Thursday, April 11, 2013

Naji Kata Bagilah Peluang 5 Tahun lagi..





Aik!... macam dah berbau jer bunyi nyer...
Golombang ini nampak lebih hebat dari Tsunami
Mula dari Perlis dah melarat sampai ke Sabah
Ramai dah muak dan mula menyampah dah
Selepas buang undi... kita lihat sapa yang kena...

Sembang kedai kopi ada kawan lontarkan pendapatnya...
Kalau Bee End menang lagi kali ini, cukai GST akan berjalan, Beli topUp RM10, kena bayar RM10.60. kamera AES pun rancak dipasangkan di tempat hanya 90km/jam. Lari 100 jer, ngap RM300. Baru korang tau... nangis pun tak guna dah... sebab korang yang bagi kuasa kat dia..

Suka sangat kalau diaorang jatuh tergolek, boleh bukak sorang satu fail dari atas sampailah ke bawah, comfirm sesak nanti kat Sg. Buloh nanti. Baru tahu siapa yang selama ni belagak suci, rupanya Musang menyamar jadi Ayam.

Apa yang ko tak puas ati sangat neh?... ada suara menyakat...
Ya lah... nak tau jugak apa kesudahannya cerita Alan Tuya, komisen tu mana peginya...  
Camana bajet buat istana baru dari RM300 juta boleh sampai RM600 juta...
Camana lembu boleh masuk Kondo..
Camana buat jalan 6km boleh sampai 40juta!
Camana ayam dah sampai RM8 sekilo?

Orang dah bagi macam-macam, takkan tak perasan kot?
Orang bagi kita ambik... pangkah lom tentu..

Oooo lagu tu kaaa...


Tidak perlu ubah kerajaan jika mahukan perubahan: Najib

KUANTAN: Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan Barisan Nasional mampu membawa perubahan besar untuk kesejahteraan rakyat, kerana itu rakyat tidak perlu mengubah kerajaan, hanya semata-mata mahukan perubahan.

Perdana menteri berkata, kepimpinan kerajaan BN sejak empat tahun lepas, telah pun membawa pelbagai perubahan dan tranformasi besar yang dinikmati semua pihak.

"Perubahan besar mampu diusahakan kita (BN), jika rakyat hendak buat perubahan. Dan tidak semestinya kerajaan perlu diubah yang baharu, perubahan yang besar boleh berlaku dengan kerajaan yang sama," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang di sini, hari ini.

UTC bernilai RM37 juta itu ialah inisiatif kerajaan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti bandar dalam satu pusat sehenti.

Perdana menteri berkata, apa yang penting kepada rakyat sebenarnya bukanlah untuk mengubah kerajaan, tetapi mengecapi dan menerima perubahan yang dilaksanakan kerajaan BN.

"Perubahan bukan untuk ubah kerajaan, perubahan yang dituntut itu kita (BN) mampu laksanakan," katanya.

Najib berkata, rakyat perlu bijak menilai pakatan pembangkang yang kononnya mahu membuat perubahan sedangkan kepimpinan mereka tidak pernah sependapat dalam pelbagai perkara.

"Rakyat harus tanya, pihak yang kononnya nak bawa perubahan ini, mampukah mereka bawa perubahan? Macam mana nak bawa perubahan kalaulah dalam satu kumpulan itu ada tiga nakhoda?" katanya sambil disahut laungan 'karam' oleh kira-kira 30,000 orang yang hadir pada majlis berkenaan.

Perdana menteri berkata, rakyat juga perlu bijak menilai rekod prestasi pemimpin pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang sebelum ini pernah berada dalam kepimpinan kerajaan.

"Kita mesti tanya apa dia penilaian kita, menilai pengalaman dan rekod prestasi, apa dia buat, apa hasilnya bila berdepan krisis, itu patut kita tanya," katanya.

Najib berkata, pakatan pembangkang juga kini bercelaru dalam menentukan calon-calon mereka untuk pilihan raya umum ke-13 nanti, dan rakyat perlu bijak menilai apa yang akan berlaku sekiranya mereka diberi mandat.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

UTC Pahang disiapkan dalam tempoh lima mingggu dan dilihat perkhidmatannya memberi kesan besar kepada rakyat.

Ia dibuka setiap hari bermula 8.30 pagi sehingga 10 malam.

Perdana menteri berkata, Malaysia ialah satu-satunya negara di dunia yang menyediakan perkhidmatan kerajaan dan swasta sehingga 10 malam. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment