Tallahassee (Florida): Disebabkan taksub kepada ikan
duyung, seorang lelaki Florida menghabiskan masa lebih satu setengah jam tiga
kali seminggu untuk ‘menukar’ dirinya menjadi makhluk mitos itu.
Bagi Eric Ducharme, menjadi seperti ikan duyung memang
menjadi impiannya sejak terpesona dengan keunikan makhluk berkenaan. Justeru,
dalam kesempatan yang terluang, Ducharme akan menyarung ‘ekor’ khas dari kaki
hingga ke pinggangnya untuk berenang serta menyelam.
Memiliki sijil sebagai penyelam, Ducharme, 22, boleh
menahan nafas sehingga empat minit setiap selaman bagi membolehkan dia
menikmati pengalaman sebagai ikan duyung.
Kata Ducharme, dia mengamalkan gaya hidup seperti ikan
duyung dan ia adalah pilihannya sendiri. “Saya adalah ikan duyung yang makan,
bernafas dan tidur.
“Apabila memakai ekor, saya berasa seperti mengalami
perubahan dan memasuki dunia berbeza sebaik saja memasuki air,” katanya.
Menurut Ducharme, dia mengambil masa yang sangat lama
untuk memahami dirinya sendiri.
Katanya, apabila berada di dalam air, dia berasa seperti
dibawa ke dunia lain. Sementara itu, teman lelaki Ducharme yang enggan dikenali
berkata, dia mula diberitahu mengenai ketaksuban penyelam itu pada pertemuan
pertama mereka lagi.
Katanya, dia sangat terkejut apabila dimaklumkan
mengenainya oleh Ducharme. “Apabila kami berenang, kami membawa diri
masing-masing dengan Ducharme bermain-main di kawasan sendiri.
“Ia adalah waktu untuk Ducharme melupakan seketika dunia
sebenar,” katanya. Sesekali, kata teman lelaki Ducharme, orang ramai juga
kehairanan melihat aksi kekasihnya itu.
“Biasanya orang tertanya-tanya kerana sebelum ini ikan
duyung yang mereka kenali adalah wanita,” katanya. - The Sun
No comments:
Post a Comment