Polis menahan seorang wanita di Pakistan kerana disyaki
membunuh suaminya, mencincang badannya hingga hancur dan memasaknya dalam usaha
untuk melupuskan bukti.
Pembunuhan mengerikan: Bibi Zainab telah
memberikan satu temu bual dengan televisyen
Pakistan, di mana dia mengaku membunuh,
mencincang dan memasak
suaminya |
Zainab Bibi. 42, didakwa memberitahu pihak berkuasa dia membunuh suaminya Ahmad Abbas kerana dia cuba untuk mengganggu secara seksual kepada anak tirinya yang berusia 17 tahun.
Dia memberitahu polis, dia memberikan suaminya ubat
pelali kepada suaminya dengan mencampurkan ubat tidur dalam teh dan mencekiknya
dengan tali sebelum membunuhnya.
Polis berkata, mereka berjaya membongkar jenayah itu setelah mendapat aduan dari jirannya yang tidak tahan dengan bau busuk yang datang dari rumahnya.
Apabila ditemuramah media, Zainab Bibi mengatakan: “Saya
membunuh suami saya sebelum dia berani menyentuh anak saya”.
Bibi mendakwa dia telah beberapa kali menghalang perbuatan suaminya yang dikahwininya 5 tahun lalu dari mencabul anaknya, tetapi perangai buruknya makin menjadi-jadi apabila suaminya mabuk.
Bibi dipetik sebagai berkata: "Apabila dia meninggal
dunia, saya berasa murung kerana takut”.
"Saya tidak mempunyai keberanian untuk menghampiri mayatnya selama hampir sejam".
Panik atas kejadian itu, beliau memasak bahagian-bahagian
badan mayat dengan rempah korma dan bahan rempah ratus yang mempunyai aroma
untuk menyekat bau busuk. Beliau tidak bercadang untuk memakan masakan itu atau
memberikan kepada jirannya.
Sambil menambah Bibi berkata: "Saya mempunyai
rancangan untuk menghapuskan barangan yang dimasak dengan membuang ke dalam
longkang. Saya akan berkata pada orang, yang ianya telah rosak".
Penyiasatan ke atas kes itu berjaya menemui lebihan mayat
di dalam batang aluminium di premis itu.
No comments:
Post a Comment