Atas apapun alasan, bagi kaum lelaki lebih berbaloi jika dipotong leher terus...
dari dipotong Anu nya, Tidak dapat lagi merasai nikmat dunia yang amat nikmat itu...
(psssst! cari yang halal lebih baik dari yang haram... dosa!)
Wanita dibicara
kerana potong kemaluan suami
LOS ANGELES - Seorang wanita berusia 48 tahun, Catherine
Kieu Becker memotong kemaluan suaminya dengan sebilah pisau kerana diselubungi
perasaan marah selepas menyangka mangsanya itu mempunyai kekasih lain.
Menurut peguam wanita itu, Frank Bittar, Catherine
mengalami trauma sepanjang hayatnya selepas dia hidup semasa negara
kelahirannya, Vietnam dilanda peperangan.
Bittar dalam hujahnya di sebuah mahkamah semasa
perbicaraan kes itu berlangsung berkata, wanita itu juga pernah dirogol oleh
seorang abang kandungnya semasa dia berusia enam tahun.
Selepas berpindah ke California dan berkahwin buat kali
pertama pada tahun 1984, dia kemudian bercerai pada tahun 1997.
"Dia (Catherine) tidak cemburu, bukannya zalim dan
seorang janda yang jahat," kata Bittar semasa berhujah pada hari pertama
perbicaraan kelmarin di Santa Ana, California.
Wanita tersebut kemudian berkahwin buat kali kedua pada
Disember 2009.
Menurut peguam tersebut, suaminya itu merupakan seorang
pelaku seks yang terlalu aktif sehingga dia menggunakan ubat mati pucuk dan
memaksa Catherine melakukan hubungan seks yang menyakitkan.
Bittar berkata, dalam pemikiran wanita tersebut, dia
melakukan perbuatan itu kerana hendak menghentikan tindakan suaminya.
Kemaluan yang telah dipotong itu kemudian dibuang ke
dalam mesin pelupusan sampah.
Jika disabitkan kesalahan, Catherine akan dihukum penjara
seumur hidup kerana melakukan perbuatan itu.
Dia dituduh membubuh ubat tidur dalam makanan malam
suaminya yang berusia 60 tahun sebelum mengikat dan memotong kemaluannya di
rumah mereka di Garden Grove, timur laut Los Angeles pada tahun 2011.
Bagaimanapun, pendakwa raya John Christl berhujah, kes itu
adalah tentang seorang suami yang mahu menceraikan isterinya.
Menurut Christl, Catherine enggan menerima perceraian itu
menyebabkan dia melakukan perbuatan tersebut.
Suami wanita itu yang turut memberi keterangan
memberitahu, dia tidak akan memperoleh semula kehidupan seperti lelaki normal
lain.
Menurutnya, proses pemulihannya tidak akan berakhir
walaupun dia telah menjalani pembedahan selepas kemaluannya dipotong.
Video liputan kes...
No comments:
Post a Comment