Sunday, April 21, 2013

PRU-13: Selepas Mustafa Ali Dengan Video Seksnya, Kini Giliran Husam Musa Pula?




Itulah saja kerja mereka yang mampu buat...
Sepatutnya mendidik rakyat dan perpolitik secara matang
Elakkan politik rasuah, samseng dan lucah
Tak habis-habis nak selak dalam kain orang,
Lepas Anwar, Azmin pula yang kena,
Terbaru Mustafa Ali pulak dah, TGNA dalam pembikinan..
Adakah mungkin Husam dikaitkan dengan kambing kot?

Kes dengan papagomol pun tak habis lagi,
Yang lain pulak menyerah diri...
Itulah budaya kempen BeeEnd yang dah nak karam!
Berapa juta agaknya deme dapat yer...

Blogger akan dedah perangai Husam

PUTRAJAYA  - Calon import Pas dari Kelantan di Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa bakal menerima tamparan hebat apabila beberapa rakan baiknya akan mendedahkan siapa dirinya yang sebenar di atas pentas Barisan Nasional (BN).

Calon Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, antara rakan karibnya itu merupakan penulis blog terkenal yang mana salah seorang daripadanya pernah menjadi 'orang kuat' Naib Presiden Pas itu.

Katanya, seorang lagi penulis blog terkenal propembangkang yang kerap menulis cerita politik di peringkat Kelantan dan nasional juga akan berkempen menentang Husam.

"Salah seorang blogger terbabit ialah Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau Kickdefella yang menghubungi saya sendiri dan menyatakan kesediaan mendedahkan siapa Husam di atas pentas ceramah BN.

''Seorang lagi ialah blogger yang hardcore dengan beliau. Dia datang berjumpa sendiri dengan saya kelmarin. Blogger ini bersembang sehingga pukul 2 pagi dan berjanji membantu mendedahkan siapa Husam sebenarnya," katanya ketika ditemui selepas Majlis Bacaan Doa Selamat dan Solat Hajat di rumahnya semalam.

Menurut Tengku Adnan, semua rakan baik pemimpin kanan Pas itu bersetuju bertindak demikian kerana sayangkan negara.

Tambah Tengku Adnan, pihaknya juga akan menjemput seorang usahawan yang pernah terlibat dalam kontroversi projek penternakan kambing bersama Husam beberapa tahun lalu.

"Kita sudah jumpa Datuk Amin yang pernah berurus niaga kambing yang pernah diuar-uarkan oleh Husam satu waktu dulu dengan turut membawa bersama pegawai kewangannya, Fauzi Daud untuk mendedahkan transaksi tersebut," katanya.

No comments:

Post a Comment