Jom Kenali Siapa Sidek Baba, sekor lagi Profesor
Kangkong! Melentok sini ngap!.. melentok sana pun Ngap!
Perangai sebenar Profesor Kangkong ini diceritakan oleh
sahabatnya yang telah bersamanya dan mengenalinya secara dekat satu ketika
dulu... jom layan..
Patutlah sakan Sidek
Baba kutuk Anwar!!
Saya mengenali Sidek Baba sejak 1977 bila saya menjadi
Mahasiswa Universiti Malaya dan Sidek menjadi AJK Minggu Orientasi-UM.
Kami panggil dia Cikgu Sidek kerana dia sudah dewasa
umurnya.Dia senior saya satu tahun sahaja dari segi senioriti di universiti
tetapi saya jauh lebih muda dari beliau dari segi umur kerana saya fresh dari
sekolah dan terus ke universiti.
Saya mengikuti dari dekat perkembangan kerjaya Sidek.
Sidek bercerita bagaimana beliau datang dari keluarga susah. Bermula bekerja
sebagai budak pejabat kemudian ambil kelas malam dan lulus SPM. Kemudian ke
Maktab Perguruan. Mengajar di sekolah. Kemudian ambil kelas malam. Lulus STPM
dan masuk ke Universiti Malaya.
Sidek lembut orangnya. Berbicara dengan bahasa yang baik
dan teratur. Beliau bergiat cergas dalam Persatuan Mahasiswa Islam Universiti
Malaya (PMIUM). Diantara yang aktif waktu itu ialah Syed Darwilah, Allahyarham
Datuk Nasaruddin Jalil, Dr Oniah dan ramai lagi. Saya terlibat dalam kumpulan
Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). Diantara yang aktif ialah
Dato’ Rozai Shafian,Bekas Speaker Kedah. Juga Tan Sri Muhammad Mohd Taib Bekas
Menteri Besar Selangor.
Sidek juga mengajar di Yayasan Anda, yang terletak di
deretan kedai di Pantai Baru betul-betul di depan pintu masuk Universiti
Malaya. Sekolah Persendirian yang ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim,Datuk
Kamaruddin Mohd Nor,Datuk Kamaruddin Jaafar bagi mambantu anak-anak Melayu yang
tercicir dari arus pendidikan. Ramai anak Melayu yang miskin menuntut disini
dan ramai yang berjaya dalam hidup. Datuk Zabidi Zainal Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam, KPPA adalah bekas pelajar Yayasan Anda.
Semasa di universiti hubungan kami rapat walaupun agak
berlainan pendapat dan ideologi politik. Dia Islamis dan saya nasionalis. Bila
ada masa terluang sementara menunggu kuliah selanjutnya, Sidek akan bersyarah
panjang kepada kami tentang perjuangan Islam dan Anwar Ibrahim. Bagi Sidek,
Anwar adalah pemimpin yang akan memimpin umat Melayu menuju ke kemuncak dan
mesti berpaksikan Islam. Setiap lima ayat yang diungkapkan oleh Sidek akan
ditutup dengan menyebut perkataan “Pak Sheik” bermaksud Anwar Ibrahim. Anwar
adalah idola Sidek. Saya amat meluat melihat betapa taksubnya Sidek kepada
Anwar.
Anwar selalu masuk kampus dan bercerita tentang dirinya
yang terpenjara di Kemunting kerana membela rakyat Baling, Kedah. Hampir setiap
minggu ada saja program sebagini yang dianjurkan oleh Sidek dan PMIUM. Dimata
kami Sidek adalah Anwar dan Anwar adalah Sidek.
Selepas lulus dari universiti dan menamatkan Diploma
Pendidikan saya dilantik menjadi Guru Siswazah.
Saya akhirnya menyertai UMNO dan aktif di Cawangan. Sebagai Pegawai Pendidikan Division Satu,saya
tidak boleh aktif dihadapan jadi saya bantu dari belakang.
Hubungan saya dengan Sidek berterusan. Bila Anwar menjadi
Menteri Pendidikan dan berpejabat di Bandar Baru Damansara, saya ditukarkan ke
Kementerian Pendidikan sebagai Ketua Unit.
Adalah menjadi amalan Anwar setiap hari Jumaat Anwar akan
berjumpa dengan orang awam,orang kampong, sahabat-sahabat beliau dan sesiapa
sahaja tanpa temujanji.Anwar akan jamu tetamu makan nasi bungkus. Amalan ini
berterusan hingga beliau meninggalkan Kementerian Pendidikan. Orang yang
sentiasa saya jumpa dihampir setiap Jumaat ialah Sidek. Macam-macam yang dia
bawa cerita dan bilik saya akan jadi tempat persinggahan beliau samaada sebelum
berjumpa Anwar atau selepas jumpa Anwar.
