Wednesday, April 10, 2013

Ke Penjara Jika Pakai Seksi-Seksi di Zambia




Kampala- Wanita berskirt mini di Zambia berdepan dengan hukuman penjara dan denda berat menurut satu undang-undang yang hendak diperkenalkan.

Jika diluluskan, undang-undang itu juga akan menyebabkan drama televisyen dan filem diharamkan.

Rang Undang-Undang Anti-Pornografi 2011 mencadangkan mereka didapati bersalah mendorong ke arah pornografi akan didenda 10 juta syiling Uganda (RM12,500) atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya.

Menteri Etika dan Integriti Simon Lokodo berkata: “Mana-mana pakaian yang mendedahkan bahagian tubuh yang boleh menaikkan nafsu adalah diharamkan. Apa juga pakaian yang di atas lutut diharamkan. Jika seorang wanita memakai skirt mini, kami akan menangkap mereka.” Rang Undang-Undang itu yang disokong Timbalan Peguam Negara Fred Ruhindi juga akan melihat banyak filem dan drama televisyen diharamkan dan penggunaan Internet diawasi.

“Ini bermakna selebriti seperti Beyonce dan Madonna akan diharam daripada disiarkan menerusi televisyen Uganda. Televisyen tidak sepatutnya menyiarkan orang seksi.

“Kami akan mengawasi Internet supaya kami tahu siapa yang melihat laman web apa dan kami akan tahu siapa yang menonton bahan pornografi,” katanya.
-malaysia-chronicle

No comments:

Post a Comment