Wednesday, April 3, 2013

Parlimen DiBubar !: Kenapa Al-Jazeera Interview Anwar, Bukan pula PM Najib?





Wan Azizah, Nurul Izzah naik hasil sokongan rakyat bawahan

KUALA LUMPUR 3 APRIL: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Nurul Izzah mendaki tangga politik dari bawah, bukan ditatang seperti sesetengah pemimpin lain, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menjawap soalan stesen Tv antarabangsa, Al-Jazeera secara langsung petang ini, beliau berkata, isteri dan anak sulungnya berdepan pelbagai cabaran sebelum berada pada kedudukan sekarang.

“Azizah berkemampuan memimpin gabungan parti politik ketika saya masih di penjara. Sampai sekarang beliau masih Presiden KEADILAN. manakala Izzah juga menghadapi perjalanan sukar dalam politik.

“(Nurul) Izzah bukan puteri  raja yang dapat berbilion ringgit dan pelbagai keistimewaan lain, malah mengalami pelbagai kesukaran ketika menuntut di universiti.

“(Nurul) Izzah hadapi fitnah dan ancaman serangan di mana-mana, dapat kuasa politik dengan berjuang. Ini berbeza dengan anak orang lain yang kaya dan terkenal,” katanya.

Beliau menjawab soalan berkaitan amalan dinasti keluarga dalam politik pada wawancara empat minit secara langsung bermula jam 6.10 petang itu bersempena pembubaran Parlimen hari ini.

Sepanjang proses itu, Ketua Umum KEADILAN itu berdepan pelbagai soalan ‘panas’ dan mencabar tetapi dijawab dengan jitu.

Anwar bagaimanapun, berkata rakyat berhak memutuskan sama ada Nurul Izzah perlu diberi peluang untuk menjadi ahli parlimen dalam PRU 13 kelak.

Untuk tonton, wawancara penuh, KLIK INI.

No comments:

Post a Comment