Sunday, April 28, 2013

Harapan Kepada Pengundi Melayu - Anak Perantau Doha




Anak Perantau, Doha,
           
Rayuan kepada pengundi Melayu

Sejak hari pembubaran Parlimen Malaysia baru-baru ini saya memerhatikan perkembangan politik tanah air dengan lebih teliti apatah lagi apabila disebut-sebut yang Pilihanraya Umum kali ini akan menyaksikan pertarungan paling sengit antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Sebagai seorang Melayu Islam sudah tentu saya tidak boleh lari dari perasaan yang inginkan Islam dan Melayu megah di tanahair. Kuasa politik Melayu Islam seharusnya menjadi kuasa  dominan  ataupun paksi tunjang dalam sesuatu kerajaan yang dibentuk.

Selama ini Umno merupakan pemegang paksi tunjang tersebut didalam kerajaan Malaysia. Kita harus memberi  kepujian pada Umno yang memegang amanah ini semenjak Merdeka lagi dengan megahnya. Walaubagaimanapun, kita juga tidak dapat lari dari fakta yang semenjak tahun 2008, dominasi ataupun paksi tunjang Melayu  yang diterajui oleh Umno ini semakin terhakis didalam kerajaan.

Walaupun kemenangan diperolehi semasa PRU-12 pada 2008, apa yang dilihat Umno tidak lagi mewakili majoriti umat Melayu disebabkan kekalahan sebegitu banyak kerusi  dan Umno dilihat semakin hari semakin lemah dengan sokongan yang telah mula beralih kepada kepimpinan Melayu dari PAS dan PKR.

PRU-12 yang lalu juga menyaksikan peralihan  Paksi tunjang bagi kaum Bukan Melayu dengan kadar yang lebih pantas. MCA/MIC yang selama ini menjadi  jagoan bagi kaum Bukan Melayu telah pun ditinggalkan oleh Bukan Melayu dengan memilih DAP. PRU-13 ini bakal menyaksikan parti MCA/MIC dikuburkan terus oleh kaum Bukan Melayu. Mereka dilihat telah sepakat untuk memilih DAP sebagai parti yang akan memegang paksi tunjang kaum mereka. 

Untuk pilihnraya umum kali ini. Dari segi jumlah calon pula, saya tidak dapat lari dari memberi pujian kepada Pakatan Rakyat kerana meletakkan lebih ramai calon Melayu dari Barisan Nasional. Jumlah calon Melayu/Bukan Melayu adalah seperti  berikut:

Berdasarkan data di atas, zahirnya tidak perlu wujud sebarang kerisauan tentang dominasi kaum bukan Melayu di dalam  Parlimen atau di dalam Kabinet Malaysia. Akan tetapi kalau kita renung balik secara lebih mendalam, dengan kecondongan pengundi bukan Melayu pada Pakatan Rakyat yang ada sekarang, tidak mustahil Pakatan Rakyat boleh memenangi 65 dari 80 kerusi calon bukan Melayu yang dipertandingkan.

Untuk kerusi calon Melayu pula kecondongan buat ketika ini mengatakan bahawa 35% atau pun lebih kurang satu pertiga dari orang-orang Melayu menyokong Pakatan Rakyat.  Ini bermakna Pakatan Rakyat boleh memenangi lebih kurang 47 kerusi dari 142 kerusi Melayu yang dipertandingkan. Dengan jumlah kerusi Melayu 47 dan Bukan Melayu 65 itu, Pakatan Rakyat boleh membentuk kerajaan Malaysia dengan majoriti mudah. 

Akan tetapi perlu diingat yang kerajaan yang dibentuk itu bukanlah Melayu sebagai paksi tunjangnya!! Paksi tunjang Melayu/Islam yang terdiri dari ahli Parlimen Umno pada ketika itu akan berada di kerusi pembangkang di Parlimen Malaysia.

Oleh itu untuk memastikan perkara atas tidak berlaku adalah sewajarnya kekuatan atau kemenangan diberikan kepada calon-calon Melayu dari Pakatan Rakyat. Kemenangan besar calon Melayu didalam Pakatan Rakyat akan memastikan paksi tunjang politik Malaysia akan terus berada di tangan orang Melayu/Islam  baik di dalam Parlimen ataupun di Kabinet Malaysia. Undi anda adalah penentu kekuatan nadi politik orang Melayu/Islam di Malaysia.

Orang-orang Bukan Melayu telah pun membuat keputusan, bagaimana anda?


Dari,
Pengundi Melayu yang prihatin, Doha


No comments:

Post a Comment