Tak habis-habis kisah Along yang suka membuli mangsa yang lemah. Kerja
senang, bagi pinjam duit sikit untungnya beribu kali ganda..
Bila tak boleh bayar... ada yang kena rantai dalam jamban, dibaginya
sekeping biskut kering dengan hanya minum air paip saja untuk menyambung hidup
berhari-hari. Ada pula kisah Nyonya pinjam rm3,000 buat berniaga mee, bayar bunga
dah bertahun tiap-tiap hari, bila check baki ada rm30,000 lagi.. bila nak abis! Akhirnya
lari, lepas tu masuk surat khabar ada yang mati kena tetak, ada yang kena
tembak!
Itulah bahananya permainan Along ni. Apa kerajaan tak boleh benteras ke? Ha..ha..
cuba periksa sikit.. siapa tokan di belakang Along ni?...
Ini pula kisah tragis juga, tak boleh bayar hutang kena jadi hamba seks
Along pulak. Tau sajalah kalau dah jadi hamba... dalam rela paksa dia nak buat
aksi macamanapun boleh, jangan 2 in 1 sudahlah..silap2 dirakamnya pula... kalau
gambar tak nak keluar tenet, lu bayar sama gua maaa!
Biarlah susah perit macamanapun jangan cari Along... BR1M kan ader!
rakyat kena dulu..
Gadai maruah bayar along
Seorang
wanita berusia 23 tahun terpaksa menyerahkan maruah diri bagi menggantikan
bunga pinjaman wang yang gagal dibayar kepada along dalam satu kejadian.
Semuanya
berlaku selepas bekas majikannya yang menjadi perantara dengan along berkenaan
sanggup mengarahkan dua lelaki iaitu konco along berkenaan merogol bekas
pekerjanya itu disebabkan gadis terbabit gagal berbuat demikian.
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan
Abdullah mengesahkan kejadian itu dan memberitahu siasatan mengenainya kini
sedang dijalankan.
Harian
metro difahamkan, detik hitam dalam hidup wanita itu berlaku di sebuah hotel di
Jalan Persiaran Raja Muda Musa, di sini, kira-kira jam 2.30 petang.
Menceritakan
semula kejadian, sumber berkata, mangsa yang berusia 23 tahun menerima
panggilan daripada bekas majikannya memberitahu terdapat kerja kosong di
premisnya di Pekan Klang di mana tempat dia bekerja sebelum ini.
Bagaimanapun,
niatnya untuk mencari pekerjaan bertukar tragedi apabila dia dibawa ke sebuah
hotel sebelum dirogol dua lelaki dipercayai pemungut bayaran bunga duit along
terbabit.
Difahamkan,
mangsa hanya membuat pinjaman sebanyak RM2,000 daripada along terbabit, tetapi
tidak mampu untuk membayar bunga hutang berkenaan selepas dibuang kerja hanya
kerana mengambil cuti selama sehari.
“Selepas
dihubungi dan dipanggil ke premis itu, mangsa dipertemukan dengan dua lelaki
terbabit sebelum dimarah dan dimaki hamun dengan perkataan kasar kerana dia
tidak membayar duit bunga pinjaman.
“Suspek
juga mengugut akan menjual mangsa kepada individu lain sekiranya gagal membuat
bayaran berkenaan sebelum membawa mangsa menaiki kereta Proton Satria berwarna
kelabu untuk berjumpa dengan majikan mereka,” katanya.
Bagaimanapun,
mangsa sekali lagi ditipu suspek terbabit apabila dia dibawa ke sebuah restoran
di Bukit Tinggi, di sini sebelum diugut buat kali kedua oleh salah seorang
daripada mereka.
“Suspek
mengarahkan mangsa membayar semua wang yang dipinjam. Sekiranya gagal, dia akan
dipaksa bekerja di tempat yang diarahkan suspek sebagai cagaran kepada hutang
berkenaan atau diarahkan mengadakan hubungan seks dengan mereka.
“Mangsa
yang ketakutan terus merayu kepada agar diberikan masa untuk melunaskan hutang
berkenaan, namun rayuan itu tidak diendahkan sebelum membawanya ke hotel,”
katanya.
Bimbang
dirinya diperlakukan lebih buruk, katanya, mangsa hanya menurut perintah untuk
mengikuti mereka pergi ke hotel berkenaan dan di sana dia dirogol sebelum
suspek menghantarnya pulang ke rumah. Mangsa yang trauma kemudian membuat
laporan polis di Balai Polis Klang.
Sementara
itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof
berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan
hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. -hmetro
No comments:
Post a Comment