Sunday, April 21, 2013

PRU-13: Kerusi Panas!




P121 LEMBAH PANTAI
M:54.56% C:27.04% I:18.21% L:0.26%
1. Nurul Izzah Anwar (PKR)
2. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (BN)
3. Rusli Baba (Bebas)
Penyandang: Nurul Izzah Anwar (PKR)

(Berjayakah Nurul Izzah pertahankan kerusinya setelah diasak dari pelbagai sudut. Berdepan dengan lawan yang mempunyai sumber yang secukupnya. Nong Chik terpalit dengan kes anaknya berkait RM30 juta.)

P124 BANDAR TUN RAZAK
M:52.73% C:39.47% I:7.17% L:0.61%
1. Tan Kok Eng (BN)
2. Mokhtar Salahudin (Bebas)
3. Tan Sri Abd Khalid Ibrahim (PKR)
4. Mohamad Sukeri Abdul Samat (Bebas)
Penyandang: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR)

(MB selangor yang paling banyak kena saman dari rakyat Selangor sendiri barkaitan janji Manifesto selangor pada PRU-12. Beliau mendakwa berjaya melunaskan 90% janji manifesto semenjak 5 tahun lalu)

P125 PUTRAJAYA
M:52.73% C:39.47% I:7.17% L:0.61%
1. Datuk Husam Musa (Pas)
2. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN)
Penyandang: Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor (BN)

(Pertembungan klasik. Adnan yakin Husan akan hilang wang pertaruhannya di Putrajaya. Kebelakangan ini ramai juga kakitangan kerajaan yang menyokong PR.)

P140 SEGAMAT
M:41.25% C:47.65% I:11.03%
1. Datuk Chua Jui Meng (PKR)
2. Dr S. Subramaniam (BN)
Penyandang: Datuk Dr. S. Subramaniam (BN) 

(Bekas Menteri yang menyertai parti lawan.) 

P162 GELANG PATAH
M:33.54% C:54.06% I:12.22%
1. Lim Kit Siang (DAP)
2. Datuk Abdul Ghani Othman (BN)
Penyandang: Tan Ah Eng (BN) 

(Survival politik Ghani berhadapan dengan orang kuat DAP. Tidak lagi menjadi Menteri Besar selepas ini.)

N4 AYER HITAM
M:89.04% C:8.81% I:0.04% L:2.11%
1. Datuk Mukhriz Tun Mahathir (BN)
2. Abdul Ghani Ahmad (Pas)
Penyandang: Abd. Ghani Ahmad (Pas) 

(Mukhriz yang dikatakan bakal Menteri Besar yang baru jika BN tawan Kedah.)

P22 PASIR MAS
M:96.01% C:3.66% I:0.13% L:0.19%
1. Datuk Ibrahim Ali (Bebas)
2. Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Pas)
Penyandang: Datuk Ibrahim Ali (Pas) 

(Ibrahim yang popular asyik melompat parti. Boleh juga digelar sebagai pengkhianat. Dilihat sebagai proksi Dr Mahadhir.)

P127 JEMPOL
M:57.9% C:28.3% I:13.7% L:0.5%
1. Tan Sri Mohd. Isa Samad (BN)
2. Wan Aishah Wan Ariffin (Pas)
Penyandang: Datuk Lilah Yassin (BN) 

(Isa samad yang pernah dihukum kerana kesalahan rasuah, diberi kepercayaan menerajui Felda.)

P85 PEKAN
M:92.96% C:2.88% I:0.91% L:3.25%
1. Datuk Seri Najib Tun Razak (BN)
2. Fariz Musa (PKR)
Penyandang: Datuk Seri Najib Tun Razak (BN) 

(Najib pernah menang dengan majoriti hanya 205 undi dalam PR-11. Melonjak naik ke 26,464 pada PRU ke-12. Berjayakah Mr 1Malaysia ini mengekalkan momentum ini pada PRU-13)

N36 PELANGAI
M:67.43% C:25.14% I:6.87% L:0.56%
1. Datuk Seri Adnan Yaakob (BN)
2. Abdul Hamid Bahatim (Pas)
Penyandang: Datuk Seri Adnan Yaakob (BN)

(Adnan Yaakob mempertaruhkan telinganya jika BN kecundang.)

P67 KUALA KANGSAR
M:66.64% C:25.68% I:7.63% L:0.05%
1. Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad (BN)
2. Khalil Idham Lim Abdullah (Pas)
3. Kamilia Ibrahim (Bebas)
Penyandang: Datuk Seri Rafidah Aziz (BN) 

(Kamilia bekas timbalan Wanita Umno bertanding atas tiket Bebas setelah tidak terpilih mewakili BN.)

