Friday, August 30, 2013

Kisah Benar: Inginkan Anak Sanggup Bayar Jiran Untuk Tiduri Isteri




Ini memang satu cerita yang sangat pelik. Seorang lelaki dan isterinya yang merupakan model dan bekas ratu cantik begitu inginkan anak tetapi selepas beberapa lama, suaminya didapati sterile dan tidak boleh membuat isterinya mengandung.

Si suami telah membayar dan meminta tolong jirannya untuk membuat isterinya mengandung kerana jiran tersebut telah mempunyai 2 orang anak. Tetapi mencuba 72 kali dengan isterinya, bekas ratu cantik tetap tidak mengandung.

 
Jadi si suami ini memaksa jirannya untuk berjumpa doktor dan mendapati dia juga sterile. Tetapi siapa punya dua orang anak di rumahnya? Akhirnya isteri jiran mengaku yang dua orang itu adalah anak lelaki lain. Kini mahkamah juga tidak dapat putuskan apa nak buat dengan mereka.

Erti sterile = mandul, tidak subur, gersang, tandus.

Berita penuh di bawah ini :

  

Thursday, August 29, 2013

Persoalan Seksual [6]: Krim, losen omong kosong




Banyak kali saya menghuraikan perihal krim dan losen yang dirumus untuk anggota kelamin lelaki dan wanita yang kononnya mampu menambah nikmat hubungan seksual. Paling menarik, ia mampu membantu membesarkan alat kelamin serta memantapkan ereksi dan mengekalkannya.

Ini semua mengarut. Apa yang dinyatakan itu hanyalah sekadar madah peniaga untuk melariskan produk mereka. Malah, tidak ramai menyedari kesan dijanjikan hanya rekaan semata-mata. Kebanyakan krim dan losen ini tidak pernah diuji kaji dan pengiklanannya juga tidak pernah dapat kelulusan Kementerian Kesihatan walaupun sesetengah krim itu sering kelihatan di kaca televisyen.

Setakat ini hanya ada beberapa krim untuk lelaki dan wanita yang fungsinya untuk menyegarkan anggota kelamin dan tidak lebih daripada itu. Saya juga melakukan banyak kajian terhadap pelbagai krim sebegini untuk mengetahui jika produk terbabit benar-benar berkesan dan tidak memudaratkan kulit dan fungsi anggota kelamin. Namun, hampir semuanya adalah omong kosong pengeluar.

Ada juga yang mengiklankannya sebagai krim membesarkan anggota sulit lelaki dan kononnya untuk tahan lama. Ini tidak betul kerana ia sebenarnya hanya untuk menyegarkan anggota kelamin. Namun, jika itu yang anda inginkan, anda boleh menggunakan krim biasa yang lebih murah dan boleh dibeli di farmasi.

Ada krim dan losen mengandungi kimia larangan serta boleh mengakibatkan alahan kulit yang ketara. Bayangkan anggota kelamin anda yang asalnya berkulit lembut dan cerah bertukar menjadi kasar, menggelupas dan radang serta warna berubah menjadi gelap.

Ada juga sesetengah krim yang kononnya sesuai untuk mengatasi masalah cepat klimaks dan sebahagian ramuan di dalamnya mengandungi bahan perosak kulit seperti gambir Sarawak atau ekstrak paprika (lada) dan ekstrak bunga cengkih.

Jadi, anda boleh bayangkan apa yang akan berlaku jika anda menggunakannya. Kulit anggota kelamin akan terasa pijar dan tidak selesa. Kebetulan, jika lelaki itu menggunakan krim berkenaan dan bersetubuh dengan pasangan, bahagian luar anggota kelamin wanita itu akan turut terasa pijar dan bahagian dalam, iaitu faraj, mengelupas dan radang. Ia pastinya akan mengeruhkan keadaan.

Sama juga dengan krim mengandungi minyak lintah, ikan belacak, ular, gamat dan pelbagai lagi binatang yang menjalar. Semua hanya penipuan dan rekaan semata-mata. Jika anda kebetulan alah dengan bahan itu, anggota kelamin akan melecet dan menggelupas. Sama juga dengan pasangan anda, kulit anggota sulitnya akan mengelupas, radang dan faraj akan mengeluarkan cairan berbau.

