Thursday, October 31, 2013

Lelaki Paling BODOH Atas Planet Ini!!




‘Kemaluan Tidak Berguna’

Hangzhou: Gara-gara kecewa kerana tidak mempunyai pasangan, seorang lelaki memotong sehingga putus kemaluannya sebelum terpaksa menahan kesakitan sambil berbasikal ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Masalahnya, lelaki terbabit bergegas ke situ dengan harapan doktor dapat menyelamatkan kemaluannya tetapi organ berkenaan tidak dibawa bersama. Dalam kesakitan doktor meminta lelaki terbabit kembali ke rumahnya untuk mengambil anggota sulit berkenaan sebelum ia dapat dirawat.

Malang menimpa Yang Hu tidak berakhir di situ. Apabila pemuda berusia 26 tahun terbabit kembali ke hospital bersama kemaluannya, dia terkejut apabila diberitahu ia tidak dapat diselamatkan.

Jurucakap hospital berkata, kemaluan Yang terbiar tanpa darah terlalu lama selepas dipotong. “Mustahil kami boleh menyambungnya semula,” katanya.

Sementara itu rakan Yang berkata, pemuda terbabit semakin tertekan sejak berpindah dari kampung ke bandar Jianxing untuk mencari kerja. Walaupun bernasib baik apabila diterima bekerja di sebuah kilang pakaian, Yang kecewa kerana tidak mempunyai teman wanita.

“Yang akhirnya terlalu kecewa dan yakin tiada mana-mana wanita ingin berkawan dengannya,” katanya.

Pada Ahad lalu, Yang pulang dari tempat kerja dalam keadaan amat tertekan dan nekad memotong kemaluannya kerana menganggap ia sudah “tidak berguna” lagi. -hmetro

“Yang juga percaya tanpa kemaluan, dia tidak lagi memikirkan mengenai teman wanita,” katanya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam. Sementara itu rakan Yang mengecam tindakan doktor kerana tidak menyediakan ambulans kepada pemuda terbabit selepas mendapati dia cedera parah.- Agensi


@Apapun kenalah belajar bersabar sikit. Ketahuilah Allah menjadikan makhluk perpasang-pasang. Sejak awal keujudan manusia, manusia dapat perhatikan hubungan berpasangan ini telah wujud. Di mana lelaki pasanganya wanita, langit pasangannya bumi, matahari pasangannya bulan, siang pasangannya malam.

Di dalam Islam, kita turut diajar soal dosa pasangannya pahala, syurga dan neraka, syaitan dan malaikat. Allah berfirman;

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa-apa yang mereka tidak ketahui.” [Yaa Siin:36]

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadith shahih yang berbunyi: Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud ra. Katanya: Telah menceriterakan kepada kami Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya salah seorang dari kamu sekalian dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama empat pulah hari berupa air mani. Kemudian menjadi segumpal darah dalam waktu empat puluh hari. Kemudian menjadi segumpal daging dalam waktu empat puluh hari. Lalu diutus seorang malaikat kepada janin tersebut dan ditiupkan ruh kepadanya dan malaikat tersebut diperintahkan untuk menuliskan empat perkara, yaitu: menulis rezekinya, batas umur-nya, pekerjaannya dan kecelakaan atau kebahagiaan hidupnya”.

Hadith di atas ini adalah berita dari Allah SWT Kepada seluruh umat manusia, Rasulullah SAW menerangkan bahwa hakikat dari rezeki, umur, pekerjaan dan kebahagiaan atau kecelakaan termasuk jodoh telah ditentukan oleh Allah SWT sebelum seseorang lahir ke dunia lagi.

Sebagai seorang lelaki sepatutnya belajar ilmu bagaimana memikat seorang perempuan, tidak dinafikan ada juga lelaki yang teramat malu jika berhadapan dengan wanita. Mintalah nasihat dari kawan, kerana tiada masalah yang boleh diselesaikan. Jika susah sangat, daftar dan masuk saja dalam ruangan mencari jodoh... abis cerita!. Jangan buat kerja bodoh lagi.. Serios!.

