Tidak dapat difahami mengapa bukan Islam di Malaysia ini dilarang
menggunakan perkataan ALLAH? Banyak pula pihak yang pertikaikannya, daripada
cerdik agama hinggalah kepada yang ikut-ikutan. Apakah ini disebabkan kepentingan
berpolitik?? Namun setiap orang ada pendapatnya sendiri, samada yang
berkepentingan atau sebaliknya.
Cuba fahami ayat ke-2 Surah
Al-Fatihah:
Yang bermaksud:
Segala
pujian hanyalah bagi Tuhan sekalian alam.
Bukankah Alam itu bermaksud semua benda yang bernyawa di
atas dunia ini..
Termasuklah pokok, batu, binatang, manusia, angin, lautan,
serangga, bukit dan gunung ganang dan lain2 seumpamanya? Mengapa pula
dikhususkan kepada manusia sahaja?
Firman Allah S.W.T.
Maksudnya : "..dan Allah mengambil kesaksian
terhadap ruh mereka (seraya berfirman), "Bukankah Aku ini Rabbmu
(Tuhanmu)?" Mereka menjawab, "Betul (Engkau Tuhan kami), kami
bersaksi." (Surah al-A'raf ayat 172).
Namun setelah manusia lahir ke dunia, di kalangan mereka
ada yang terpesong oleh ajaran kedua ibu bapa mereka, lalu mereka melanggari
perjanjian yang telah termeterai itu sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam:
Maksudnya:
“Tiada (bayi) yang
dilahirkan melainkan (dia) dilahirkan mengikut fitrah, lalu kedua ibu bapanya
yang menentukan sama ada dia menjadi yahudi, nasrani atau majusi, sebagaimana
terhasil daripada seekor binatang itu anak yang sempurna,
kamu tidak akan mendapati sebarang kecacatan padanya”
Apa pula kata Sheih Yusuf
Al-Qaradhawi
[Beliau adalah Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia dan
dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal
Hijrah 1431/2009 Malaysia].
“Hakikatnya
umat Islam adalah umat yang bertoleransi. Al-Quran mengajarkan toleransi,
kerana Allah Subhanahu Wa Taala yang menjadikan kesemua umat manusia itu adalah
sama”.
Beliau
menambah: “Jika Allah kehendaki untuk mengumpul semua manusia di atas
petunjuk-Nya, nescaya Dia akan berbuat demikian tetapi sebagaimana firman Allah
Taala: (Dia-lah yang mencipta kamu semua dan dikalangan kamu ada yang kafir dan
ada yang beriman), (Sekiranya Tuhan kamu menginginkan, nescaya Dia menjadikan
semua manusia sebagai satu umat dan tidak ada perbezaan * kecuali mereka yang
dikasihi oleh Tuhan kami …)
Justeru,
perbezaan manusia menganut agama adalah kehendak dari Allah Taala dan tidak ada
yang dapat menentang kehendak Allah dan memaksa semua orang untuk menjadi
Muslim”.-Yusuf Al-Qaradhawi
Pemimpin DAP pula guna
kalimah Allah
KUALA
LUMPUR 14 April - Sekiranya sebelum ini calon bukan Islam Islam, Richard Wong
memulakan ucapannya dengan Bismillah dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, pemimpin DAP Selangor,
Ng Swee Lin pula dilihat seolah-olah mempermainkan kalimah suci Allah selepas mengucapkan 'Alhamdulillah', 'masya-Allah' dan 'insya-Allah'.
Dalam
Majlis Ceramah Menuju Ke Putrajaya anjuran Pas di Lembah Pantai, di sini malam
ini, Swee Lin memulakan ucapannya dengan kalimah Alhamdulillah kononnya
'bersyukur' diberi peluang berucap.
Sejurus
menyebut kalimah itu, beliau menerima sorakan kuat hadirin yang rata-rata
terdiri daripada ahli-ahli Pas.
Selepas
itu, semasa mengulas berhubung kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim, beliau menyebut pula kalimah 'masya-Allah'. - UTUSAN
@adakalanya insan yang menerima islam selepas mendapat hidayah (saudara baru) seperti Cat Steven, Ust. Ravi Abdullah dll lebih baik akhlaknya daripada sesetengah yang mengaku dirinya Islam itu sendiri...
Ini juga contoh terbaek...
Teh Ginseng bergelas antik |
Dah ilang kuasa, minum Teh Ginseng jer... |
No comments:
Post a Comment