Friday, April 12, 2013

Jual Diri Akibat Desakan Hidup



Di sebalik khemah pelarian Syria berselerak dan berdebu, muncul seorang wanita muda memakai tudung serba putih. "Masuklah, anda akan berseronok dengan saya," kata Nada, 19, wanita yang melarikan diri dari selatan sempadan bandar Daraa ke dalam Jordan, bulan lalu.

Bapanya berpakaian tradisional Syria dan berjanggut panjang, hanya berdiam diri sambil duduk di bawah terikkan mentari. Nada (bukan nama sebenar) memperdagangkan dirinya pada harga AS$7 (RM23) sejam atau AS$70 (RM230) sehari.

Keadaan Kem Zaatari yang sesak dan tiada ruang lagi 
untuk dihuni serta kekurangan bekalanan air bersih dan 
makanan memaksa golongan wanita mencari alternatif lain.


Selang beberapa khemah, seorang tukang gunting Syria baru sahaja kembali dari bandar Idlib, menawarkan lelaki lain untuk meniduri isterinya. "Awak boleh bersama dengannya untuk sepanjang hari hanya dengan bayaran AS$70 sahaja," katanya yang dipetik daripada laporan AP.

Lelaki yang enggan mendedahkan identitinya itu berkata, disebabkan kesempitan hidup dan terpaksa menghantar wang perbelanjaan kepada ibu bapa mertuanya di Syria, dia terpaksa menjual isterinya.

Wanita-wanita di kem pelarian terpaksa melacur diri 
kerana desakan hidup.

"Saya perlukan sekurang-kurangnya AS$200 (RM600) sebulan untuk dihantar ke kampung halaman," katanya.

Keadaan itu juga didorong penambahan angka pelarian Syria ke Jordan sekali gus memaksa penghuni di kem pelarian mencari alternatif kelangsungan hidup.

Kem terlalu sesak

Sejak tercetusnya konflik menggulingkan Presiden Bashar al-Assad, hari demi hari kem pelarian yang dibina di pinggir Jordan untuk pelarian Syria sesak dengan penghuni. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan, keadaan lebih buruk lagi apabila ekonomi negara itu kini musnah hingga memaksa jutaan rakyatnya mendapatkan bantuan di negara jiran.

Setakat ini, lebih 418,000 rakyat Syria mendapatkan perlindungan di Jordan yang mana seramai 50,000 dicatatkan memasuki negara itu pada Februari lalu sekali gus menjadi jumlah terbesar aliran masuk bagi tempoh sebulan pada 2013
 
Seorang wanita juga penghuni Kem Zaatari

Berikutan itu, kehidupan yang mendesak ditambah pula dengan kesesakan dalam kem perlindungan tidak memberi banyak pilihan terhapad penghuni wanita hingga terpaksa melacurkan diri. Malah, ada yang dipaksa melacur oleh ahli keluarga sendiri termasuk suami.

Sebahagian pelarian wanita pula amat mudah membenarkan diri mereka dipergunakan bapa ayam bagi memerangkap pedagang haram untuk mendapatkan duit bagi menampung keluarga masing-masing.

Di satu sudut paling hujung dalam kawasan kem pelarian itu, seramai 11 pelacur berpakaian seperti wanita Syria berkumpul sambil menantikan pelanggan. Bercakap kepada pemberita antarabangsa, mereka akur dengan kehidupan dan terpaksa bersembunyi daripada pihak berkuasa Jordan yang amat tegas kepada aktiviti pelacuran.

Ramai anak-anak tidak berbapa dilahirkan di kem pelarian 
akibat pelacuran.

"Tolong jangan dedahkan nama sebenar kami. Jika pihak berkuasa Jordan mengetahui aktiviti ini pastinya kami akan dimalukan dan dikenakan hukuman," kata salah seorang wanita itu.

Jordan merupakan salah sebuah negara Islam yang menentang keras pelacuran dan si pelakunya akan dihukum penjara tiga tahun jika dibuktikan bersalah.

Malah, lelaki dan wanita asing yang turut terlibat dalam kancah itu akan dihantar pulang negara asal. Majoriti 11 wanita ini mengaku terpaksa melacur kerana kesempitan hidup dan amat memerlukan wang.

