Apa laa nak jadi dengan budak sekarang ni, sudahlah
pandai menipu Ibunya hidup-hidup..katanya nak jumpa kawan, tapi pegi main
dengan BF kat hotel buget. Kesian pulak pada ibunya... dah tentulah orang kata tak
pandai jaga anak. Padahal anak dia yang gedik!
Pelajar 16 tahun tipu ibu dicekup khalwat
LEDANG
– Gara-gara mahu bertemu kekasih, seorang pelajar tingkatan empat sanggup
menipu ibu sendiri dengan menyuruh menghantarnya ke sebuah restoran makanan
segera di bandar ini dan memberi alasan mahu berjumpa dan bermalam di rumah
rakan baiknya.
Dia
sebenarnya berjumpa dengan teman lelakinya yang berasal dari Seri Menanti, Muar
di restoran berkenaan sebelum ke hotel bajet untuk meraikan ulang tahun
perkenalan mereka.
Bagaimanapun,
gadis berasal dari Bukit Kepong, Muar itu akhirnya dicekup berkhalwat bersama
teman lelakinya itu, awal pagi semalam.
Difahamkan,
kedua-dua pasangan kekasih itu sering menjadikan hotel bajet terbabit lokasi
memadu kasih bagi menyambut ulang tahun perkenalan pertama mereka.
Dalam
serbuan kira-kira jam 3.10 pagi itu, gadis berusia 16 tahun itu didapati sedang
tidur bersama teman lelakinya berusia 18 tahun tanpa seurat benang dipercayai
baru selesai mengadakan hubungan seks.
Difahamkan,
pasangan terbabit yang saling mengenali antara satu sama lain sejak setahun
lalu mengakui sering datang ke hotel berkenaan dan akan mengadakan hubungan
seks setiap kali berjumpa.
Kadi
Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, serbuan itu dilakukan oleh sepasukan
Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) adalah berdasarkan aduan
awam.
“Penguat
kuasa menunggu kira-kira lima minit sebelum remaja perempuan yang hanya
membaluti dirinya dengan tuala membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan
dijalankan.
“Pemeriksaan
lanjut dalam bilik menemui seorang remaja lelaki tanpa pakaian sedang tidur di
atas katil,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Pasangan
itu ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen
mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.
“Mereka
dibawa ke Balai Polis Tangkak untuk
dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut
dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing.
“Mereka
ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua
tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” kata Sulaiman.-sh
No comments:
Post a Comment