Tuesday, April 9, 2013

Dr Mahathir Sebok Berkempen Tentang Kubur!







LONDON – Bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher meninggal dunia pada usia 87 tahun semalam selepas beliau diserang strok, kata seorang jurucakapnya, Tomoty Bell.

Bell berkata, dua anak Thatcher, Mark dan Carol mengumumkan kematian ibu mereka itu yang meninggal dunia pada waktu pagi. Perdana Menteri Britain, David Cameron memendekkan lawatannya ke Sepanyol ekoran kematian Thatcher.

“Ia merupakan sesuatu yang amat menyedihkan apabila saya mengetahui kematian Thatcher. “Kami kehilangan seorang pemimpin yang hebat, seorang perdana menteri yang hebat dan seorang warga Britain yang hebat,” katanya menerusi Twitter.

Cameron merupakan anggota parti Konservatif yang juga dianggotai Thatcher.

Pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II turut melahirkan perasaan sedih ekoran kematian bekas Perdana Menteri itu. Menurut ratu tersebut, baginda akan menyampaikan mesej peribadi kepada keluarga Thatcher.

Thatcher yang diberikan gelaran sebagai Wanita Besi Britain menjadi Perdana Menteri wanita pertama Britain pada tahun 1979.

Beliau juga merupakan pemimpin pertama parti Konservatif yang memenangi tiga pilihan raya umum berturut-turut di Britain. Thatcher meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 1990 dan digantikan dengan John Major.





Dalam usia 87, Mahathir patut henti kempen ‘kubur-kubur’ – Anwar

TANGKAK 9 APRIL: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Tun Dr Mahathir Mohamad yang sibuk berkempen untuk Umno BN dengan modal menggesa rakyat supaya kuburkan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dari politik.

MahathirKatanya, ketika usia mantan Perdana Menteri itu kini sudah lanjut, beliau tidak patut ke sana ke mari berkempen politik.

“Dr Mahathir sekarang umur 87 tahun, tapi hari-hari lawan, pergi ceramah dan kempen sana sini marah. Kemudian bagi kenyataan kita mesti kuburkan Anwar, kuburkan Hadi (Awang), kuburkan Lim Kit Siang dan tanam mereka dari politik.

“Saya kata, awak Mahathir umur sudah 87, jangan cakap ‘kubur-kubur’ banyak sangat,” sinisnya pada ceramah jelajah Merdeka Rakyat di Batu 16, Jalan Muar, Kg Anjung Batu, di sini malam tadi. – NS

No comments:

Post a Comment