Sunday, September 8, 2013

Selepas 19 Tahun Baru Sedar, Rupanya Isterinya Seorang Lelaki!



Foto Hiasan
Seorang lelaki Belgium yang hanya mahu dikenali sebagai Jan tekejut besar setelah mengetahui isteri beliau selama 19 tahun sebenarnya seorang lelaki. Jan berkahwin dengan Monica pada tahun 1993 selepas bertemu diIndonesia.

Sepanjang perkahwinan Jan tidak mengesyaki apa-apa yang aneh dengan Monica kerana beliau mempunyai kitaran haid seperti wanita biasa. Selain daripada itu Jan juga mempunyai hubungan seks yang biasa dengan isteri beliau. Pasangan ini juga memang tidak mahukan cahaya mata kerana Jan sudahpun mempunyai dua orang anak dari dua perkahwinan sebelumnya

Masalah mula timbul apabila Monica mula bekerja sepenuh masa. Anak lelaki Jan menemui ibu tiri beliau di kelab malam berpakaian menjolok mata. Jan pula mula menemui "surat cinta" dari lelaki lain di dalam komputer milik Monica. Pada waktu yang sama anak lelaki Jan mula mendengar khabar angin Monica dahulunya seorang lelaki yang menjalani pembedahan pertukaran jantina.

Jan yang hilang sabar terus bertanya dengan Monica bagi mendapatkan kebenaran. Beliau terkejut apabila Monica mengesahkan khabar angin yang didengari anak lelaki Jan. Selama ini Monica berjaya membohongi Jan dengan meletakkan darah tiruan pada tuala wanita untuk memberikan ilusi beliau seorang wanita tulen.

Pasangan suami isteri ini sedang dalam proses bercerai dan Jan mahu menghalau Monica dari rumah milik mereka atas alasan penipuan yang melampau.


No comments:

Post a Comment