Seoul: Video muzik baru bintang ‘Gangnam Style’ ditonton
lebih 10 juta kali di YouTube kurang daripada 24 jam selepas dia mempamerkan
tarian barunya di Seoul.
Bintang pop Korea Selatan itu, kelmarin membuat
persembahan kali pertama tarian goyang pinggul untuk meniru kejayaan ‘Gangnam
Style’ dan gerak tari kudanya dalam single terbaru, ‘Gentleman.’
Video itu diterbitkan sehari selepas lagu berkenaan
mendapat sambutan hangat menerusi online di seluruh dunia dengan catatan 10.7
juta tontonan dalam masa 15 jam selepas dilancarkan di satu konsert penuh sesak
di Seoul.
Video berkenaan menunjukkan Psy dengan cermin mata
hitamnya menari di beberapa lokasi di sekitar Seoul termasuk di sebuah kedai
pakaian ternama, restoran dan kolam renang.
Seni kata lagu itu mengisahkan penyanyi itu mengajuk dan
membuat lawak praktikal terhadap wanita termasuk menarik kerusi mereka ketika
mereka hendak duduk sebelum dia bertemu buku dengan ruas.
Video ‘Gangnam Style’ dan tarian kuda Psy membolehkan dia
menjadi terkenal di seluruh dunia tahun lalu selepas dimuatnaikkan ke YouTube.
Bagaimanapun, video yang menunjukkan dia melawat serta
tarian baru goyang pinggulnya menarik perhatian peminat.
“Lagu itu agak menarik! Saya duduk mendengarnya sambil
menggoyangkan pinggul saya walaupun saya tidak faham apa yang dinyanyikannya,”
kata seorang pengguna YouTube.
“Percayalah video ini akan menjadi yang kedua mencatatkan
1 bilion pengunjung,” kata seorang lagi pengulas sementara yang lain berkata:
“Selamat Tinggal Harlem Shake,” merujuk kepada satu lagi tarian yang menjadi
tarikan di seluruh dunia baru-baru ini. – AFP
@ Setakat ini ‘Gentleman’
telah 52,981,900 ditonton diYT. Pendapat aku ‘Gangnam Style’ lebih menarik dengan jalan penceritaanya...
No comments:
Post a Comment