P74 LUMUT
M:48.77% C:38.49% I:12.03% L:0.71%
1. Datuk Seri Kong Cho Ha (BN)
2. Mohamad Imran Abd Hamid (PKR)
Penyandang: Datuk Kong Cho Ha (BN)

(Imran bekas Jeneral Tentera menyertai PR dan bertanding buat pertama kali) 

P3 ARAU
M:86.72% C:8.80% I:1.58% L:2.92%
1. Zainudin Yom (Bebas)
2. Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN)
3. Datuk Dr Haron Din (Pas)
Penyandang: Datuk Ismail Kassim (BN) 

(Pertembungan menarik 2 tokoh penting yang menentukan halatuju selepas PRU ini.)


P42 TASEK GELUGOR
M:77.18% C:14.79% I:7.57% L:0.46%
1. Shabudin Yahaya (BN)
2. Datuk Seri Abdul Rahman Maidin (Pas)
3. Datuk Seri Mohd Shariff Omar (Bebas)
Penyandang: Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (BN) 

(Syariff bekas menteri bertanding atas tiket Bebas setelah tidak dicalonkan BN. Juga mempunyai pengaruh yang kuat.)

P43 BAGAN
M:14.36 % C:70.34% I:15.03 % L:0.27%
1. Lim Guan Eng (DAP)
2. Chua Teik Siang (BN)
3. Lim Kim Chu (PCM)
Penyandang: Lim Guan Eng (DAP) 

(Lim KM dan Orang kuat DAP, berjayakah mengekalkan kerusinya di Bagan?.)

P44 PERMATANG PAUH
M:68.5% C:24.79% I:6.3% L:0.41%
1. Dr. Mazlan Ismail (BN)
2. Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR)
3. Dr Abdullah Zawawi Samsudin (Bebas)
Penyandang: Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR)

(Antara hidup dan mati. Setelah diasak pihak lawan dan media dari pelbagai sudut seolah tidak ada satupun kebaikan dan jasa Anwar pernah lakukan. Berjayakah beliau kali ini.?) 

N25 KLIAS
B/I:70.31% B/B/I:13.63% C:15.82% L:0.24%
1. Datuk Lajim Ukin (PKR)
2. Mohd Sanusi Taripin (SAPP)
3. Aliapa Osman (STAR)
4. Isnin Aliasnih @ Liasnih (BN)
Penyandang: Datuk Azizah Mohd. Dun (BN) 

(Lajim letak jawatan Menteri dan menyertai pikah lawan.)

N42 SUNGAI SIBUGA
B/I:74.01% B/B/I:3.14% C:22.53% L:0.32%
1. Datuk Seri Musa Aman (BN)
2. Mohd Arshad Abdul (Bebas)
3. A.M. Jafar @ Damaid Juana (SAPP)
4. Mohd Roslan Yussof (STAR)
5. Irwanshah Mustapha Ahmad (PKR)
Penyandang: Datuk Seri Musa Aman (BN) 

(Musa Aman, Sebagai KM yang dikaitkan dengan skandal RM40 juta. Bolehkah beliau diterima oleh pengundi Sarawak.?)

N9 TAMPARULI
B/I:23.28% B/B/I:60.79% C:15.67% L:0.26%
1. Mojilip Bumburing @ Wilfred (PKR)
2. Linggu @ Edward Bukut (STAR)
3. Stephan Gaimin (SAPP)
4. James Ongkili Jr. (Bebas)
5. Datuk Jahid @ Noordin Jahim (BN)
Penyandang: Datuk Jahid@Noordin Jahim (BN)

(Wilfred tokoh BN yang kini menentang BN pula)

P92 SABAK BERNAM
M:81.25% C:13.61% I:5.12% L:0.02%
1. Mohd. Fasiah Mohd Fakeh (BN)
2. Dr Abdul Aziz Bari (PKR)
Penyandang: Abd. Rahman Bakri (BN) 

(Dr Aziz dipecat dari UIA kerana komen2 akademik beliau yang dianggap menentang kerajaan. Kini berada dipihak lawan, berjayakah menang untuk kali pertama?.)

N22 TERATAI
M:39.5% C:55.3% I:4.7% L:0.4%
1. Ben Liew Pok Boon (BN)
2. Tiew Way Keng (DAP)
3. Jenice Lee Ying Ha (Bebas)
Penyandang: Jenice Lee Ying Ha (DAP) 

(Jenice didakwa atas tuduhan rasuah, tidak terpilih mewakili DAP kali ini. Atas desakan pengikutnya, beliau bertanding sebagai calon Bebas)

P108 SHAH ALAM
M:68.76% C:15.54% I:15.08% L:0.63%
1. Zulkifli Noordin (BN)
2. Khalid Samad (Pas)
Penyandang: Khalid Abd. Samad (Pas) 

(Zulkifli yang melompat parti dari PKR ke Bebas. Tokoh yang lantang menghentam Anwar, diberi kepercayaan mewakili BN kali ini. Terpalit kontroversi dengan kaum India yang marah atas kenyataannya yang dikatakan menghina tuhan mereka.)



No comments:

Post a Comment