Lihat Konspirasi ini... bagaimana ianya diRancang!
Kegiatan jahat Mahathir kantoi lagi,kenapa beliau yang
dah pencen paling bertungkus lumus nak pastikan BN kekal menang pru?
Adehh... Masak lagi laa cai terbaru Umno kononnya dah
jumpa 28 saksi hidup cerita siapa sebenarnya Anwar Ibrahim ye...
Lepas tu kononnya buat solat istikharah mintak petunjuk
sebelum dapat RM15,000 sebulan ye...
Sebenarnya dah lama kerja-kerja jahat bekas 'rakan baik'
Anwar ni dihidu namun belum ada bukti sebelum ini.
Rupanya, bukan setakat hentam sorang-sorang, rupanya dah
ada geng nak bikin onar haha...
Terdapat sebuah Kumpulan Khas yang dibentuk oleh Datuk
Alies Anor Abdul, bekas Setiausaha Politik BEKAS perdana menteri, Najib
Altantuya.
Sidek adalah salah seorang anggota kumpulan ini yang
dibayar gaji sebanyak RM15,000 sebulan.
Kumpulan ini merancang strategi bagi menjatuhkan Anwar
Ibrahim. Mereka dihimpunkan untuk hancurkan Anwar Ibrahim.
Mari sama-sama kita teliti Minit Mesyuarat kumpulan tegar
ini dan siapakah yang bersama-sama Sidek Baba dan Alies Anor dan apa yang telah
mereka rancangkan.
Minit Mesyuarat
Kumpulan Tegar Siri 4/2012
Tarikh: 15 Disember 2012
Masa: 8.30 malam
Tempat: Bilik Operasi
Senarai Kehadiran
Datuk Seri
Alies Anor Abdul – Pengerusi
Datuk Dr Sidek
Baba – Timbalan Pengerusi
Abdul Rahman
Karimun
Raja Arif
Kamaruddin
Osman Abdul
Majid
Rahiman Salleh
Majid Hj Daud
Syed Abul
Hussin Syed Kismas
Abdul Rashid
Buyung - Setiauasaha
1. Ucapan Pengerusi
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al Fatihah.
Pengerusi mengucapkan terima kasih diatas kehadiran
semua. Minit Siri 3/2012 diteliti dan diluluskan tanpa pindaaan.
Pengerusi mengingatkan bahawa pilihanraya sudah hampir
dan tujuan mesyuarat malam ini bagi membincangkan projek yang belum selesai dan
program yang akan dilaksanakan untuk tahun 2013.
2. Perkara-perkara
berbangkit.
Datuk Dr Sidek Baba
Datuk Dr Sidek Baba memaklumkan program menghimpunkan 100
Pimpinan dan ahli ABIM dan para cendiakawan yang ada hubungan dengan ABIM telah
berlangsung di UiTM Shah Alam . Jumlah yang hadir ialah 89 orang. Yang agak
mengecewakan tidak ramai pimpinan ABIM yang hadir. Program berjalan lancar dan
mencapai tujuan. Arahan jelas telah diberikan. Tiga tindakan segera sebelum
pilihanraya akan dilaksanakan.
Pertama, mereka akan menulis, mengutuk dan menghentam Anwar Ibrahim dalam
blog-blog.
Kedua, sidang-sidang media akan diadakan dengan kekerapan setiap hari bagi
mendedahkan keburukan Anwar dan familinya sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.
Ketiga, bahan-bahan bercetak akan diedarkan menceritakan keburukan Anwar dan akan
diedarkan di kawasan-kawasan Melayu sahaja. Semua penulis telah dikenalpasti.
Percetakan edaran akan dibuat oleh Dewan Bahasa. Senarai yang hadir dalam
perjumpaan dan senarai penulis-penulis seperti yang diedarkan.