Malah diantara tajuk yang sentiasa dibawa dalam
perbincangan kami bagaimana beliau katakan beliau lebih layak menjadi EXCO jika
dibandingkan dengan mana-mana EXCO Kerajaan Negeri Melaka dan telah beliau
nyatakan beberapa kali kepada Anwar untuk bertanding di Melaka dan menjadi
Ketua Menteri Melaka.
Saya memang tidak berminat untuk mendedahkan hal
keburukan Sidek pada ramai. Sebagai seorang Pegawai Kerajaan yang telah
bersara, saya selesa berihat dan membaca. Tetapi akhir-akhir ini Sidek terlalu
ghairah mencaci dan mencerca Anwar. Saya ahli UMNO. Saya juga bukan pengikut
Anwar tetapi pembohongan Sidek yang saya anggap keterlaluan mesti dihentikan.
Sidek memang kaki bodek. Kalau bercakap amat lembut dan
bahasa bersajak. Orang lain bodoh belaka dan dialah orang paling hebat.
Kata-kata manis ini, bagi mereka yang kenal dia, satu penipuan.
Allahyarham Datuk Nasaruddin Jalil pernah beritahu saya
bahawa Sidek setiap hari dan malam menelefon beliau untuk lobi Anwar beri
biasiswa supaya dia dapat buat Masters. Akhirnya Anwar luluskan. Kemudian lobi
Azmin untuk minta Anwar luluskan beliau buat Ph.D Juga dia dapat. Bagi saya itu
bukan kesalahan kerana Sidek ingin memperkemaskan dirinya menjadi seorang
ilmuan.
Tapi bila melobi kawan-kawan di Selangor dan minta tanah
dari Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Menteri Besar Selangor, itu ada sedikit
masalah. Muhammad Taib beritahu Nasaruddin dan saya yang dia telah beri tanah
‘prime land’ milik PKNS kepada Sidek tapi Sidek jual tak sampai pun setahun
diluluskan. Sidek ambil duit taukeh Cina dan bayar premium kepada PKNS dan
lebih dari separuh dia kebas kerana Muhammad Taib jual tanah PKNS kepada Sidek
dengan premium yang amat murah. Saya yakin Anwar tahu hal ini. Muhammad Taib
pernah menjadi Naib Presiden UMNO dan dia tahu Sidek rapat dengan Anwar.
Sidek waktu itu Timbalan Rektor berulang alik ke pejabat
Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri lobi Azmin, lobi semua orang
untuk jadi Rektor UIA. Sebenarnya ramai Pensyarah UIA yang lebih senior dari
Sidek yang layak jadi Timbalan Rektor. Tapi kerana pressure dari Pejabat Anwar
Ibrahim, Sidek dapat jawatan itu.Jawatan Timbalan Rektor. Saya orang UMNO saya
juga tidak setuju dengan tindakan Anwar menempatkan Sidek disitu. Sidek ada
Ph.D dan kajian akedemik yang beliau
lakukan untuk Ph.D ialah berkenaan ‘Institusi Usrah (Study Circle) dalam ABIM.
Kita tidak pertikaikan Ph.D nya tapi bidang kajian itu, terlalu cetek untuk dia
menjadi Rektor UIA. Bila dia gagal ke jawatan Rektor UIA Sidek amat kecewa.
Bila Pakatan Rakyat merampas Selangor Sidek berjumpa
dengan Dr Wan Azizah isteri Anwar untuk melobi ke jawatan Timbalan Naib
Canselor UNISEL. Saya jumpa seorang Dekan UNISEL yang dahulunya sama Jabatan
dengan saya semasa di Kementerian Pendidikan. Dia kata kami mungkin dapat ketua
baru di UNISEL. Sidek Baba akan jadi Timbalan Naib Canselor jika Tuanku Sultan
setuju. Baru-baru ini saya dapat tahu orang yang sekat Sidek dari
dipertimbangkan ke jawatan itu ialah Anwar Ibrahim sendiri bukan kerana faktor
umur atau lain-lain tetapi bagi Anwar Sidek tidak cemerlang. Sidek selepas
mendapat Ph.D tidak pernah menulis apa-apa ‘memorable academic paper’ dan tidak
ada satu pun academic paper dalam International Journal yang beliau hasilkan.
