Ramai yang mengikuti perkembangan mereka ini dengan dekat. Apakah masih lagi mendapat kepercayaan dari pengudi setelah mereka mengkhianati pengundi mereka sendiri..
Datuk Ibrahim Ali, Dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib dan telah dipecat
dari Parti UMNO seumur hidup. Dalam PRU-12 bertanding Kerusi Parlimen Pasir Mas
dengan menggunakan lambang Parti PAS dan
menang. Akhirnya bertindak keluar mewakili PAS dan mengistiharkan dirinya BEBAS
yang lebih mesra BN.
Datuk Seri Zahrain Hashim menyertai Umno semula sudah dijangka sekalipun Ahli Parlimen Bayan Baru yang mekali PKR itu berselindung atas nama Konsensus bebas. Sering menjadi pakar rujuk dari stesyen TV3. Mungkin pendapatnya lebih bernas dari pemimpin UMNO itu sendiri.
Ikut Jam: Nasharuddin, Yit Foong, Othman dan Jamaluddin |
Nasharuddin Hashim PKR- Bota, bertanding mewakili BN.
Mengumumkan keluar BN dan menyertai PKR. Didapati hilang
buat sementara dan tidak lama kemudian melompat semula ke kem BN.
Osman
Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Jamaluddin Radzi (PKR-Behrang)
Dihadapkan
ke Mahkamah atas tuduhan rasuah RM180 juta kes perumahan di Bandar Sri Iskandar dan juga
rasuah seks. Semua kes digugurkan setelah menyertai BN.
Semasa dalam PKR ada kes... Dalam BN tak ada kes pula?
Hee Yit
Foong, Bertanding melalui kerusi DAP – Jelapang dan menang.
Menghilangkan
diri kerana masalah peribadi. Akhirnya menyertai BN.
Tindakan mereka ini mengakibatkan rampasan
kuasa berlaku di Perak.
Datuk Hassan Ali, Menang kerusi DUN Gombak Setia mewakili Parti PAS,
terkenal dengan kontroversi berkaitan JAIS. Dipecat dari parti PAS. Sering
mengkritik PAS setelah dipecat. Aktif dengan NGO Jalur Tiga sebagai Presiden.
Zulkifli Nordin, Menang atas tiket PKR Bandar Baru Kulim mewakili PKR, mengistiharkan keluar parti dan istiharkan sebagai Bebas. Kebelakangan ini kerap mengkritik parti PKR dan kerap pula memuji PM Najib Razak. Kini menghadapi kemarahan penganut agama Hindu yang dikatakan tidak menghormati tuhan mereka.
Nasarudin Mat Isa, Mantan Naib Presiden Pas, dilihat
rapat dengan pemimpin tertinggi UMNO. Termasuk mengiringi lawatan PM ke Ghaza. Dipecat dari Parti PAS.
No comments:
Post a Comment