Nantikan di pos akan datang... bagaimana ayat power yang boleh cairkan hati seorang wanita! Tunggu..

Wednesday, October 30, 2013

Kembang Punggung Bila PM Britain Puji Malaysia




LONDON 29 Okt. - Perdana Menteri Britain, David Cameron berkata, konsep kesederhanaan yang dianjurkan oleh Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak telah membantu memerangi ekstremisme di seluruh dunia.

Katanya, Gerakan Kesederhanaan Global cetusan idea Perdana Menteri itu telah menjadi inspirasi kepada dunia untuk menolak ekstremisme dan mempromosikan kesederhanaan.

"Perdana Menteri Najib yang baru dipilih (semula) sebagai pemimpin melalui Gerakan Kesederhaaan Globalnya telah memberi inspirasi kepada dunia untuk memerangi ekstremisme," katanya ketika berucap dalam Forum Ekonomi Dunia Islam (WIEF) Ke-9 di sini hari ini.

Cameron berkata, komitmen Najib terhadap bidang perniagaan pula telah membawa pelaburan bernilai jutaan pound dan ribuan peluang pekerjaan baharu di kedua-dua negara.

Sementara itu, Perdana Menteri Britain turut mengambil kesempatan daripada penganjuran WIEF di sini untuk mempromosikan London sebagai pusat kewangan Islam dunia di luar dunia Islam.

Cameron dalam ucapannya itu mengumumkan tiga langkah yang diambil oleh kerajaan Britain bagi memastikan sasaran itu tercapai.

Ini termasuk melancarkan indeks baharu di Bursa Saham London yang selari dengan prinsip Islam dengan sasaran untuk memanfaatkan pertumbuhan pesat dalam sektor itu.

Cameron berkata, cadangan Indeks Pasaran Islam itu akan mengenal pasti syarikat-syarikat yang mematuhi prinsip pelaburan dalam Islam yang mana itu akan membantu London menjadi pusat kewangan Islam terbesar di luar dunia Islam.

Beliau juga mengumumkan pelancaran British Sukuk bernilai kira-kira RM1 bilion awal tahun depan yang akan menjadikan Britain sebagai negara pertama berbuat demikian di luar dunia Islam.

"Apabila kewangan Islam tumbuh 50 peratus lebih cepat daripada perbankan konvensional, dan ketika pelaburan Islam tumbuh kepada RM6.7 trilion menjelang 2014, kami mahu memastikan sebahagian besar daripada pelaburan baharu itu dilakukan di sini, di Britain," katanya

Inisiatif untuk melancarkan British Sukuk telah bermula lima tahun lalu tetapi ditolak pada 2011 sebelum Perbendaharaan British menilai semula idea itu pada Mac lalu.

Katanya, Bursa Saham London telah menyenaraikan sukuk dengan nilai lebih RM100 bilion sejak lima tahun lalu dan pada tahun depan bursa itu akan melancarkan sukuknya sendiri. – Utusan


@Sudah tentulah kembang punggung dan apa saya yang boleh kembang bila dipuji gitu kan? Tapi boleh ke hidup atas segala pujian, manalah tau entah-entah ada udang disebalik batu pula. Siapa tau?

Maaf cakap, Umpama Langit & Bumi jika dibuat perbandingan dengan antara pemimpin yang amanah dan yang memunah. Pernah ke terbaca atau dengar kisah Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam atau lebih dikenali sebagai Khalifah Umar bin Abdul Aziz?. Antara lain...

Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar b Al-Khatab. Baginda amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Sesungguhnya kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan tidak perlu diulang-ulang.

Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehdupannya semasa menjadi rakyat biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk  jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan.

Khalifah Umar b Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab ! yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya..

Apa pandangan dari rakyat Marhain?

