Kamilia Ibrahim |
KUALA LUMPUR, 20 April — Beberapa kejutan dapat dilihat
ketika hari penamaan calon untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) kali ini
apabila beberapa pemimpin sama ada daripada parti pemerintah Barisan Nasional
(BN) mahupun pembangkang Pakatan Rakyat (PR) dipecat kerana mengambil keputusan
untuk bertanding sebagai calon bebas.
Beberapa nama besar daripada BN seperti Naib Ketua Wanita
Umno Datuk Kamilia Ibrahim telah dilucut jawatan apabila bertanding sebagai
calon bebas di kerusi Parlimen Kuala Kangsar.
Mohd Shariff Omar |
Bagi PR, dua pemimpin DAP turut mengambil tindakan sama,
apabila bertanding sebagai calon bebas selepas nama mereka tidak terpilih
sebagai calon untuk PRU 13 kali ini.
Antaranya adalah Jenice Lee, yang merupakan penyandang
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, yang mahu mempertahankan kerusinya
selepas DAP tidak mencalonkan namanya, serta Sim Tong Him, yang bertanding atas
tiket bebas di kawasan DUN Laksamana.
Jenice Lee |
Tindakan mereka nyata mengejutkan senario politik tanah
air kerana ia berlaku ketika negara sedang bersiap sedia memilih parti untuk
memerintah di negara ini.
Selain itu, bagi pilihan raya kali ini turut menyaksikan
beberapa kerusi Parlimen ditandingi sehingga tujuh calon yang majoritinya
adalah mereka daripada calon bebas seperti di Parlimen Kajang.
Kejutan juga dapat dilihat apabila calon BN untuk kerusi
Pasir Mas Che Johan Che Pa tidak menyerahkan borang pencalonan sekaligus
memberikan penyandang kerusi itu, Datuk Ibrahim Ali berhadapan pertandingan
satu lawan satu dengan pemimpin PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Datuk Seri Ong Tee Keat juga dilihat menarik diri
daripada Pilihan Raya 2013, namun meletakkan bekas pembantunya Allan Tan
sebagai calon bebas untuk bertanding di kerusi Pandan.
Calon bagi kerusi i Parlimen Gelang Patah R. Rajandran
yang seharusnya bertanding sebagai calon bebas menarik diri pada saat-saat
akhir penamaan calon, yang mana turut memberikan pertandingan satu lawan satu
antara menteri besar Johor sementara Datuk Abdul Ghani Othman menentang
Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Pilihan Raya 2013 akan menyaksikan lebih 13.3 juta
pengundi yang berdaftar untuk memilih calon mereka bagi menentukan 222 kerusi
Parlimen dan 505 kerusi DUN di seluruh Malaysia.
Calon boleh menang yang terpinggir
(dari kiri) Ong Tee Keat, Yew Teong Look dan Zulhasnan Rafique
Tiga MP. Pandan, Wangsa Maju dan Setiawangsa. Tiga MP ini adalah calon dari BN yang dianggap boleh menang berdasarkan track record mereka yang cemerlang di kawasan masing-masing dan tidak perlu dipertikaikan lagi samada dari pihak kawan dan lawan. Tidak diketahui kreteria bagaimana yang diperlukan untuk melayakkan mereka bertanding sekali lagi dalam PRU-13 ini. Dianggap Pengerusi BN telah mengambil satu langkah kebelakang atau mendapat nasihat yang salah.
Akibat tidak tersenarainya mereka menjadi calon... gerak kerja kem BN menjadi suram. Jam 0900 malam tadi, kelihatan di kawasan sekitar Wangsa Maju, petugas yang memakai baju berlogo dacing biru, giat menurunkan bendera dan banner BN sedangkan penamaan calon baru saja selesai jam 11.00 pagi tadi. Ini memberi kelebihan kepada PR untuk mendahului dengan 3 kerusi Parlimen. INI KALI LAH!
No comments:
Post a Comment