Friday, April 26, 2013

Cubaan Untuk Menipu: Apakah Benar SPR Bersekongkol?




Apabila dikatakan SPR tidak telus... Habis mengamok kata, jika SPR tak telus bagaimana dalam PRU12 dulu Pakatan Rakyat boleh menang di 5 Negeri!

Memang betulah!.. kalau telus dah lama Putrajaya ditawan Pakatan LOL..
Ada sumber kata lagi seminggu dekat PRU, pejabat PWTC meriah sampai ke Subuh pakat pangkah kertas Undi??? Siapa yang boleh menyelinap masuk... pegi check tengok betul ke!

Dulu kawan askar di Sabah cerita, kertas undi pos untuk tentera yang tidak dituntut disebabkan berkursus, bertugas atau bercuti di Semenanjung di suruh tolong pangkahkan... sebab nak cepat dihantar ke MINDEF. Ada lebih kurang 200 kertas undi... kawan ini bersikap adil.. dia pangkah satu untuk PBS (parti bersatu sabah), satu untuk Barisang Nasional... adil kan..kan..kan..

Ada satu Cadangan:
Setiap tong undi mesti disediakan kunci mengikut jumlah calon. Jika ada 4 orang calon, sediakan 5 kunci (kunci solex ke.. yang dibeli sendiri, baru tak boleh klon). 1 untuk SPR, masing2 wakil calon pegang 1 kunci. Setiap calon dihehendaki mengunci peti undi selepas jam 5. Kunci hanya dibuka ditempat penjumlahan undi saja. Kalau calon atau wakil gagal untuk membuka kuncinya sendiri... itu alamatnya dah kena cilok!. Sebab banyak dah dengar cerita... mula2 kira undi dah kalah, tetiba endah dari mana datangnya kotak undi dari penempatan orang asli katanya... terus menang! Cuba fikir diluar kotak sikit...


Kenderaan bawa kotak undi dilencongkan ke kawasan ‘rahsia’

PETALING JAYA: Kenderaan yang membawa kotak undi untuk dihantar ke ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya, dilencongkan ke satu kawasan rahsia di Kajang.

Mendedahkan demikian, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenderaan itu berubah arah selepas berhenti di satu simpang.

“Saya difahamkan kenderaan yang membawa kotak undi itu sepatutnya terus ke Putrajaya.

 “Tetapi selepas tiba di satu persimpangan tol tertentu, ada sebuah pajero SPR sudah menunggu kenderaan itu dan mengalih haluan ke satu kawasan rahsia di Jalan SC 2 dekat kawasan perindustrian Sungai Chua, Kajang,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Pendedahan itu susulan maklumat terbaru yang diterima Ketua Umum KEADILAN itu.

Beliau mempersoal mengapa kotak undi itu dibawa ke kawasan lain sedangkan mengikut prosedur, kotak undi mesti disimpan di ibu pejabat SPR.

“SPR sebagai badan bebas mesti menjelaskan perkara ini segera bagi mengelakkan persepsi negatif rakyat terhadap mereka,” kata Anwar yang akan mempertahan kubu kuat KEADILAN di Permatang Pauh pada PRU 13.-keadilandaily

No comments:

Post a Comment