Tuesday, April 23, 2013

Man Utd. Muncul Juara Liga Perdana Inggeris Untuk Kali Ke-20



LONDON: Manchester United mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini miliknya apabila memperoleh kemenangan 3-0 ke atas Aston Villa di Old Trafford, malam tadi.
AKSI pemain Manchester United, Rio Ferdinand (kiri)
dan Michael Carrick ketika meraikan kejayaan merangkul
kejuaraan kali ke-20 liga di Old Trafford, Manchester,
awal pagi tadi selepas membenam Aston Villa 3-0 pada
perlawanan yang menyaksikan penyerangnya, Robin van Persie
menjaringkan hatrik keduanya musim ini.

Kejuaraan liga ke-20 itu miliknya meskipun saingan liga masih berbaki empat perlawanan lagi. Ia juga kejuaraan liga ke-13 Alex Ferguson sebagai pengurus dan Ryan Giggs sebagai pemain paling lama bersama United.

Malah kejuaraan itu lebih bermakna apabila penyerang sensasinya yang menyarung jersi nombor 20, Robin van Persie (juga champion EPL kali ke-20) mencatat hatrik keduanya musim ini.

Persie meledak seawal 80 saat permainan diikuti pada minit ke-12 dan minit ke-32.

Jom jejak 3 gol cantik dari kehebatan RvP.


No comments:

Post a Comment