Foto majlis Tun Mahathir (kiri) dan Majlis UAI (kanan) |
PUTRAJAYA:
Sekali lagi kita terpaksa membiarkan gambar berbicara sendiri siapakah yang lebih
banyak mendapat sambutan program masing-masing di Putrajaya malam tadi.
Semalam,
bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa datang untuk Ceramah
Perdana Pertahankan Putrajaya selepas puluhan ribu menyertai ceramah Tuan Guru
Datuk Nik Aziz Nik Mat di Presint 3 malam tadi.
Acara
beliau di Presint 3 juga disambut meriah. Ada sekeping gambar yang nampak
kehadiran bas di program Mahathir bersama calon BN Datuk Seri Tengku Adnan
Tengku Mansor.
Tapi
apakah ia setanding apa yang dicapai oleh calon PAS Datuk Husam Musa bersama
Ustaz Azhar Idrus di Presint 19?
Pelakun Mustafa Kamal turut datang memberikan | |
sokongan kepada Husam di Putrajaya | |
Perbandingan
tersebut boleh dilihat di dalam gambar ini.
Di
dalam kuliahnya, Ustaz Azhar Idrus menyatakan harapannya untuk melihat sebuah
kerajaan baru yang telus, lebih baik dan beramanah selepas 5 Mei nanti.
Menjawab
soalan parti mana yang perlu diundi, berikut ialah jawapan Ustaz Azhar Idrus.
“Kita
jawab mudah. Kita duduk di atas padang. Pangkahlah di atas kepala tuan-tuan
sendiri. Faham tak? Benda? Tu atas tu (Tangan Ustaz Azhar menghala ke bulan di
atas langit). Atas langit tu, jangan pangkah dahi. Nampak tak?”
Hadirin
jawab "nampak" sambil tergelak.
Ustaz
Azhar menyambung jawapannya.
“Buat
apa nak pangkah dia? Kerana dia bulan? Bukan. Kerana dia lawa putih gitu?
Bukan. Kerana dia ada hijau di keliling? Tidak. Faham tak, tak kira apa warna
pun, jikalau tulah yang nak kepada kebenaran, nak menegakkan manfaat yang boleh
dikongsi bersama, nak menjatuhkan kebathilan, buat marilah logo apapun, kita
akan sokong. Dulu, kini dan selamanya.
"Kebetulan
inilah logo yang telah dipersetujui oleh ulamak-ulamak kita, tok-tok guru kita,
ustaz-ustaz kita yang berjumlah ribuan di dalam Malaysia, maka kita bersetuju
dengan logo ini di peti undi nanti. Bukan kerana logo tapi kerana partinya
sudah menetapkan untuk menegakkan kebenaran,” tegas beliau.
Di
majlis itu juga, pelakon popular Mustapha Kamal turut hadir bersama dengan
lebih 100 rakannya ke Putrajaya menyatakan sokongan secara terbuka kepada calon
PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa.
Video sedikit gambaran Majlis UAI
Video Datuk Husam bersama Penduduk Putrajaya.
Video sedikit gambaran Majlis UAI
Video Datuk Husam bersama Penduduk Putrajaya.
Lagi Gambar Majlis UAI malam tadi..
No comments:
Post a Comment