Tuesday, April 30, 2013

The Magnificent Seven



Ada Rahsia Disebalik Rahsia...






"Kita akan pertahankan Putrajaya walau apa cara sekalipun" -Najib
Ketahui kenapa mereka ingin bertahan??... kerana KU LIHAT HIJAU.....





Bayangan Husam Buktikan Mahathir Hidup Dalam Keresahan


KU LIHAT HIJAU...


Aspan Alias, 30 Apr 2013

Mahathir terlalu ‘emotional’ dan ‘personal’ terhadap Husam Musa serta memandang rendah terhadap calon PAS di Putrajaya itu. Mahathir sememangnya seorang yang angkuh tetapi saya tidak pernah terfikir keangkuhan bekas Perdana Menteri itu tiada batasannya. Saya ingatkan hanya Firaun sahaja yang berkata tiada siapa yang boleh menyainginya dalam dunia ini.

Mahathir cuba merendah-rendahkan Husam Musa dengan meminta Husam duduk diam-diam di Kelantan dan jika dah berjaya di Kelantan barulah minta izin untuk bekerja di Putrajaya. Siapa Dr Mahathir ini untuk menyekat Husam ke Putrajaya? Meminta Husam meminta izin sebelum ke Putrajaya itu menampakkan sikap ego besar bagi melindungi perasaan ‘desperate’ beliau sehingga sanggup bercakap begitu peribadi terhadap seorang warga negara sebuah Persekutuan yang lain.

Mahathir telah menunjukan ‘desperation’ beliau dengan begitu ketara. Husam tidak perlu menjawabnya, kerana pengundi Putrajaya akan menjawabnya tidak lama lagi. Husam hanya perlu berdiam diri. Anggap sahaja Mahathir itu sebagai seorang yang sedang sakit. Putrajaya itu bukannya kepunyaan Dr Mahathir dan beliau terlupa yang Putrajaya itu dibina di atas hasil Petronas dan bukannya hasil dari keluarga beliau.
Mahathir bercakap seolah-olah Kelantan itu terlalu miskin dan Husam wajar duduk di Kelantan diam-diam. Siapa Dr Mahathir untuk meminta Husam berdiam diri? Negara ini negara demokrasi dan sesiapa sahaja boleh bertanding di mana-mana. Kita boleh mengkritik lawan kita dalam politik tetapi kena adalah sedikit etika lebih-lebih lagi beliau pernah menjadi pemimpin utama negara suatu ketika dahulu.

Sebenarnya Dr Mahathir ini tidak ada siapa yang boleh menolongnya untuk memulihkan status beliau sebagai seorang bekas pemimpin yang ulung. Kesilapan ini bukan kesilapan sesiapa tetapi kesilapan beliau sendiri. Beliau sendiri memilih untuk merasa resah gelisah dalam kehidupannya. Tiada siapa yang menyuruh beliau untuk melakukan kesalahan demi kesalahan semasa menjadi pemimpin utama negara dahulu.

Beliau sendiri yang suka untuk melakukan keganasan terhadap partinya dan dirinya sendiri. Beliau jugalah yang telah memecat hakim-hakim yang tidak bersalah. Kesalahan hakim-hakim Mahkamah Agung dahulu semata-mata hakim-hakim semasa itu bersikap adil dan terhormat. Mahathir tidak suka kepada hakim yang mengutamakan keadilan. Bagi Mahathir keadilan hanyalah jika keuntungan berpihak kepada beliau. Apabila beliau merasakan hakim akan memberikan ‘verdict’ yang tidak memihak kepada beliau, maka hakim itu akan mendapat penghakiman dari beliau pula.

Entah apa yang menyebabkan Dr Mahathir terlalu ghairah untuk mempertahankan UMNO itu sedangkan beliau sendiri pernah keluar dari UMNO yang beliau tubuhkan di Sri Perdana dahulu. Kita juga tidak faham kenapa beliau tidak pula mahu UMNO bertanding di Pasir Mas dan meminta pula calon UMNO yang tidak menyerahkan kertas pencalonannya jangan diambil tindakan. Kita sedang menunggu tindakan UMNO terhadap Dr Mahathir kerana menyokong calon bebas. Mahathir sepatutnya dipecat bersama 61 ahli UMNO yang lain kerana bertanding bebas dan menjadi penyokong kepada calon-calon bebas itu.

Kenapa Dr Mahathir tidak dipecat? Kenapa UMNO biarkan Mahathir bermaharajalela tanpa sebarang sekatan daripada jawatankuasa disiplinnya? Jika Dr Mahathir sendiri membunuh peluang UMNO untuk menang di Pasir Mas kenapa beliau beriya-iya sangat mempertahankan UMNO di Putrajaya? Kenapa Dr Mahathir mahu beriya-iya sangat untuk meruncingkan keadaan negara ini? Apakah niat sebenar Dr Mahathir ini?

Apa salahnya jika UMNO kalah di Putrajaya? Adat pertandingan mestilah ada kalah menangnya. Dr Mahathir mahukan UMNO bersifat seperti beliau mengendalikan UMNO dahulu. Beliau tidak berani bertanding sekali lagi dalam pemilihan UMNO maka beliau terus mengharamkan UMNO itu. Apabila dirasakan akan kalah dalam pertandingan tinju beliau akan musnahkan pentas tinju itu dan akan membina pentas tinju yang lain. Jika dirasakan kalah dalam pertandingan bola sepak, beliau akan alihkan tiang gol ke mana beliau suka.

