(Muhyidin mengumumkan kemenangan palsu BN di DUN Senggarang semalam) |
KUALA LUMPUR: Tindakan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri
Muhyidin Yassin mengumumkan kemenangan tanpa bertanding calon BN di DUN
Senggarang semalam dikesali.
Ini kerana dakwaan orang nombor dua Barisan Nasional (BN)
itu terbukti bohong.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan calon PAS, Dr
Ramli Kari akan bertanding di situ melawan calon BN.
Kira-kira jam 1.20 semalam, TV3 mengumumkan kemenangan
tanpa bertanding calon BN di Senggarang, Johor.
Sehingga berita ini ditulis, laporan berita itu masih
disiarkan dalam laman web TV3.
"Barisan Nasional mencatat permulaan yang baik bagi
menghadapi kempen Pilihan Raya Umum ke-13 apabila menang tanpa bertanding bagi kerusi
Dewan Undangan Negeri Senggarang, Johor.
"Calon BN bagi kerusi berkenaan Abd Aziz Ismail
disahkan menang tanpa bertanding selepas borang pencalonan seorang lagi calon
ditolak pegawai pengurus pilihan raya kawasan berkenaan," lapor TV3.
Berita itu memetik kata-kata Muhyidin yang memperlekeh
calon PAS kononnya tidak pandai mengisi borang pencalonan.
Terbukti berita itu palsu apabila SPR mengesahkan
penyertaan calon PAS Dr Ramli Kari di situ.
"PAS bertanding di DUN Senggarang. Segala berita
mengatakan BN menang tanpa bertanding di Senggarang adalah palsu," tulis
laman Facebook PAS Kawasan Batu Pahat.
@ Kalau nak menang pun biarlah berhemah, Usah mengelat, jangan cuba nak tipu orang kampong yang asyik layan TV3 dan Utusan. Tunggu saja kot-kot ada RALAT dari TV3 dan juga Wak Din.
Tak fasal2 dapat dosa kering tuduh orang tak pandai isi borang...
Betullah kata kawan semalam... Tak menipu bukanlah Umeno namanyer...
No comments:
Post a Comment