Tom Cruise belanja
RM14 juta untuk Suri
BINTANG dalam filem Mission: Impossible - Ghost Protocol,
Tom Cruise tidak kisah berbelanja besar semata-mata untuk melepaskan rindu
kepada anak kesayangannya, Suri.
Menurut sumber, aktor berumur 50 tahun itu akan menyewa
sebuah jet peribadi bagi meraikan hari jadi ketujuh anak perempuannya itu. Tom
berbelanja £3 juta (RM14 juta) untuk membawa Suri dari New York ke Hollywood.
"Tom mengenepikan soal wang dalam hal yang
melibatkan anaknya itu. Dia akan melakukan apa sahaja demi Suri. Mungkin
kedengaran agak hebat, tetapi dia benar-benar akan membawa Suri menaiki jet
peribadi untuk bertemunya.
"Itulah yang akan berlaku sekiranya ibu bapa anda
seorang bintang terkemuka Hollywood," ujar sumber rapat Tom kepada
thesun.co.uk.
Sebelum ini Tom pernah beberapa kali menyewa jet untuk
bertemu anaknya itu setelah berpisah dengan bekas isterinya yang merupakan
seorang pelakon, Katie Holmes.
Suri yang kini tinggal dengan ibunya di New York bakal
mendapat akses penuh menaiki jet peribadi tersebut pada hari lahirnya pada 18
April nanti.
@tuah menjadi anak kepada selebriti...
No comments:
Post a Comment