Sementara itu, jurucakap polis Jordan mengesahkan terdapat sebilangan besar wanita Syria melakukan pekerjaan sebagai pelacur dalam negara itu.

"Bulan lalu, polis tempatan menahan 11 pelacur dan lapan daripadanya adalah warga Syria dalam satu serbuan di sebuah kedai kopi di Irbid. Masalah ini semakin menular selepas kem pelarian sesak," katanya.

Tandas kem pusat pelacuran

Ratusan pelarian Syria yang menghuni kem Zaatari dalam Jordan mengadu mengenai aktiviti pelacuran yang mengganggu masyarakat di situ. Selain berhadapan dengan tindakan catuan makanan dan kesesakan dalam khemah, kemudahan tandas juga terpaksa dicatu.

Penjaga kem berasal daripada Daraa, Mohammed Abu Zureiq, 50, mendedahkan saban malam, tandas yang disediakan PBB di kem berkenaan menjadi rumah pelacuran.

"Setakat ini, semakin ramai wanita di kem ini melahirkan bayi yang tidak disahkan siapa bapanya. Jiran saya baru-baru ini telah menjual anak perempuannya kepada seorang pemuda Arab Saudi pada harga AS$2,000 (RM6,000) demi wang," katanya.

"Baru-baru ini, kira-kira 300 pelarian merusuh selepas tersebarnya khabar angin mengatakan pengawal kem Jordan telah merogol seorang pelarian wanita," katanya.

Tambah beliau, dalang penularan aktiviti pelacuran dalam kem pelarian Syria masih belum dikenal pasti namun, mereka tidak menolak ia berpunca daripada pengawal polis Jordan yang berfungsi sebagai pengantara pelacur dengan pelanggannya. -SH

  
@Kita tidak merasai kesengsaraan apa yang mereka lalui. Namun perencanaan Ahllah tidak siapa yang tahu.

Pelacuran dalam Pandangan Agama Islam

Pelacuran dalam Agama Islam juga disebut dengan zina, zina termasuk perbuatan dosa besar. Hal ini dapat dilihat dari urutan penyebutannya setelah dosa musyrik dan membunuh tanpa alasan yang haq(benar),

Allah berfirman: “Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan (alasan) yang benar dan tidak berzina.” (QS. Al-Furqaan: 68).

Imam Al-Qurthubi menjelaskan, “Ayat ini menunjukkan bahwa tidak ada dosa yang lebih besar setelah kufur selain membunuh tanpa alasan yang dibenarkan dan zina.” (lihat Ahkaamul Quran, 3/200). Dan menurut Imam Ahmad, perbuatan dosa besar setelah membunuh adalah zina.

Islam melarang dengan tegas perbuatan zina karena perbuatan tersebut adalah kotor dan keji.

Allah berfirman: “Dan janganlah kamu mendekati perbuatan zina. Sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”. (QS. Al-Isra’: 32).

Syaikh Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di, seorang ulama besar Arab Saudi, menjelaskan: “Allah Swt telah mengategorikan zina sebagai perbuatan keji dan kotor. Ertinya, zina dianggap keji menurut syara’, akal dan fitrah karena merupakan pelanggaran terhadap hak Allah, hak isteri, hak keluarganya atau suaminya, merosak kesucian pernikahan, mengacaukan garis keturunan,”. (lihat tafsir Kalaam Al-Mannan: 4/275)

Oleh kerana itu, Islam telah menetapkan hukuman yang tegas bagi pelaku zina dengan hukuman dirotan seratus kali bagi yang belum nikah dan hukuman rejam sampai mati bagi orang yang menikah. Di samping hukuman fisik tersebut, hukuman moral atau sosial juga diberikan bagi mereka yaitu berupa diumumkannya aibnya, diasingkan (taghrib), tidak boleh dinikahi dan ditolak persaksiannya.

Hukuman ini sebenarnya lebih bersifat preventif (pencegahan) dan pelajaran berharga bagi orang lain. Hal ini memperingati  zina yang sangat berbahaya bagi kehidupan manusia, baik dalam konteks kehidupan individu, keluarga (nasab) maupun masyarakat.

No comments:

Post a Comment