Kebanyakan krim dan jeli yang dirumus khusus untuk anggota kelamin lelaki tidak pernah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan kerana ia didaftar sebagai krim atau jeli tradisional.

Begitupun, mendapat pendaftaran tidak bermakna produk terbabit diluluskan oleh kementerian. Jadi, pastikan anda membuat kajian menyeluruh dan bertanya pakar jika ingin mencari sesuatu produk terbabit.


Kereta Mewah Mercedes-Benz Murah Pada Yang Berduit!




Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd (MBM) memperkenalkan model baru E-Class yang menampilkan reka bentuk lebih sporty serta disepadukan dengan sistem enjin lebih cekap yang disasar membantu mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju segmen kereta mewah.

Menggabungkan ciri kemewahan, keselesaan dan pelbagai ciri terkini terutama sistem yang dapat membantu menghindar kemalangan, E-Class 2013 dinobatkan sebagai siri E terbaik yang pernah dikeluarkan pengeluar automotif Jerman itu. Baca lanjut [di sini].

Harga

E200 dan E250 BlueEFFICIENCY dikeluarkan secara pemasangan tempatan (CKD) di kilang MBM, Pekan, Pahang dan masing-masing dijual pada harga atas jalan tanpa insurans RM366,888 serta RM405,888 di Semenanjung Malaysia.

E-Class pada harga £32,400 klik sini.

Jika di Britain harganya sekitar £36,495 sebuah, dan dalam tukaran wang dalam Ringgit Malaysia kira-kira RM186,957 saja. Periksa harga [di sini]

Mercedes E CLASS E200 AMG Sport 4dr Tip Auto Petrol Saloon £36,495


Jika dijual di Malaysia pada harga RM366,888 dan harga di UK kira-kira
RM186,957. Ini bermakna rakyat Malaysia perlu membayar lebihan RM179,993.
Kenapa perlu membayar lebihan itu jika hanya pemasangan tempatan?
Pendek kata hanya yang berduit saja yang mampu milikinya. Tepuk dada tanya iman...

Kenapa kereta di Malaysia Mahal? baca [di sini]

Wednesday, August 28, 2013

Kisah Benar - Mati Hina Dalam Kemalangan Ngeri Semasa Berzina



Hiasan

Semalam sewaktu saya dalam perjalanan pulang, dalam kereta, saya dengar satu cerita yang sungguh dahsyat. cerita ini diceritakan oleh seorang ahli bomba dari utara semenanjung. ini kisah benar. Sama-sama kita renungi dan hayati kisah ini, jadikan pengajaran!

Satu hari beliau dan rakan-rakan telah menerima satu panggilan palsu berkenaan satu kemalangan yang telah berlaku di lebuhraya utara selatan. Oleh kerana untuk mengesahkannya maka beliau dan rakan2 telah ketempat yang dikatakan oleh pemanggil namun tiada apa yang terjadi disana. Dalam perjalanan pulang, waktu itu pukul satu pagi, hujan turun renyai-renyai.
Di satu persimpangan susur keluar dari lebuhraya, mereka ternampak sebuah mpv mewah yang terbalik dan remuk sekali kerana melanggar divider yang tajam. Mereka segera turun dan melihat kemalangan itu dengan niat ingin menolong kiranya ada yang terselamat. Tetapi apa yang mereka saksikan sungguh dahsyat dan menyayat hati. sesuatu yang tidak tergambarkan dahsyatnya.

Mereka jadi terkedu, tergamam, tiada sepatah perkataan pun yang dapat menggambarkan betapa dahsyatnya kejadian itu, semoga Allah melindungi kita semua dari kejadian yang seumpama ini. Pemandu mpv mewah itu telah pun mati terkulai di kerusi pemandu kerana kecederaan parah di kepala. MPV tersebut begitu remuk sehingga bumbungnya menghimpit kesemua pemandu dan penumpang di dalamnya.

Di bahagian belakang mpv mewah tersebut terdapat tiga susuk tubuh manusia. Seorang wanita dalam empat puluhan dan dua lelaki dalam dua puluhan. Tidak terdapat seurat benang pun pada tubuh mereka. bogel-sebogelnya. Wanita dan salah seorang lelaki itu dalam keadaan berpelukan kepala mereka pecah, darah menyembur di merata tempat, tulang rusuk mereka hancur dan tikam menikam antara satu sama lain, dahsyat sekali. tulang punggung wanita itu pula hancur.