10 Downing Street diLondon hanya diletakan dipenghujung Jalan Downing disana yang berkampir dengan rumah kedai tetapi disitulah kuasa dunia terbesar ditadbir. Pejabat dan kediaman PM Britain terletak disitu sejak dri dulu sehinggalah sekarang. Mereka tidak bina pusat pentadbiran yang melibatkan wang rakyat sebegitu banyak kerana yang penting bagi kerajaan Britain ialah ‘efficiency’ pentadbiran kerajaan untuk mengelolakan rakyat.

Apabila kerajaan sudah kurang effektif rakyat akan tukar kerajaan dan tidak payah menjadikan isu-isu besar dalam menukar pimpinan negara itu. Gordan Brown meletakan jawatan dalam tempuh 5 jam sahaja apabila parti buruh tidak berjaya mendapat majority untuk membentuk kerajaan dan dalam tempoh 5 jam jugalah dimasyorkan PM yang baru mengambil alih. aspanaliasnet.blogspot.com


Jumlah kos sewaan dan selenggaraan kediaman PM dan TPM ialah RM9,449,496. Sekiranya wang tersebut dikeluarkan untuk kebajikan rakyat yang berpendapatan rendah, ia dapat membina 270 unit rumah kos rendah berharga RM35,000.

Lihat pula ini...



Tuesday, October 29, 2013

Satu Malaysia Kena TIPU!!!


Berbagai usaha dilakukan Kerajaan Umeno untuk berusaha menarik perhatian golongan belia yang dah mula condong ke kem disebelah sana. Tapi nampaknya usaha itu tak jalan juga. Jangan marah la kalau aku kata Umeno ni parti kampung atau golongan yang kelabu IT (bukan semua) dan golongan AliBaba. Siapa AliBaba tu?

AliBaba ni manusia yang gunakan pengaruhnya untuk dapat kan projek. Tapi tak mampu nak buat pon, pendek kata sebatang cangkul pun takde apatah lagi traktor. Makan komisyen 20 persen. Goyang kaki tapi duit bergolek masuk. Cubalah kira jika 1 projek tu nilainya RM60 juta, kiralah sendiri berapa juta daa masuk poket. 3 keturunan pun tak habis pakai! Maka sebab tulah tak heran jika Stadium baru bina pun boleh runtuh. Kubah Masjid pun runtuh sama. Janji juta2 masuk.. amanah tolak tepi!. Cubalah buka minda sikit, Macamana Anak menteri umur 27 boleh beli banglo 7.2 juta... Ko ader?

Fakta pada hujah aku ni, boleh dikatakan 90 peratus rakyat bandar dan pinggir bandar tolak puak-puak ni. Sebab apa? bila nak rayu undi lembut gigi dari lidah, lepas menang belagak nak mampos! Join lah puak2 ni kalau rasa nak jadi kaya. Banyak cakap, banyak lah bohong nya!

Tengok sini contoh bohong secara rasmi yang dilapor Mstar. Satu Malaysia ditipunya, Ini baru satu...

 
 Kantoi bila Audit bermula...

Apa pula jawapan Khairi Jamaluddin [Klik Sini]

@ Kenapa agaknya Dr Mahathir marah sangat pada Pak Lah (PM masa tu) bila Pak Lah batalkan projek jambatan bengkok yang bernilai RM 1.113 billion itu?

Monday, October 28, 2013

Hutang Negara Dah Cecah RM600 Bilion! GST 6% berkuatkuasa 1 Apr 2015





Setelah pelbagai spekulasi, kerajaan akhirnya mengumumkan Cukai Barang & Perkhidmatan (GST) 6 peratus akan diperkenal. Ia akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dimansuhkan.

Kata Kerajaan..

Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak membentangkan cadangan itu dalam pembentangan Bajet 2014 pada Jumaat.

Pengumuman itu disambut sorakan bantahan anggota Parlimen pembangkang yang konsisten menentang cukai itu daripada dilaksanakan.

Menyambung pembentangannya, beliau yang juga perdana menteri berkata, GST sistem percukaian terbaik kerana majoriti negara dunia pakai sistem itu.