Datuk Dr Sidek juga memaklumkan beliau akan mengadakan
perjumpaan dengan bekas-bekas pimpinan Keadilan yang meninggalkan Anwar bagi
menyusun strategi dan gerak kerja untuk menyerang Anwar sebelum dan selepas
pembubaran Parlimen. Mereka yang telah dihubungi dan bersetuju untuk sertai
perbincangan ini ialah Senator Ezam Mohd Nor, Lokman Noor Adam, Zahid Mohd
Arip, Bekas Adun Perak Kapt. Osman Jailu, Jamaluddin Radzi dan Bekas Adun Kedah
Mohd Radzi Salleh. Ada berapa nama lagi yang sedang diusahakan.
Datuk Dr Sidek juga memaklumkan Majlis Penerangan
bersiri: Siapa itu Anwar Ibrahim akan bermula dengan guru-guru MRSM Melaka
dalam sedikit masa lagi. YAB Ketua Menteri telah dimaklumkan. Beliau mahu hadir
bersama nanti.
Datuk Dr Sidek mencadangkan Urusetia berhubung dengan
pejabat Tun Dr Mahathir agar satu pertemuan diadakan bagi menjelaskan
gerakkerja yang kita lakukan. Juga bagi mendapat pandangan beliau apa lagi yang
boleh dilakukan kerana Tun punyai banyak strategi menjatuhkan Anwar satu masa
dulu. Mungkin pandangan Tun boleh dikongsi bersama.
En Osman Abdul Majid
En Osman memaklumkan kumpulan pelajar UUM yang diberi
tugas untuk membina blog-blog telah bersedia untuk uploadkan berita Anwar.
Empat dari mereka telah bertemu dengan bloger Papagomo di Pulau Pinang. Urusan
pembayaran selesai.
En Osman memperingatkan mesyuarat kumpulan Pemuda UMNO
yang ditugaskan untuk ganggu ceramah-ceramah Anwar tidak bagitu berkesan.
Kelihatannya mereka takut kerana ada kes dimana mereka dipukul oleh penyokong
Anwar dari kaum India, polis tidak bertindak mempertahankan mereka. Adalah
dicadangkan khidmat Perkasa digunakan.
En Osman mohon Pengerusi ambil tindakan memaklumkan
kepada Menteri Pertahanan akan terdapat kemasukkan Panglima Tentera secara
ramai-ramai ke Pakatan Rakyat. Pegawai-pegawai tentera pangkat rendah sudah
berani menghadiri ceramah-ceramah pembangkang. Dengan kemasukkan Panglima
mereka, ini akan memberi impak yang hebat.
En Osman juga bimbang dengan moral pihak polis yang
bertugas dinegeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang. Mereka nampak akur
dengan arahan pimpinan negeri. Sesuatu harus dilakukan. Mohon Pengerusi bawa
perkara ini kepada pengetahuan Menteri Dalam Negeri.
Syed Abul Hussin
Syed Kismas
Tuan Syed Hussin bangkitkan isu garis panduan media
perdana. Terdapat isu-isu yang kontrovesial yang tidak diuruskan dengan baik
oleh media. Sebagai contoh isu Kalimah Allah. Masyarakat Islam agak keliru
dengan jawapan yang diberikan oleh Kerajaan. Minta Urusetia aturkan satu
pertemuan diantara Majlis Keselamatan Negara dengan semua pimpinan media agar
kegiatan diselaraskan. Semasa Pengerusi menjadi Setiausaha Politik Perdana
Menteri, Pengerusi mainkan peranan ini tapi kini tidak terurus.
Tuan Syed Hussin ingatkan mesyuarat Anwar mempunyai
pengaruh yang kuat dengan pemimpin Negara Islam dunia. Beliau bebas bergerak
bertemu dengan mereka pada bila-bila masa. Pengerusi diminta menasihati Perdana
Menteri supaya mesti ada program yang melibatkan Perdana Menteri dengan dunia
Islam. Antara yang boleh diambil tindakan segera ialah:
1) Lawatan ke Palestin
2) Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Filipina Selatan
3) Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Selatan
Thailand
4) menunaikan Umrah. Kegiatan ini boleh menaikkan
sokongan Melayu kepada Perdana Menteri.
