Guangdong: Seorang penagih porno yang menyumbatkan seekor
belut ke dalam duburnya terpaksa menjalani pembedahan sepanjang malam selepas
binatang itu tersekat.
Lelaki dari selatan China itu melakukan perbuatan ganjil
itu untuk meniru babak dalam satu filem porno.
Bagaimanapun, lelaki yang belum berkahwin itu terpaksa
bergegas ke hospital di wilayah Guangdong dan memberitahu petugas perubatan:
“Tolong saya, tolong saya. Belut itu bergerak di dalam tubuh saya.” Pakar bedah
akhirnya berjaya mengeluarkan belut lumpur Asia sepanjang satu setengah meter
dan berat lebih setengah kilo pada awal pagi semalam selepas menjalankan
pembedahan.
“Belut itu hanya cuba mencari jalan keluar. Ia masih
hidup ketika kami keluarkannya tetapi mati tidak lama selepas itu.
“Lelaki itu bertindak bodoh dan dia bernasib baik kerana
tindakannya itu boleh menyebabkan dia cedera parah. Belut mempunyai gigi kecil
tetapi tajam,” kata anggota pasukan perubatan itu.
“Kami tahu apa yang berlaku dan lelaki berusia 39 tahun
itu akan disoalsiasat berkait dengan kes kekejaman terhadap haiwan,” kata
jurucakap polis. - Daily Mail
No comments:
Post a Comment