Sailendra Nath Roy |
MUMBAI 29 April - Seorang lelaki dari India maut, ketika
dia cuba memecahkan rekod dunia merentasi sebatang sungai dengan menggunakan
rambutnya yang digantung pada tali dalam satu aksi di Bengal Barat, semalam.
Nahas itu menimpa Sailendra Nath Roy, 50, selepas
rambutnya yang diikat tersangkut pada roda yang dipasang pada tali,
mengakibatkan dia tergantung di udara pada ketinggian 3,000 meter selama hampir
25 minit.
Roy berjaya menarik kereta api seberat 42 tan |
dan mencatat rekod dunia Guiness World Records |
Lelaki itu yang terdesak untuk melepaskan diri, kemudian
cuba merentasi sungai berkenaan dengan berpaut pada tali, namun dia dipercayai
diserang sakit jantung dan meninggal dunia.
Kejadian tersebut turut disaksikan kira-kira 1,000
penduduk yang berkumpul di sepanjang jambatan yang merentas Sungai Teesta di
Darjeeling.
Bergelut dengan maut |
Pasukan penyelamat kemudiannya menurunkan Roy dari
Jambatan Coronation kira-kira 45 lima minit kemudian.
Dia yang dikejarkan ke hospital berhampiran, bagaimanapun
disahkan meninggal dunia sejurus tiba.
akhirnya kaku... |
Roy yang merupakan anggota polis Bengal Barat merupakan
pemegang rekod dunia Guiness World Records apabila berjaya menarik kereta api
seberat 42 tan sejauh 2.5 meter pada tahun lalu.
Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Siliguri, K. Jairaman
berkata, Roy tidak mendapatkan kebenaran bagi melakukan aksi ngeri itu, tetapi
mengesahkan mangsa tidak bertugas sewaktu kemalangan itu berlaku. - AGENSI
No comments:
Post a Comment