Raja Ariff
Kamaruddin
YM Raja Ariff bangkitkan bagaimana media nyamuk seperti
Suara Keadilan, Harakah dan beberapa media lain bagitu berani menyiarkan berita
Anwar. Kritikan Anwar di media ini memberi kesan kepada orang Melayu. Sekatan
mesti dikenakan keatas mereka.
YM Raja Ariff juga bangkitkan isu Anwar menang dalam
perbicaraan saman Utusan Melayu dan beberapa saman yang lain. Adakah jalan yang
boleh digunakan untuk mempengaruhi mahkamah untuk tidak umumkan keputusan
sebelum pilihanraya. Jasa baik Menteri harus diguna untuk minta hakim-hakim
tangguh pengumumkan. Kita tidak pengaruhi keputusan hakim tapi minta tangguh
pengumuman sahaja.
YM Raja Ariff menyebut media perdana banyak melaporkan
kes kematian kaum India yang kononnya diakibatkan oleh Kerajaan. Anwar telah
gunakan isu ini untuk mendapat sokongan dari kaum Bukan Melayu. Satu arahan
tegas hendaklah dikeluarkan kepada media agar kes sebagini yang melibatkan
Kerajaan dipadamkan dari pengetahuan umum.
3. Lain-lain hal
Pengerusi maklumkan beberapa projek dan program besar
akan diumum dan dilaksanakan pada tahun hadapan dan minta mesyuarat beri
pandangan dan feedback dalam mesyuarat yang akan datang.
Parlimen besar kemungkinan akan dibubarkan pada awal
bulan Mac 2013.
Akan ada pergerakan Polis dan Tentera bersekala besar di
Sabah pada bulan Januari dan Februari 2013.
Satu team baru yang akan diketuai oleh Papagomo telah
ditubuh untuk rekacipta video clip skandal sex Anwar Ibrahim, keluarganya dan
Pimpinan Kanan Keadilan. Projek ini akan beroperasi di luar Negara.
Pengerusi meminta Datuk Dr Sidek Baba ketuai sekumpulan
pemikir bagaimana mahu pecahkan Pakatan Rakyat dan Anwar disisihkan oleh
Pimpinan Pakatan yang lain. Dr Ramzan di Pejabat Tun akan membantu Dr Sidek.
Tuan Majid Daud diminta bina satu team bukan dari
kalangan Pemuda UMNO untuk halang dan ganggu pergerakan Anwar dengan Bas
Keadilan. Gunakan apa cara untuk memperlahan gerakan beliau. Elak dari berlaku
pertembungan dua kumpulan kita dan mereka kerana kumpulan penyokong Anwar
terlalu besar. Ini mungkin membahayakan kumpulan kita. Jika apa-apa berlaku
tidak tidak akan bertanggung jawab dan kita tidak akan mengaku mereka dari
kumpulan kita.
Pengerusi memaklumkan semua ahli mesyuarat boleh
mengambil tiket kapal terbang dari Zaleha setiausaha beliau dan mengucapkan
selamat bercuti bersama famili.
Mesyuarat akan datang ialah pada minggu pertama bulan
Januari 2013 dan akan dimaklumkan tarikhnya.
Mesyuarat ditangguhkan dengan membaca Wal’As.
Baca pendedahan team lain yang di wujudkan oleh penjahat
Mahathir ni.. dalam aksi propaganda risikan bocor Blok B4
@aku yakin, sahih dan pasti... jika Pakatan Rakyat mampu memerintah... tangkap Profesor Kangkong ni, masuk lokap dan picit dua biji telornya... semua cerita akan bertukar ke 390% pula.... (kejam sangat ke aku neh!... he3)
No comments:
Post a Comment