Sunday, April 7, 2013

Bentang manifesto: Pakatan Rakyat 10 minit, BN siaran langsung






KUALA LUMPUR : Ketika Pakatan Rakyat bertungkus lumus menjelajah ke seluruh negara bagi membentang manifesto kepada rakyat, Umno Bn mendapat siaran langsung di media arus perdana.

“Agak lucu kerana Umno tawarkan 10 minit kepada Pakatan untuk bentangkan manifesto (secara rakaman),” kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

BN melancarkan manifestonya oleh Datuk Seri Najib Razak di Stadium Bukit Jalil malam tadi, disiar RTM secara langsung sedangkan Menteri Penerangan, Datuk Seri Rais Yatim sebelum ini hanya memberi 10 minit untuk Pakatan Rakyat membentang manifesto.

Persoalannya  kewajaran siaran langsung itu kerana kerajaan sedia ada bersifat kerajaan sementara sekali gus bermakna Umno BN sebagai pentadbir tidak boleh menggunakan agensi atau jentera kerajaan untuk kerja parti.

“Adakah Umno BN bayar atau tidak kepada RTM kerana guna fasiliti kerajaan. Secara undang-undang, Umno BN tidak boleh menggunakannya tujuan kerja parti,”

 

No comments:

Post a Comment