Lebih dahsyat lagi dengan jelasnya mereka lihat zakar lelaki itu masih di dalam kemaluan wanita itu. Langsung mereka tidak dapat dipisahkan. Lelaki yang seorang lagi sedang dalam nazak dengan kecederaan parah di kepala, dan sayup-sayup kedengaran suaranya memanggil.. mummy…. mummy…. mummy…… Tangan pemuda yang melekat pada perempuan itu masih memegang zakar lelaki yang nazak itu.

Ahli bomba itu terjelepuk. tidak pernah dalam hidupnya terbayang akan boleh terjumpa keadaan seperti ini. Dengan semangat dari kawan-kawan, beliau segera bangun dan mengambil gergaji besi untuk memotong kenderaan yang remuk itu. Mereka mesti melakukannya secepat mungkin, sebelum kejadian yang memalukan itu dilihat oleh orang ramai.

Dalam kegelapan malam itu mereka bertungkus lumus membuat apa yang patut. Dalam kesibukan bekerja tiba tiba bulu roma ahli bomba itu meremang naik, badan nya menjadi seram sejuk dan dada berdebar kencang. Sambil bekerja, dengan jelas dari sudut mata beliau kelibat satu makhluk hitam yang sungguh besar memegang pedang, dengan muka yang sungguh bengis dan berang, nafasnya mendengus radang, mundar mandir dan mengelilingi kawasan kemalangan dengan gaya orang yang tersangat marah. Dalam hati ahli bomba itu berkata, “Ya Allah, besarnya kekuasaan mu, mungkin inilah dia malaikat maut yang dikatakan itu”.

Mereka mengeluarkan mayat-mayat tersebut satu persatu kecuali mayat wanita dan lelaki yang tidak dapat dipisahkan itu. Pada leher wanita tersebut terkalung tasbih yang memancar apabila terkena cahaya. ahli bomba itu melihat dengan jelas terdapat ukiran salib pada setiap butiran tasbih tersebut akibat pancaran cahaya bulan. Astaghfirullah hal azim!!, masyaAllah!! apakah yang telah terjadi??? Selepas memeriksa dokumen pengenalan diri mayat2 tersebut, jelaslah bahawa wanita itu adalah ibu kepada kedua lelaki tersebut. Agama yang tertera dalamnya ialah islam dan nama-nama mereka didahului dengan mohd dan nur………

Beginilah akibatnya orang yang telah melampaui batas melepasi garisan yang telah di tetapkan oleh Allah. Balasan Allah terlalu pantas sehingga kita tidak sedar ianya datang. Begitu juga orang yang menyebarkan dosa dan maksiat insan lain. Apa yang akan terjadi jika orang lain terpengaruh dengan apa yang dilihat? Mereka akan melakukan kemungkaran hasil pengaruh kita. Selagi mereka melakukannya selagi itu kita mendapat bahagian dari kemungkarannya itu.

Apakah akan terjadi jika mereka melahirkan anak luar nikah? itulah tanggungan kita hinggalah keakhir hayat mereka dan cucu cicit mereka. Akan datang apabila kita telah berumur, janganlah kita tanya mengapa musibah terjadi kepada kita, mengapa anakku cacat? Mengapa aku, anakku cucuku kena kanser? mengapa berlaku kemalangan yang dahsyat hingga mencacatkan aku, anakku dan ahli keluarga ku? Mengapa aku di tipu?, mengapa aku, anakku, ahli keluargaku dirompak, dirogol, dicederakan, mengapa ahli keluargaku melakukan jenayah, dipenjara dan dihukum? Sesungguhnya Allah itu maha adil. Dia akan membalas setiap apa yang kita lakukan secara sedar atau tidak.

Bertaubat dan kembalilah ke jalan yang diredai. Membuat dosa adalah fitrah manusia. Allah akan mengampunkan dosa kita kepadaNya walaupun sebesar mana sekalipun. Tetapi berbangga dengan dosa yang kita lakukan dan mempengaruhi manusia lain untuk sama membuat dosa adalah seburuk-buruk dosa dan hutang dosa ini bertambah selagi manusia yang kita pengaruhi itu membuatnya akibat kita.

Wallahu a’lam..

dariblog:dakwatblack.blogspot.com