KU LIHAT HIJAU... |
Aspan Alias, 30 Apr
2013
Mahathir terlalu ‘emotional’ dan ‘personal’ terhadap
Husam Musa serta memandang rendah terhadap calon PAS di Putrajaya itu. Mahathir
sememangnya seorang yang angkuh tetapi saya tidak pernah terfikir keangkuhan
bekas Perdana Menteri itu tiada batasannya. Saya ingatkan hanya Firaun sahaja
yang berkata tiada siapa yang boleh menyainginya dalam dunia ini.
Mahathir cuba merendah-rendahkan Husam Musa dengan
meminta Husam duduk diam-diam di Kelantan dan jika dah berjaya di Kelantan
barulah minta izin untuk bekerja di Putrajaya. Siapa Dr Mahathir ini untuk
menyekat Husam ke Putrajaya? Meminta Husam meminta izin sebelum ke Putrajaya
itu menampakkan sikap ego besar bagi melindungi perasaan ‘desperate’ beliau
sehingga sanggup bercakap begitu peribadi terhadap seorang warga negara sebuah
Persekutuan yang lain.
Mahathir telah menunjukan ‘desperation’ beliau dengan
begitu ketara. Husam tidak perlu menjawabnya, kerana pengundi Putrajaya akan
menjawabnya tidak lama lagi. Husam hanya perlu berdiam diri. Anggap sahaja Mahathir
itu sebagai seorang yang sedang sakit. Putrajaya itu bukannya kepunyaan Dr
Mahathir dan beliau terlupa yang Putrajaya itu dibina di atas hasil Petronas
dan bukannya hasil dari keluarga beliau.
Mahathir bercakap seolah-olah Kelantan itu terlalu miskin
dan Husam wajar duduk di Kelantan diam-diam. Siapa Dr Mahathir untuk meminta
Husam berdiam diri? Negara ini negara demokrasi dan sesiapa sahaja boleh
bertanding di mana-mana. Kita boleh mengkritik lawan kita dalam politik tetapi
kena adalah sedikit etika lebih-lebih lagi beliau pernah menjadi pemimpin utama
negara suatu ketika dahulu.
Sebenarnya Dr Mahathir ini tidak ada siapa yang boleh
menolongnya untuk memulihkan status beliau sebagai seorang bekas pemimpin yang
ulung. Kesilapan ini bukan kesilapan sesiapa tetapi kesilapan beliau sendiri.
Beliau sendiri memilih untuk merasa resah gelisah dalam kehidupannya. Tiada
siapa yang menyuruh beliau untuk melakukan kesalahan demi kesalahan semasa
menjadi pemimpin utama negara dahulu.
Beliau sendiri yang suka untuk melakukan keganasan
terhadap partinya dan dirinya sendiri. Beliau jugalah yang telah memecat
hakim-hakim yang tidak bersalah. Kesalahan hakim-hakim Mahkamah Agung dahulu
semata-mata hakim-hakim semasa itu bersikap adil dan terhormat. Mahathir tidak
suka kepada hakim yang mengutamakan keadilan. Bagi Mahathir keadilan hanyalah
jika keuntungan berpihak kepada beliau. Apabila beliau merasakan hakim akan
memberikan ‘verdict’ yang tidak memihak kepada beliau, maka hakim itu akan
mendapat penghakiman dari beliau pula.
Entah apa yang menyebabkan Dr Mahathir terlalu ghairah
untuk mempertahankan UMNO itu sedangkan beliau sendiri pernah keluar dari UMNO
yang beliau tubuhkan di Sri Perdana dahulu. Kita juga tidak faham kenapa beliau
tidak pula mahu UMNO bertanding di Pasir Mas dan meminta pula calon UMNO yang
tidak menyerahkan kertas pencalonannya jangan diambil tindakan. Kita sedang
menunggu tindakan UMNO terhadap Dr Mahathir kerana menyokong calon bebas.
Mahathir sepatutnya dipecat bersama 61 ahli UMNO yang lain kerana bertanding
bebas dan menjadi penyokong kepada calon-calon bebas itu.
Kenapa Dr Mahathir tidak dipecat? Kenapa UMNO biarkan
Mahathir bermaharajalela tanpa sebarang sekatan daripada jawatankuasa
disiplinnya? Jika Dr Mahathir sendiri membunuh peluang UMNO untuk menang di
Pasir Mas kenapa beliau beriya-iya sangat mempertahankan UMNO di Putrajaya?
Kenapa Dr Mahathir mahu beriya-iya sangat untuk meruncingkan keadaan negara
ini? Apakah niat sebenar Dr Mahathir ini?
Apa salahnya jika UMNO kalah di Putrajaya? Adat
pertandingan mestilah ada kalah menangnya. Dr Mahathir mahukan UMNO bersifat
seperti beliau mengendalikan UMNO dahulu. Beliau tidak berani bertanding sekali
lagi dalam pemilihan UMNO maka beliau terus mengharamkan UMNO itu. Apabila
dirasakan akan kalah dalam pertandingan tinju beliau akan musnahkan pentas
tinju itu dan akan membina pentas tinju yang lain. Jika dirasakan kalah dalam
pertandingan bola sepak, beliau akan alihkan tiang gol ke mana beliau suka.
Mahathir mahukan semua manusia mengikut kehendak beliau
dan jangan ada yang menentangnya. Mahathir telah mengalahkan semua
musuh-musuhnya sehingga tiada siapa yang beliau hendak kalahkan lagi. Sekarang
Mahathir sedang berhadapan dengan ‘nature’ dan saya merasakan jika semua orang
membantu beliau sekali pun, beliau tidak akan dapat diselamatkan lagi. Beliau
akan terus dengan keresahannya sampai bila-bila.
Sekarang kita doakan Mahathir ini agar beliau kembali
berada dalam ketenangan hidup. Beliau ini sebenar-benarnya memerlukan
pertolongan dari kita. Seperti yang saya sebut tadi tiada siapa yang boleh
membantu beliau lagi selain dari kita berdoa untuk beliau mendapat ketenangan
yang amat-amat beliau perlukan sekarang ini.
Ini menjadi pengajaran kepada pihak Pakatan Rakyat jika
diberikan mandat untuk berkuasa. Perdana Menteri gantian nanti janganlah
melakukan kerja seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir semasa beliau berkuasa
dahulu. Jika melakukan perkara yang sama keterlaluan maka zaman persaraan kehidupannya
akan dihimpit dengan perasaan seperti yang dialami oleh Mahathir sekarang ini.
Beringat-ingatlah. Jika keresahan ini boleh dialami oleh
Dr Mahathir, ia akan juga dialami oleh sesiapa yang lain jika melakukan
perlakuan yang sama seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir itu. - http://aspanaliasnet.blogspot.com
-Aku cilok tanpa edit satu ayat pown..
@Tumpang lalu bro...
Mahathir ni dah
meroyan sebenarnya...
Berdosa dengan Tuhan
boleh lagi dipohon ampun..
Payah juga jika
berdosa dengan orang...
Tidak diampunkan
Tuhan, selagi tidak diampunkan orang..
Sungguhpun ada wang
beratus juta, ada isteri cantik walaupun bersanggul tumpang.
Jika duduk dalam
gelap.. baju tersangkut disangkakan hantu,
Didalam terang, dirasakan
ada orang mengikutnya dari belakang... rupanya terlupa... orang itu adalah bayang.....
No comments:
Post a Comment