Wednesday, April 10, 2013

Seksi Ke Jika Wanita Berjanggut??




Seorang ibu yang mula tumbuh janggut yang tebal selepas kelahiran anaknya 28 tahun lalu. Dia berasa seksi dan lebih yakin berbanding sebelum ini. Oleh itu dia tidak cuba untuk mencukur janggutnya.


Wanita kelahiran Jerman, yang hanya dikenali sebagai Mariam Laboriously, muncul di ITV untuk membincangkan mengapa dia tidak mencukur janggutnya hampir dua dekad. Mariam, 49, juga menjelaskan bahawa dia gembira dengan penampilannya dan tidak akan mengubah keadaan itu, walaupun dikritik oleh ibunya sendiri.

Beliau yang menjadi tetamu bersama-sama dengan pakar Dr Carol Cooper, mengatakan dia tidak pernah mempunyai apa-apa bulu di muka sebelum kelahiran anaknya, dan selepas itu secara beransur-ansur janggutnya mula tumbuh.


“Saya bertanya kepada ibu saya apa yang perlu dilakukan dan dia memberitahu saya untuk mencukurnya. Kemudian saya berjumpa pakar sakit puan dan diberitahu dia tidak perlu bimbang dengan keadaan itu.” Katanya.

Pada tahun 2008, apabila dia tinggal bersendirian dan tidak bekerja, Mariam memutuskan untuk membiarkan janggutnya terus tumbuh. Dia mula menulis blognya untuk memberitahu wanita lain tentang hal itu, dan melihat apa yang akan berlaku seterusnya. Dari komen-komen ada juga yang mengatakan.. 'orang-orang seperti saya perlu dihantar ke Rusia... atau ditembak. Kesiannya dia... he3.

No comments:

Post a Comment