Seorang penduduk kampung membuang rasa malu untuk menjadi
model bogel untuk dipotrekkan. Cubaan terdesaknya itu hanyalah untuk
memperolehi wang bagi menampung kos perubatan kedua-dua anaknya yang sakit
tenat di Zhengzhou, ibu kota Henan, China.
Zhao Changyong, seorang petani berusia 47 tahun dari
Shangqiu di Henan, melangkah ke dalam studio secara relapaksa untuk menjadi model
bogel untuk lukisan.
Bapa kepada dua anak itu, Zhao telah membelanjakan lebih
600 ribu yuan untuk rawatan kepada dua anaknya. Anak yang berusia 22 tahun, kini
menerima rawatan anemia aplastik (Anemia Aplastik, adalah kondisi dimana sumsum
tidak dapat penghasilan maksima sehingga sel darah baru tidak mencukupi untuk
proses penggantian sel darah lama) di hospital dan anak perempuannya pula telah
disahkan menghidap leukemia lima tahun lalu.
"Saya begitu malu dan merasakan ingin berlari keluar
dari bilik." Kata Zhao.
Kerana tedesak, dia menanggalkan pakaiannya dan
memperoleh seratus yuan setelah gambarnya dipotretkan sejam kemudian.
"Saya tidak tahu apa-apa tentang seni." Kata
Zhao jujur. "Saya melakukannya hanya kerana wang, dan ia adalah satu cara untuk
mendapatkannya."
@syabas Zhao, sekurang-kurang anda tidak mencuri..
psssst! kalau kebesaran menjadi kebanggaan pula... jika kemetot? ...he3
No comments:
Post a Comment