Bila Dr Mahathir menahan Sidek dibawah ISA selama 14
hari, akibat tercetusnya gerakan reformasi, Sidek cerita segalanya kepada ASP
Kamal Pegawai SB yang menyiasat beliau. Sidek mengaku yang dia bersama
sekumpulan pelajar-pelajar UIA seramai 18 orang merancang bersama-sama Pemuda
UMNO yang diketuai oleh Zahid Hamidi mahu menawan RTM. Sidek yakin rakyat akan
bangkit menentang Dr Mahathir kerana ABIM mempunyai ramai anggota dan ahli UMNO
yang menyokong Anwar. Sidek pecahkan semua rahsia Gerakan Reformasi kepada polis.
Akibat tindakan beliau ramai yang ditahan antaranya: Roslan Kassim, Ezam Mohd
Nor, Datuk Kamaruddin Jaafar, Malik Hussin, Datuk Zamri Kadir, dan ramai lagi
pelajar UIA yang terlibat tetapi sempat melarikan diri termasuk Dr Yusri
Mohamad dan Dr Asyraf Wajdi anak Datuk Dusuki Ahmad.
Sidek tidak ditahan lama malah tidak dibawa ke Kemunting.
Beliau dibebaskan setelah bersetuju untuk bekerjasama dengan polis dan menjadi
agen polis bagi melumpuhkan Gerakan Reformasi.
Bila saya berjumpa beliau sebulan selepas dibebaskan dari
ISA di Hotel Legend Kuala Lumpur beliau kelihatan seperti orang yang baru
keluar dari hutan belantara. Mukanya pucat dan wajahnya ketakutan. Bercakap
secara berbisik dan ayat yang diungkapkan tidak jejas. Saya faham keadaanya.
Pada satu Jumaat dua bulan yang lalu saya jumpa dia
sekali lagi di Masjid di Sentul. Perwatakannya tidak berubah. Bercakap secara
berbisik seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.
Kini baru saya faham kenapa Sidek menyerang Anwar. Kenapa
Sidek fitnah Anwar. Mudah sahaja plot dan jalan ceritanya. Sidek satu masa dulu
amat yakin kepada perjuangan Anwar. Sidek dapat banyak habuan dari Anwar. Tapi
ada lagi yang belum cukup untuk Sidek. Sidek merasakan beliau telah banyak
berkorban untu Anwar hingga ditahan dibawah ISA. Bila Anwar kembali berkuasa
Anwar gagal membantunya untuk menjadi orang nombor satu di UNISEL. Maknanya
Anwar sudah ada penggantinya dan Sidek bukan lagi orang kesayangan Anwar.
Sidek tiada pilihan. Dia sudah berjanji malah amat takut
kepada polis. Bila pilihanraya sudah hampir tiba, polis dan Dr Mahathir panggil
Sidek dan tagih hutang lama. Sidek tiada pilihan dan terus menjadi kuda yang
ditunggang oleh Dr Mahathir dan pemerintah. Sidek kini terperangkap. Ilmu yang
dia miliki dicampakkan ke longkang. Iman yang dia ada digadai kerana takutkan
manusia yang lemah seperti Dr Mahathir.
Anak buah saya kini berada dalam Kumpulan Khas yang
dibentuk oleh Datuk Elias Anor Abdul, bekas Setiausaha Politik Datuk Najib
Razak. Sidek adalah salah seorang anggota kumpulan ini yang dibayar gaji
sebanyak RM 15,000 sebulan. Kumpulan ini merancang bagi menjatuhkan Anwar
Ibrahim. Itu sahaja. Mereka telah kenal pasti 113 orang yang akan dikumpulan
dan digunakan sepenuhnya untuk tujuan ini. Siapa mereka? Mereka adalah kenalan,
sahabat karib dan orang yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Mereka dihimpunkan
untuk hancurkan Anwar Ibrahim. Pemimpin yang mereka sanjung satu masa dahulu.
Saya bukan penyokong Anwar Ibrahim. Minat saya hanyalah
kepada Sidek Baba. Manusia yang rapat dengan saya tetapi jual dirinya kerana
dunia. Saya masih ahli UMNO, saya nasionalis bukan Islamis seperti Sidek Baba.
Hj Omar Bin Abdul Rahman
Ipoh Perak.
1 April 2013
Pencapaian Umno selama 56 tahun memerintah adalah sangat
berjaya melahirkan Professor Kangkung yang sanggup jual diri sendiri.
No comments:
Post a Comment