Saturday, April 27, 2013

Pak Menteri Kata Jika Pakatan Hapuskan Tol, Negara Akan Bangkrap!!







Betul ke Jika Tol dihapuskan negara akan jatuh Muflis
Itu kata-kata yang di war-warkan oleh Pak Menteri kelahiran Umeno...
Munkin juga kata-kata itu lebih mesra kepada Tokan
Untuk lebih pencerahan. Meh sini nak surahkan bab tol neh..

Sejarah Pembinaan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)

1)Lebuhraya Utara-Selatan ialah projek lebuh raya kebangsaan pertama yang menghubungkan utara dan selatan Semenanjung Malaysia merentasi 8 buah negeri menghubungkan bandar-bandar utama di bahagian barat Semenanjung Malaysia menjadikan ia lebuh raya terpanjang di Malaysia dengan panjang keseluruhan 847.7 kilometer, menghubungkan antara Bukit Kayu Hitam hingga ke Johor Bahru.

2)Pembangunan rangkaian lebuh raya pertama kebangsaan itu dijalankan secara berperingkat bermula dari tahun 1981 hingga 1995. Lembaga Lebuhraya Malaysia ditubuhkan pada tahun 1980 bagi memantau kerja pembangunan peringkat awal sebelum tugasan tersebut diserahkan sepenuhnya kepada PLUS Expressway Bhd mulai tahun 1988. Lebuhraya Utara-Selatan beroperasi secara berperingkat-peringkat:

3)Rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan terdiri daripada jajaran utara, Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Baru Lembah Klang dan jajaran selatan. Jajaran utara bermula dari Bukit Kayu Hitam, Kedah hingga ke Jalan Duta, Kuala Lumpur. Jajaran selatan bermula dari Sungai Besi, Kuala Lumpur menganjur ke selatan dan berakhir di Johor Bahru. Kedua-dua jajaran tersebut dihubungkan dengan Lebuhraya Baru Lembah Klang dan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah.

4)Lebuh raya adalah kejayaan dasar Penswastaan tanpa membebankan kewangan kerajaan.
    

Antara Fakta Konsesi Tol Bagi Lebuhraya-Lebuhraya di Malaysia

Pembinaan Lebuhraya Utara Selatan :

        -Mula Dibuka : 8 September 1994
        -Kos Pembinaan : RM 6 billion
        -Pendapatan : RM24.3 billion
       - Keuntungan : RM 18.3 billion setakat ini...
        -ROI : 305%
        -Tempoh konsesi : Sehingga Disember 2038.

Pembinaan Lebuhraya Metramac

        -Kos Pembinaan : Hanya RM45 juta
        -Keuntungan : RM440 juta
        -ROI : 978%

Pembinaan Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak

        -Kos Pembinaan : Sekitar RM451 juta
        -Keuntungan : RM1.4 billion
        -Tempoh konsesi : selama 38 tahun.

Pembinaan Lebuhraya Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)

        -Kos Pembinaan : RM1,08 bilion
        -Keuntungan : RM1.61 bilion.
        -Tempoh konseasi : selama 34 tahun

Berapa lama masa yang diperlukan kepada taikun-taikun konsesi tol ini untuk mengumpul kekayaan hasil keperitan pembayar tol? Kita perlu realistik dalam berbuat keputusan. Jadi, konsesi tol yang sudah pun memperolehi keuntungan yang jauh lebih tinggi daripada modal yang dikeluarkan sepatutnya sudah boleh dihapuskan.

Yang pastinya syarikat konsesi tol boleh dikatakan hampir mustahil untuk tidak balik modal. Jikalau aliran kenderaan kurang, kerajaan kena top-up, dan, inilah yang terjadi apabila PLUS terpaksa membeli lebuhraya yang “tak laku” seperti :

1)Lebuhraya Seremban – PD expressway
2)Menanggung kos akibat penutupan tol seperti di Plaza Tol Senai di mana PLUS hanya mengutip tol di Tambak Johor sahaja
3)Lebuhraya Kulim

Tak cukup lagi dengan itu, syarikat konsesi dibenarkan untuk menaikkan kadar tol mengikut tempoh yang dipersetujui. Tetapi sekiranya kadar kenaikkan tidak dipersetujui, maka kerajaan terpaksa membayar pampasan atau ganti rugi kepada syarikat konsesi. Akhirnya “plus-minus” apabila dikirakan semula nilai pampasan yang telah diberikan oleh kerajaan kepada syarikat konsesi, sebenarnya kerajaan juga mampu membina lebuhraya tanpa swastakan lebuhraya tersebut.

Samalah juga dengan kes air Langat 2. Menteri cakap pun flip-flop, kejap kena tanya dengan pemegang konsesi, lepas tu kata kerajaan negeri Selangor sengaja nak membazir wang rakyat... atau tak ader asyuk!!!

Hapus dulu tol Sungai Nyior

Kuala Kangsar: Pakatan pembangkang dicabar menghapuskan Tol Sungai Nyior di Pulau Pinang terlebih dulu, sebelum berjanji kepada rakyat menghapuskan semua tol di seluruh negara jika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, turut mempersoalkan keupayaan pembangkang mahu menghapuskan tol itu jika penghapusan tol 50 sen di Tol Sungai Nyior yang dijanjikan DAP pada manifesto PRU-12 masih tidak dilakukan sehingga sekarang.

Tolnya 50 sen saja, itupun dia tidak mampu nak buat (hapuskan), jadi boleh percaya ke? (hapuskan tol seluruh negara), katanya ketika berucap pada majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia Parlimen Kuala Kangsar di sini, semalam.

Majlis itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Antara janji DAP pada PRU-12 ialah menghapuskan tol di Jambatan Pulau Pinang (RM7 sekali masuk) dan Tol Sungai Nyior (50 sen sehala) serta bonus RM6,000 setahun kepada keluarga berpendapatan RM6,000 ke bawah.

Pakej BORR

Kadar tol di laluan itu sebahagian pakej projek Lingkaran Luar Butterworth (BORR) yang bernilai RM400 juta ialah 50 sen hingga RM3.90 mengikut kelas kenderaan.

Zambry berkata, pembangkang juga menjanjikan yang terbaik untuk rakyat di Selangor termasuk pemberian wang tunai kepada ibu tunggal tetapi semua itu tidak ditunaikan. dari surat kabar mesra Umeno



Hapus tol tidak masuk akal

BUTTERWORTH - Janji pakatan pembangkang untuk menghapuskan tol lebuh raya apabila memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) adalah tidak masuk akal dan sukar untuk dilaksanakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, cadangan itu jika dilakukan akan menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung beban hutang yang banyak.

Katanya, ia tidak menolak kemungkinan negara akan menjadi muflis hanya kerana membayar pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya.

Menurut beliau, jika pakatan pembangkang menghapuskan tol, mereka tidak akan mempunyai sumber kewangan selain meminjam daripada pihak luar.

"Bila sudah pinjam, siapa yang akan bayar...sudah pasti anak cucu kita susah, kita tak mahu anak cucu kita susah hanya disebabkan pakatan nak buktikan boleh tunai janji pada kita sekarang. Surat khabar mesra Umeno jugak.


No comments:

Post a Comment