Friday, April 26, 2013

Pemberian BR1M lebih menguntungkan berbanding turun harga minyak - Kata Najib



Dulu katanya beri BR1M rm500 one off  kepada rakyat marhain berpendapatan bawah rm3000 bukan bermotif politik. Kerajaan ihklas nak membantu dan mendengar denyut nadi rakyat kononnya. Tetiba masuk dalam kempen politik pusing satu Malaya pasai apa? Wak Din ceramah kat Johor.. katanya pula, kita boleh tambah lagi BR1M sampai rm1000. Tapi syaratnya... ada syarat pulak ke? syaratnya... kenalah bagi undi pada BeeEnd. Pulak dah!

Dalam posting dulu dah cakap dah, Kalau betul-betul nak bantu orang... beri dia kail, ajar dia macamana cara nak mengail. Bila dan pandai, lepas tu dia pegi manapun dia akan bawa kail dia, boleh cari makan sendiri... tidak harap bantuan orang lain lagi. Kalau nak ikan banyak pegi la ke laut dalam. Bukannya cara bagi ikan. Ikan habis, mintak lagi... habis mintak lagi.. alamatnya sampai bebilalah cam gitu!

Kami sayang PM (baru)
PM Najib kata bagi BR1M lebih untung dari turun minyak! Aduyai..  Ini bukan isu pokoknya... isunya adalah apabila harga minyak diturunkan... secara otomatiknya harga barangan lain akan turun sama secara perlahan2. Masalah inilah sebenarnya yang membebankan rakyat marhain!

Mana ada kerajaan dalam dunia cam gini pok cik!

@ jika minyak diturunkan sebanyak rm0.50 x 24(tolak sabtu/ahad) x 12 (tahun) = rm144
 (sekurang2nya rakyat ada lebihan rm144 dan barang turun harga!)

Pemberian BR1M lebih menguntungkan berbanding turun harga minyak - Kata Najib

BAGAN SERAI - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) lebih menguntungkan rakyat berbanding penurunan harga minyak seperti yang dijanjikan pembangkang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, ia kerana program tersebut memberi manfaat terus kepada golongan sasaran iaitu rakyat bawahan berbanding penurunan harga petrol yang berpotensi mengalami ketirisan kepada golongan yang tidak layak termasuk warga asing.

"Kita beri BR1M, yang untung bukan rakyat sahaja tapi peniaga apabila wang itu dibelanjakan. Ekonomi berkembang disebabkan permintaan meningkat," ketika berucap pada majlis Perhimpunan Rakyat 1Malaysia Parlimen Bagan Serai di sini hari ini. - Kosmo


No comments:

Post a Comment