Penolong
Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya Negeri Terengganu,
Nurul
Ajleaa Azmi menyerahkan borang kertas pencalonan
kepada
Maimun Jusoh
|
Tok Mun yang cool tawarkan diri untuk jadi calon dalam
PRU-13. PRU lepas bertanding juga, tapi tewas dan hilang wang pertaruhan RM10,000.
Semangat juangnya harus dipuji, kerana tidak ramai punya semangat seperti Tok
Mun, bahkan Tun Dr Mahathir pun tidak mampu melakar sejarah sehebat Tok Mun. Ditakdirkan
berjaya menewaskan calon lain, Nama Tok Mun layak untuk masuk The Malaysia Book of Record.
Ramai juga tertanya, apalah sosok yang akan mencapai umur
seabad kurang dari 8 tahun lagi ini mampu buat sesuatu?. Mampukan Tok Mun
bertahan... paling tidakpun RM10,000 tidak akan hilang lagi...
Giat berkempen dalam PRU-12 |
Tok Mun mahu tanding lagi
di Kuala Terengganu
KUALA
TERENGGANU - Tok Mun atau nama sebenarnya Maimun Yusof, 94, yang pernah
bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya
Umum 2008, menjadi antara bakal calon yang terawal mengambil borang penamaan
calon.
Tok
Mun yang kelihatan masih sihat, menaiki prebet sapu untuk datang ke pejabat
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kira-kira jam 10 pagi tadi di Wisma Persekutuan
bagi mendapatkan maklumat sebagai persediaan menghadapi PRU13.
Warga
emas itu ketika ditemui pemberita berkata, dia berhasrat untuk bertanding di
Parlimen Kuala Terengganu sebagaimana sebelum ini.
“Alhamdulillah,
Tok sihat lagi. Tok nak bertanding parlimen lagi, sebab ini amanah orang. Tok
takut nak menanggung akhirat esok, dunia tak apa lagi. (Ini kerana) amanah
orang lama-lama dulu.
“Semalam
Tok tengok TV (sudah) bubar Parlimen. Sebab itu Tok mari (pejabat SPR) nak
ambil borang. Adik (wartawan) jangan tanya soal menang atau kalah sebab Tok tak
kisah menang atau kalah, Tok tetap akan bertanding sebab ini amanah orang,”
katanya.
Pada
PRU 2008, Tok Mun yang juga calon Bebas menggunakan simbol kunci, berjaya
mendapat 685 undi namun tewas kepada Allahyarham Datuk Razali Ismail (BN) yang
memperoleh 32,562 undi, manakala seorang lagi calon, Mohamad Sabu (Pas)
memperoleh 31,934 undi.
Jelas
Tok Mun, dia berhasrat untuk menggunakan simbol Kerajaan Negeri sebagai lambang
partinya tetapi SPR menolak dan memintanya menggunakan simbol lain.
Ketika
ditanya sama ada sudah bersedia dari segi kewangan, Tok Mun mengakui tidak
mempunyai wang tetapi berhasrat untuk meminta bantuan daripada orang.
“Jangan
soal pasal duit. Tok kalau tak ada duit, Tok mintak dengan orang, sikit-sikit.
Jadi cukuplah. Anak-anak buahlah yang tolong. (Nak menang), Tok kena kempen
lebih. Tok pandailah nak kempen macam mana,” katanya.
No comments:
Post a Comment