Antara intipati berkaitan cukai tersebut yang diumumkan oleh Najib dalam Bajet 2014:

GST tidak akan dikenakan bagi bagi bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik.

Perkhidmatan pengangkutan seperti bas, kereta api, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dikecualikan daripada GST.

GST tidak dikenakan kepada barangan makanan asas, bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan pengguna domestik; perkhidmatan yang disediakan kerajaan seperti pengeluaran pasport dan lesen, persekolahan serta kesihatan.

Turut dikecualikan GST perkhidmatan pengangkutan, jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan terpilih.

Apabila GST dilaksanakan pada 2015, kerajaan akan beri bantuan tunai RM300 sekali bayar kepada penerima isirumah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M); kadar cukai individu akan dikurangkan 1 hingga 3 mata peratusan; dan struktur cukai pendapatan individu disusun semula.

Kata Ketua Pembangkang..

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Belanjawan 2014 hari ini yang menurutnya menghukum rakyat dan gagal menyentuh isu asas kebocoran dan urus tadbir yang baik.

"Kamu menghukum rakyat dengan GST (cukai barang dan perkhidmatan). Tiada perubahan antara jurang kaya dan miskin. Kita akan bersungguh-sungguh menentang GST," kata ketua pembangkang.

Anwar juga menyifatkan belanjawan kali ini sebagai paradoks kerana dianggap menyebelahi syarikat dan "orang kaya tetapi dalam masa yang sama memperkenal cukai yang melibatkan banyak pihak.

"Cukai lebih rendah untuk orang kaya, dana khas kepada syarikat, dalam masa yang sama kamu kenakan cukai umum yang akan jejaskan segmen besar masyarakat. Ini paradoks."

Setelah pelbagai spekulasi, kerajaan akhirnya hari ini mengumumkan GST 6 peratus akan diperkenal bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dimansuhkan.

Katanya orang lain...

Hutang negara yang meningkat secara berterusan itu diburukkan lagi oleh Barisan Nasional yang cenderung meluluskan belanjawan tambahan untuk menyorokkan angka hutang dan defisit negara yang terus meningkat saban tahun.

Belanjawan tambahan itu, kata KPRU, sepatutnya hanya perlu diluluskan untuk perkara-perkara yang bersifat kecemasan seperti sekiranya berlaku bencana alam di Jepun.

“Sebagai contoh, dalam Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) dibentangkan Jun tahun ini, pentadbiran Najib dikritik kerana memanipulasi peruntukan emolumen RM1 bilion untuk Kementerian Kesihatan kerana emolumen sepatutnya tidak tergolong sebagai perbelanjaan di luar jangka,” kata KPRU.

Ini menyebabkan hutang negara semakin meningkat setiap tahun sejak Najib menjadi Menteri Kewangan, kata KPRU.

“Hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan adalah RM306.437 bilion pada tahun 2008 apabila Najib mengambil alih sebagai Menteri Kewangan, Ia meningkat kepada RM362.387 bilion pada tahun 2009 dan RM407.101 bilion pada tahun 2010. Ia diunjurkan mencecah RM455.745 bilion pada tahun 2011.

“Menurut laporan terkini Bank Negara Malaysia pada 30 Jun 2011, hutang Kerajaan Persekutuan kini sudah mencecah RM437 bilion,” kata KPRU.

Terkini dan mutakhir...

Terkini pada 28 Oktober 2013. Negara diambang krisis bila hutang semakin membengkak. 

 

 @Dulu pernah dengan pakar ekonomi berkata, Jika hendak hidup selesa, aman dan tenang.. Jangan berbelanja lebih dari pendapatan..

Untuk recovery terpaksalah ujudkan..
[1] GST
[2] AES
[3] Naik Harga Petrol | Diesel
[4] Naik Harga Gula

Bila harga gula dah naik, bagaimana pula cerita dengan Teh Tarik, Kek, Kuih Muih, Susu pekat manis dan rakan sewaktu dengannya?