Golongan bermasalah kerap layari Facebook
MISSOURI -
Sekumpulan penyelidik berpendapat, mereka yang kerap melayari laman Facebook
adalah tergolong dalam kumpulan yang
mempunyai masalah emosi.
Ketua
penyelidik dari Universiti Missouri, Russell Clayton berkata, golongan itu
terdiri daripada mereka yang dibelenggu dengan masalah kemurungan, pemabuk dan
penagih dadah serta masalah mental yang lain.
Kajian
yang diterbitkan dalam Jurnal Pengkomputeran dan Kelakuan Manusia turut
mendapati, hasil dari soal selidik dilakukan terhadap 500 pelajar, 225 daripadanya
mengakui mengalami masalah emosi.
“Mereka
menjadikan laman itu sebagai tempat meluahkan masalah dan perasaan. Pelajar
yang mempunyai tahap kebimbangan melampau dan kesepian pula lebih cenderung
menggunakan Facebook sebagai platform untuk berhubung dengan orang lain,”
katanya pada laporan DailyMail.
Clayton
berkata, golongan ini terlalu terdesak untuk bertemu dan berhubung dengan orang
dalam talian, berbanding bertemu di tempat awam.
Bagi yang
ketagih alkohol, mereka lebih berminat memuat naik gambar dalam keadaan mabuk
dan perkara itu adalah satu kepuasan buat golongan tersebut.-sh
No comments:
Post a Comment