Friday, April 26, 2013

Dulu Najib, Kini MB N9 (sementara) Pula Dah Mula Cuak Dengan Pakatan Rakyat




Kata-kata itu adalah Andaian...
Andaian itu kadang2 benar, kadang2 pula meleset!
Apapun itu adalah cobaan untuk melaga2kan orang... macam Ronson Gas atau senang cakap, batu api!
Ingatkan dah tak ada dah keturunan Raja Mandaliar atau SiKitol.!
Itu lah WAJAH sebenar mereka sebenarnya...

[Seramai 937 orang turut menerima bantuan pembancuh kuih elektrik, ketuhar elektrik, alatan pancing dan alat pertanian hidroponik dalam majlis itu.]

Jika pemberian itu mereka benar2 memerlukan... dinamakan bantuan,
Jika pemberian itu dekat2 musim pilihan raya pula! Apa maknanya? Mungkin anda ada jawapannya...



MB: PAS boleh keluar Pakatan lepas tawan Putrajaya

Menteri besar sementara Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, PAS berkemungkinan menjadi parti pertama yang akan melangkah keluar daripada Pakatan Rakyat jika mereka berjaya mentadbir Putrajaya.

Beliau yang mempertahankan kerusi dewan undangan negeri (DUN) Rantau meramalkan perkara tersebut kerana jurang ideologi yang terlalu besar antara PAS dan DAP, sekutunya dalam gabungan pembangkang.

"Saya yakin kalau PAS tak keluar pun dia akan berpecah kerana terdapat pertentangan ideologi yang amat berlainan antara parti PAS dan DAP," katanya sewaktu berucap kepada peneroka tanah rancangan Felda Sendayan, Labu pagi tadi.

Menurutnya, Pakatan sendiri adalah gabungan yang amat lemah disebabkan perbezaan ideologi berbanding BN yang menurutnya kukuh walaupun terdiri daripada 17 parti komponen.

Majlis yang menarik kira-kira 2,000 hadirin itu turut disertai timbalan perdana menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan hampir sebahagian besar calon-calon BN di Negeri Sembilan.

Seramai 937 orang turut menerima bantuan pembancuh kuih elektrik, ketuhar elektrik, alatan pancing dan alat pertanian hidroponik dalam majlis itu.-malaysiakini

No comments:

Post a Comment