Thursday, April 25, 2013

Bocor Rahsia! Bayern guna 'PowerPoint' Kaji Permainan Barca




Munich: Jurulatih Bayern Munich, Jupp Heynckes mendedahkan kunci utama skuad kendaliannya membelasah Barcelona 4-0 pada aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi semalam dengan membuat pembentangan mengenai analisis corak permainan gergasi Sepanyol itu kepada barisannya menerusi PowerPoint.

Kehebatan bintang sensasi Barcelona, Lionel Messi dan rakannya ditenggelamkan kelab gergasi Jerman itu yang kini hanya selangkah lagi untuk mara ke final buat kali kedua berturut-turut di Stadium Wembley bulan depan.

Empat gol Bayern dijaringkan oleh Thomas Muller pada minit ke-25 dan 82, Mario Gomez (49) dan Arjen Robben (73).

Saya sedar betapa besarnya perlawanan ini. Jika kamu menang 4-0 ke atas Barcelona, ia adalah prestasi menakjubkan yang dipamerkan pasukan kamu.

Adalah penting untuk kamu membuat analisis mengenai pihak lawan dan tahu corak permainan mereka sepenuhnya. Selain itu, kamu perlu ada perancangan dan membincangkannya dengan pemain.

Belum terjamin

Saya membuat analisis mengenai corak permainan Barcelona dan menggambarkannya menerusi pembentangan PowerPoint untuk pemain melihat sendiri pergerakan yang dilakukan mereka, kata Heynckes.

Walaupun memiliki kelebihan empat gol sebelum berkunjung ke Nou Camp untuk aksi kedua minggu depan, Heynckes menyifatkan slot ke final tetap belum terjamin kerana perlu mengharungi baki 90 minit perlawanan lagi. -Agensi

No comments:

Post a Comment