PM Kerajaan sementara Datuk Seri Najib Tun Razak begitu teruja
dan amat yakin akan perubahan akan berlaku dengan golombang biru yang melanda
di seluruh pelusok tanah air. Juga amat yakin akan merampas kembali 5 negeri (6
sebenarnya, termasuk Perak) yang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
Untuk menzahirkan keikhlasan dan kesuciannya, semua
lapisan masyarakat telah ditemui melalui program yang dianjurkan kerajaan ‘Jelajah Janji di Tepati’ dan dengan
murah hati menghulurkan berbagai bantuan 1Malaysianya dari Utara Semenanjung
hinggalah ke Malaysia Timur. Samada dari golongan...
-Pesara Kerajaan
-Pesara Kerajaan
-Penjawat awam,
-Kakitangan Petronas,
-Kakitangan Proton,
-Pesara tentera,
-Pesara tentera tak berpencen,
-Pesara kanan polis,
-Himpunan 2 juta belia
-Kakitangan Pos Malaysia,
-Berbasikal bersama PM
-Pemandu teksi dan yang terakhir sekali,
-Masyarakat Orang asli.
Itu saja yang sempat diingat. Maaf dan jangan kecil hati
jika ada organisasi yang tidak disebut. Dalam kemurahan hatinya mengumumkan
pelbagai bantuan, maka sekonyong-konyongnya datanglah semua rakyat jelata...
yang buta dipimpin, yang capik datang bertongkat, yang sakit dikendong kerana
amat teruja untuk menemui PM mereka yang amat baik hati itu. Maka dilihat dengan
sokongan tidak berbelah bagi itu amat meyakinkannya, maka sebab itulah beliau
merayu supaya diberikan mandat untuk memerintah 5 tahun lagi...
Didalam siri-siri jelajah itu, perkataan wajib yang
dilontarkan antaranya..
“Yakin dan percayalah satu
undi untuk PKR (Parti Keadilan Rakyat) bermaksud satu undi untuk kerosakan
akidah dan kerosakan umat. Satu undi untuk Pas bermakna satu undi untuk
perpecahan. Satu undi untuk DAP bermakna satu undi penindasan ke atas bangsa
tercinta.”.
"Satu undi untuk UMNO
dan BN adalah satu undi untuk keselamatan akidah orang Islam. Satu undi untuk
BN, satu undi untuk perpaduan dan kekuatan umat. Satu undi untuk BN, satu undi
pembelaan bangsa Malaysia," katanya.
Tapi malangnya, semua tentang dakwaan kerosakan akidah,
perpecahan dan penindasan kepada pihak lawan itu tidak dapat ditangkis dan
dijawab kerana tidak mendapat peluang dan ruang untuk pihak pembangkang
melontarkan pula pendapat mereka di media-media arus perdana.
Maka untuk menyuburkan demokrasi, seluruh rakyat Malaysia
amat teruja pula menantikan satu debat perdana di adakan sebelum berlangsungnya
PRU-13 nanti.
Jangan nanti orang kata ... cakat kat TV berdegar-degar,
bila diajak berdebat macam-macam pula helahnya!
KPRU gesa Najib terima
pelawaan Anwar debat 17 April
Badan
pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) menggesa Perdana Menteri di bawah
kerajaan sementara, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima jemputan Gabungan
Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) 2.0, untuk perdebatan awam dengan Pemimpin
Pakatan Rakyat (PAKATAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai manifesto parti
politik masing-masing.
Bagi
menggalakkan budaya sihat berdebat, KPRU menggesa stesen radio utama, Radio
Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan siaran langsung perdebatan tersebut,
supaya rakyat seluruh negara diberikan peluang untuk menonton perdebatan
tersebut secara langsung.
Perdebatan
manifesto itu dijadualkan untuk berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina pada 17
April (Rabu) ini.
KPRU
mengalu-alukan cadangan BERSIH 2.0 mengadakan perdebatan antara Najib dan
Anwar. Menurut KPRU, perdebatan awam merupakan suatu budaya politik dan pilihan
raya yang sihat. Banyak negara yang mengamalkan semangat demokrasi akan
mengadakan perdebatan antara calon-calon sebelum pilihan raya, seperti
perdebatan antara calon presiden di Amerika Syarikat, perdebatan antara calon
presiden di Taiwan, perdebatan antara calon Ketua Eksekutif Hong Kong dan
sebagainya. Calon-calon yang menyertai debat diberi platform politik untuk
berkomunikasi dengan orang ramai, dipersoalkan oleh orang awam dan serta
membincangkan idea lawan.
KPRU
berpendapat, walaupun perdebatan ini dianjurkan oleh sebuah badan bukan
kerajaan, namun, RTM wajar menyiarkan siaran langsung bagi semua orang
mempunyai peluang untuk menonton debat ini tanpa penapisan.
Semenjak
Radio Televisyen Malaysia RTM1, RTM2 dan TV3 menyiarkan manifesto pilihan raya
Barisan Nasional (BN) secara langsung dan lengkap, RTM dan stesen komersial
lain, Natseven (NTV7) dan Astro wajar memberi ruangan siaran bagi perdebatan
awam antara Anwar dan Najib untuk mematuhi “Ikrar Integriti Pilihan Raya” yang
telah ditandatangani oleh Pengerusi BN, Najib yang komited untuk mempromosi
pilihan raya yang adil dan bersih.
KPRU
menegaskan bahawa ini bukan kali pertama bagi cadangan perdebatan antara Anwar
dan Najib. Anwar sendiri telah banyak kali menjemput Najib berdebat mengenai
isu-isu ekonomi negara. Namun, menurut Najib perdebatan bukan suatu budaya
kita, beliau gunakan alasan ini untuk mengelak diri daripada berdepan dengan
Anwar.
Menurut
KPRU, dari hari pertama Najib memegang jawatan sebagai Perdana Menteri sehingga
ke hari ini, beliau kelihatan teragak-agak dan lemah ketika menghadapi isu-isu
utama. Jika Najib mempunyai keberanian untuk menerima jemputan perdebatan ini,
mungkin dia dapat mencuci dirinya dari imej negatif itu.
No comments:
Post a Comment