Tindakan 5 orang pelajar wanita yang sengaja mempermainkan ritual amalan Solat orang Islam dengan tarian
tidak sepatutnya berlaku sekiranya mereka mendapat bimbingan dan pendidikan agama
dengan betul.
Sungguh malang kedua ibubapa mereka kerana terpaksa
menanggung dosa pelakuan anak mereka. Itulah harga yang patut dibayar. Tiada ibubapa yang inginkan perkara ini
berlaku sebenarnya, mungkin terpengaruh dari rakan yang membuatkan mereka
hilang pedoman.
Sesungguhnya tanggungjawab kedua ibupapa amatlah berat.
Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
“Tiada (bayi) yang dilahirkan melainkan (dia)
dilahirkan mengikut fitrah, lalu kedua ibu bapanya yang menentukan sama ada dia
menjadi yahudi, nasrani atau majusi, sebagaimana terhasil daripada seekor
binatang itu anak yang sempurna, kamu tidak akan mendapati sebarang kecacatan
padanya”
Kejadian ini berlaku di Sekolah Menengah Atas Negeri (SMAN) 2 Tolitoli,
Sulawesi Tengah. Apa
yang menyedihkan kesemuanya beragama Islam. Setelah berita ini sampai ke
pengetahuan Pengetua yang menonton video setelah dimuatnaikkan ke YouTube,
beliau jatuh pengsan 2 kali. Atas pelakuan itu mereka telah dihukum buang dari sekolah.
Didoakan mereka sempat
bertaubat sebelum malaikat Izrael datang menyapa….
Juga boleh baca sini.
Klik untuk lihat video:
No comments:
Post a Comment