yogesh Khanna, berkata defendan membunuh orang tidak berdaya.

Ibu bapa mangsa menangis

Ibu bapa mangsa rogol, yang tidak boleh didedahkan mengikut undang-undang India, menangis ketika keputusan dibacakan. Ibu mangsa, memakai sari merah jambu, duduk tidak jauh dari tertuduh dalam bilik kecil mahkamah yang sesak dengan peguam, polis dan wartawan.

Di luar mahkamah, di mana puluhan penunjuk perasaan berkumpul dan sorakan bermula sejurus selepas keputusan dibacakan: “Gantung mereka! Gantung mereka! Gantung mereka!”

Penunjuk perasaan menggelar kes itu satu kejutan buat India.


Gadis alami gangguan

“Setiap gadis pada semua peringkat usia mengalami gangguan atau dirogol. Kami rasa tidak selamat,” kata graduan sekolah perundangan Rapia Pathania.

“Sebab itulah kami di sini. Kami mahu kes ini menjadi contoh buat setiap kes lain yang difailkan dan akan difailkan.”

Peguam bela tertuduh, AP Singh, berkata semua anak guamnya tidak bersalah.
“Tertuduh diperangkap hanya untuk memuaskan hati orang ramai. Ini bukan satu perbicaraan adil,” katanya kepada media. Empat lelaki terbabit berada dalam bas, Disember lalu, apabila mangsa diperdaya. – AP.

@ Peguam bela tertuduh, AP Singh, berkata semua anak guamnya tidak bersalah.
... dan mungkin Peguam AP Singh akan berpusing 3600  jika anak gadisnya ditempat mangsa yang malang itu...

No comments:

Post a Comment