Wednesday, April 10, 2013

Layak ke Bloger Papagomo Lawan Anwar dalam PRU-13?




PRU-13 semakin panas, andai pengendali blog lucah yang mendedahkan ‘salah laku’ dari Kem Pakatan Rakyat, terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Datuk Husam Musa layak menjadi calon. Kes saman-menyaman masih lagi berjalan.

Sepertimana yang disahkan oleh Pihak polis sendiri, Tanda tanya itu timbul memandangkan Papagomo, atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris sebelum ini didapati bersalah atas kesalahan rasuah dan didenda ketika bertugas sebagai konstabel polis trafik.
 
Mesra dengan Shafie Apdal


Mahkamah Rayuan pada tahun lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi, dan Wan Muhammad Azri didenda RM10,000 dan dijatuhi hukuman penjara 14 hari.

Intim dengan Menteri Dalam Negeri
Tidak pula menjadi mustahil dengan hubungan rapat dengan para pemimpin kanan UMNO. Apa saja boleh berlaku, apatah lagi setelah mendapat berbagai tips dan nasihat berguna...

Bersantai bersama Peguam Negara
Anwar amat merbahaya, selain dilabelkan sebagai ajen yahudi, juga merbahaya kepada sesetengah orang yang takut dengan bayangan mereka sendiri. Perancangan untuk menamatkan Anwar dari karier politiknya harus diteliti dan dirancang dengan rapi. Kelebihan Anwar kerana sudah biasa dan berpengalaman di penjara dan belum  bagi mereka.

Bersama Menteri Penerangan

Papagomo cabar Anwar di Permatang Pauh

KUALA LUMPUR  - Pengendali blog, Papagomo mengesahkan akan bertanding sebagai calon Bebas menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada di kawasan Parlimen Permatang Pauh atau di mana-mana kawasan yang ditandingi Ketua Pembangkang itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut Papagomo, keputusan itu bagi menunjukkan beliau benar-benar serius meminta Anwar berundur secara terhormat dari arena politik negara seperti diminta bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad lebih sedekad lalu.

Katanya, beliau sebelum ini sudah memberi amaran supaya Anwar berundur bagi mengelak video aksi homoseksual yang dikaitkan beliau dengan Anwar dipaparkan kepada umum, namun Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berdegil.

"Dr. Mahathir memberikan Anwar peluang untuk tidak diaibkan, jadi saya juga telah melaksanakan apa yang idola saya, Dr. Mahathir lakukan dengan memberikan amaran dan nasihat kepada Anwar berundur secara terhormat sebelum diaibkan dengan lebih dahsyat," katanya.

Kenyataan Papagomo itu dibacakan wakilnya, Mohamad Rafi Awang Kechik dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Mohamad Rafi yang juga Presiden Media Nadi Rakyat Malaysia (MNRM) membeli dua Borang Pencalonan Calon berharga RM20 setiap satu di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wilayah Persekutuan di sini.

Dalam pada itu, Mohamad Rafi menambah, keputusan Papagomo tersebut bagi mendedahkan sepenuhnya kepada rakyat watak sebenar Anwar dan berpendapat pilihan raya umum kali ini merupakan platform paling sesuai berbuat demikian.

Menurutnya, Papagomo mempunyai lebih daripada satu video membabitkan Ketua Pembangkang itu untuk didedahkan kepada umum sepanjang tempoh berkempen nanti.

Kata beliau, walaupun Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mendakwa video hanyalah 'besi' yang tidak boleh dijadikan bukti, pihaknya percaya rakyat berfikiran sebaliknya dan bijak menilai sesuatu isu.

"Harapan kami kepada rakyat supaya mereka menolak Anwar dan Parti Keadilan Rakyat kerana pemimpin pembangkang itu dan PKR perlu dikuburkan," katanya.

Sementara itu, katanya, MNRM mempunyai kira-kira 7,000 ahli di seluruh negara yang akan digerakkan bagi membantu kempen Papagomo menentang Anwar.

"Kami juga akan berusaha mencari dana dan menaja segala gerak kerja Papagomo nanti dan Papagomo akan ditampilkan pada hari penamaan calon," katanya.

Anwar sebelum ini bertindak menyaman Papagomo berhubung beberapa keping gambar intim yang didakwa beliau melibatkan Ketua Pembangkang itu dengan seorang lelaki walaupun gambar tersebut sebenarnya disiarkan di blog Raja Goyang.-utusang

No comments:

Post a Comment