Mahathir mahukan semua manusia mengikut kehendak beliau dan jangan ada yang menentangnya. Mahathir telah mengalahkan semua musuh-musuhnya sehingga tiada siapa yang beliau hendak kalahkan lagi. Sekarang Mahathir sedang berhadapan dengan ‘nature’ dan saya merasakan jika semua orang membantu beliau sekali pun, beliau tidak akan dapat diselamatkan lagi. Beliau akan terus dengan keresahannya sampai bila-bila.

Sekarang kita doakan Mahathir ini agar beliau kembali berada dalam ketenangan hidup. Beliau ini sebenar-benarnya memerlukan pertolongan dari kita. Seperti yang saya sebut tadi tiada siapa yang boleh membantu beliau lagi selain dari kita berdoa untuk beliau mendapat ketenangan yang amat-amat beliau perlukan sekarang ini.

Ini menjadi pengajaran kepada pihak Pakatan Rakyat jika diberikan mandat untuk berkuasa. Perdana Menteri gantian nanti janganlah melakukan kerja seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir semasa beliau berkuasa dahulu. Jika melakukan perkara yang sama keterlaluan maka zaman persaraan kehidupannya akan dihimpit dengan perasaan seperti yang dialami oleh Mahathir sekarang ini.

Beringat-ingatlah. Jika keresahan ini boleh dialami oleh Dr Mahathir, ia akan juga dialami oleh sesiapa yang lain jika melakukan perlakuan yang sama seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir itu. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

-Aku cilok tanpa edit satu ayat pown..

@Tumpang lalu bro...
Mahathir ni dah meroyan sebenarnya...
Berdosa dengan Tuhan boleh lagi dipohon ampun..
Payah juga jika berdosa dengan orang...
Tidak diampunkan Tuhan, selagi tidak diampunkan orang..
Sungguhpun ada wang beratus juta, ada isteri cantik walaupun bersanggul tumpang.
Jika duduk dalam gelap.. baju tersangkut disangkakan hantu,
Didalam terang, dirasakan ada orang mengikutnya dari belakang... rupanya terlupa... orang itu adalah bayang.....


Satu Tragedi: Aksi Lasak Yang Meragut Nyawa


Sailendra Nath Roy

MUMBAI 29 April - Seorang lelaki dari India maut, ketika dia cuba memecahkan rekod dunia merentasi sebatang sungai dengan menggunakan rambutnya yang digantung pada tali dalam satu aksi di Bengal Barat, semalam.

Nahas itu menimpa Sailendra Nath Roy, 50, selepas rambutnya yang diikat tersangkut pada roda yang dipasang pada tali, mengakibatkan dia tergantung di udara pada ketinggian 3,000 meter selama hampir 25 minit.

Roy berjaya menarik kereta api seberat 42 tan
dan mencatat rekod dunia Guiness World Records
Lelaki itu yang terdesak untuk melepaskan diri, kemudian cuba merentasi sungai berkenaan dengan berpaut pada tali, namun dia dipercayai diserang sakit jantung dan meninggal dunia.

Kejadian tersebut turut disaksikan kira-kira 1,000 penduduk yang berkumpul di sepanjang jambatan yang merentas Sungai Teesta di Darjeeling.

Bergelut dengan maut
Pasukan penyelamat kemudiannya menurunkan Roy dari Jambatan Coronation kira-kira 45 lima minit kemudian.

Dia yang dikejarkan ke hospital berhampiran, bagaimanapun disahkan meninggal dunia sejurus tiba.

akhirnya kaku...
Roy yang merupakan anggota polis Bengal Barat merupakan pemegang rekod dunia Guiness World Records apabila berjaya menarik kereta api seberat 42 tan sejauh 2.5 meter pada tahun lalu.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Siliguri, K. Jairaman berkata, Roy tidak mendapatkan kebenaran bagi melakukan aksi ngeri itu, tetapi mengesahkan mangsa tidak bertugas sewaktu kemalangan itu berlaku. - AGENSI

Calon BN JB Shahrir berceramah dihadapan ‘kerusi kosong’





Apa sudah jadi ni... biasanya kebelakangan ini majlis bersama kaum tionghua mesti meriah jika ada jamuan makan macam PM Najib buat dekat KLang, Rawang... ribu riban pakat datang meriahkan suasana. Kutuk2 sikit Pembangkang, hanya dialah yang terbaik dan pandai jaga rakyat 1Malaysia.

Perkara sama juga terjadi pada orang kuat MCA di Selayang.. malangnya bila perut dah kenyang... semua pakat cabut lari, yang tinggal hanyalah para kerusi yang setia...


Donald Lim beramah mesra dengan kerusi..






Shahrir berceramah dihadapan ‘kerusi kosong’

JOHOR BARU, 29 April — Calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Johor Baru Tan Sri Shahrir Abdul Samad berucap dalam satu majlis dengan dewan yang hampir kosong apabila hanya kurang 100 sahaja penduduk Cina dari Taman Century  di sini yang hadir semalam.

Shahrir yang merupakan ahli Parlimen di kawasan yang dikenali sebagai “sting garden” oleh penduduk temapatan sejak enam penggal itu juga dilihat gagal menarik kelompok masyarakat Cina dalam program anjuran parti komponen BN, Gerakan.

Malah, bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam, yang dijadualkan akan berada di sana, juga tidak muncul.

Program yang dijalankan di Dewan Persatuan Wushu Hua Tiong itu turut menyaksikan kerusi kosong gagal dipenuhkan walaupun penganjur turut menyediakan jamuan bagi hadirin.
Baca sejanjutnya di sini