Tolonglah jangan cakap sorang-sorang...
Dah lama dah Ketua Pembangkang ajak berdebat fasal Manifesto
Ekk pun tak... Uuuk pun tak, senyap sunyi je...
Masih ada masa lagi 10 hari lagi sebelum hari buang undi..
Pakatan rangka Manifesto 2 tahun..
BN rangka Manifesto 2 bulan..(60 hari selepas PR lancarkan Manifesto)
Rakyat bukan nak tengok siapa kalah atau menang..
Orang nak tengok hujah siapa yang lebih realistik untuk memacu Malaysia
ke arah yang lebih Gemilang... barulah senang buat keputusan mana satu pilihan
hatiku!
Mengapalah susah sangat nak faham!
Malaysia boleh bankrap jika
guna manifesto PR, kata Najib
RANAU
- Tidak mustahil Malaysia akan mengalami nasib seperti beberapa negara di
Eropah yang akhirnya bankrap dan terpaksa 'melutut' (kepada Tabung Kewangan
Antarabangsa) sekiranya mengguna pakai segala akujanji dalam manifesto Pakatan
Rakyat yang banyak menjanjikan pemberian 'benda yang percuma'.
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, janji pakatan pembangkang itu tidak
berasas dan dibuat semata-mata untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan
raya umum 5 Mei ini.
Sebelum
ini Pakatan Rakyat mengumumkan Manifestonya yang antara lain memberikan
pendidikan percuma dan menurunkan harga minyak.
"Pakatan
buat janji macam-macam, tapi mana ada free dalam dunia ini, Tiada benda yang
free di dunia. Kata orang putih there is no such thing as a free lunch.
"Kenapa
negara Eropah (tertentu) bankrap? kerana mereka tidak mengurus (negara) dengan
baik. Dia punya cukai tinggi, orang tak ada insentif, lepas tu
ekonomi gelap, tak bayar cukai, akhirnya
ekonomi mereka merundum. - Bernama
No comments:
Post a Comment