Pak Ali sekeluarga – seorang isteri dan lima anak yang
bekerja semua mempunyai kereta BlueN.
Disebabkan Pak Ali meminati BlueN sejak dulu, maka
dipastikannya semua kereta anak dan isterinya juga berjenama BlueN.
Kereta-kereta jenama BlueN pada pandangan Pak Ali adalah
paling berbaloi – dari segi harga insurannya, harga kereta, paling jimat minyak
dan harga servis yang memuaskan.
Pak Ali yang berumur 56 tahun tidak pernah mencuba
sebarang kenderaan lain – dalam dunia Pak Ali cuma hanya ada BlueN.
Satu hari anak sulung Pak Ali, Jamali menyatakan
hasratnya untuk menukar kereta.
“Li, beli BlueN yang baru itu, ya,” pesan Pak Ali.
Jamali sebenarnya sudah terpikat dengan sebuah kereta
berjenama PackR. Designnya sungguh cantik, dan harganya pun lebih rendah
berbanding kereta kelas yang sama yang dijual oleh BlueN.
“Yah, PackR jenis ini lebih cantik dan berbaloi. Minyak
pun lebih jimat kata orang,” kata Jamali.
“Li jangan kena tipu salesman. Salesman ini janji
macam-macam. Dalam hidup ayah, ayah tak pernah jumpa kereta yang lebih jimat
minyak daripada BlueN. Salesman itu menipu sahaja,” tegas Pak Ali.
“Tapi ayah, BlueN tak bagi free servis 40,000km yang
pertama. PackR bagi. Dan kalau anakanda tempah awal dapat rebat RM3,000 dan
free radio. BlueN tak ada,” kata Jamali lagi.
“Li. Kau percaya salesman itu buat apa? BlueN tak bagi
kerana kualitinya lebih baik. PackR tak baik jadi kena bagi free itu ini supaya
orang macam Li masuk perangkap. Beli lepas itu menyesal. Kereta ini bukan
murah. Tak boleh beli main-main. Lepas beli kalau tak suka, tak boleh menyesal.
Beli BlueN sahaja,” tegas Pak Ali lagi.
“Tapi ayah. Yah lihat insurans dia pun offer 15 percent
rebate kalau anakanda tak claim untuk mana-mana tahun. BlueN tak bagi. Lagipun
BlueN designnya tak taste anak muda. PackR ini taste anak muda – cantik
designnya,” Jamali cuba berhujah lagi.
“Design cantik itu untuk pikat anak-anak muda yang mudah
ditipu macam Li lah. Kereta berkualiti bukan dinilai dari segi design. Ia
dinilai daripada pengalaman. Pengalaman ayah kata BlueN lebih baik daripada
PackR. Pandu PackR anakanda akan menyesal. Ramai kawan ayah yang berkata PackR
kereta selalu bermasalah. Servis sparepart susah dicari,” kata Pak Ali lagi.
“Ya ke. PackR sparepart mudah dicari lah yah, dan
sparepart dia lebih murah. Anakanda pernah kaji harga mereka. Servis – caj
labor PackR baru RM30, BlueN RM60 buat benda yang sama lagi. PackR ini –
anak-anak muda yang pakai semua kata lebih baik daripada BlueN – lebih stabil,
lebih jimat dan free banyak benda ketika servis. BlueN ini apapun tak ada,”
hujah Jamali lagi.
Pak Ali bertambah marah kata-katanya tidak didengar oleh
anaknya sendiri.
“Nak beli, belilah. Jangan menyesal datang mengadu dengan
ayah sudah nanti,” tegas Pak Ali.
Jamali pun membeli kereta PackR. Sebulan Pak Ali tidak
mahu bercakap dengannya kerana menyampah melihat kereta PackR di rumah. Selama
ini Pak Ali dah war-warkan pada seluruh kampung bahawa kereta dia peminat
BlueN, tak akan cuba kereta yang lain – tapi kini tindakan Jamali seperti
menamparnya.
Satu hari, hanya Jamali dan Pak Ali berada di rumah.
Jamali ketika di dapur terpotong tangan mengalami pendarahan yang agak banyak.
Pak Ali bergegas hendak membawanya ke hospital. Pada masa itu, kereta BlueN Pak
Ali tidak dapat dihidupkan.
Pak Ali terpaksa menggunakan kereta PackR anaknya –
walaupun tak rela, tapi keadaan cemas menyebabkan Pak Ali tidak memikir
panjang.
Setibanya di hospital, Jamali dibawa ke unit rawatan.
Sambil Pak Ali menunggu, Pak Ali sempat membelek akhbar. Terlihat iklan BlueN.
“BlueN kini menawarkan free servis 42,000km (2,000km
melebihi jenama TXXXXX), insuran offer 15 rebate, cash back RM4,000 pembelian
dalam masa 2 minggu…”
Iklan itu seolah-olah meniru apa yang PackR sedang
lakukan beberapa bulan lepas ketika Pak Ali bertengkar dengan Jamali. Pak Ali
teringat hujahnya yang berkata BlueN kualiti lebih baik, tak perlu buat
benda-benda ini.
Rupa-rupanya Pak Ali tersilap. Tadi ketika memandu ke
hospital, Pak Ali terasa kereta PackR lebih stabil dan menyeronakkan untuk
dipandu. Tadi semasa memandu, terlihat sebuah buku servis kereta yang tertera
harga servis – 30% lebih murah daripada BlueN.
Selepas anaknya keluar dari unit rawatan, melihat Jamali
dalam kesakitan, Pak Ali membuat gurau untuk menghiburkan hatinya.
“Kereta PackR ini bagus juga ya. Tak tahu pulak. Lepas
cuba, macam best,” kata Pak Ali.
“Tulah ayah. Anakanda kan dah bagitahu. Ayah ini kena
tipu BlueN salesman hidup-hidup ingat kereta dialah paling best. Sekarang ayah
tahu siapa yang kena tipu salesman? Ada kereta di luar yang lebih bagus dan
lebih murah dijaga berbanding BlueN. Tak cuba manalah kita boleh banding.
Sekarang dah cuba, ayah kan tahu siapa lebih baik,” kata Jamali dengan
gurau-senda.
Kedua-dua mereka bersenyum dan Pak Ali menepuk bahu Jamali
tanda akur bahawa beliau tersilap.
Faham tak cerita ini?
Jangan cepat menghukum seseorang sebelum memberi peluang,
sekurang-kurangnya sekali kepada seseorang itu untuk membuktikan kata-katanya.
Jangan pula cepat mempercayai seseorang yang telah berkali-kali
didapati menipu dengan janji-janjinya.
Senyum.
@karya Tuan Ibrahim Tuan Man...
Ori, tak diedit satu ayat pon...
No comments:
Post a Comment