Sunday, March 31, 2013

Bloger Papagomo Terus Dedahkan Siri Video Salahlaku Moral Yang Dikaitkan Dengan Tokoh Pembangkang

Sedutan vodeo yang dikaitkan dengan Anwar



Nampaknya bloger papagomo terus terusan meyakinkan pembaca blognya tentang salahlaku moral yang dikaitkan dengan tokoh pemimpin politik pembangkang Anwar Ibrahim. Siri demi siri akan diterbitkan. Ada juga yang persoalkan, kenapa tidak dikeluarkan saja kesemua sekali video seks nya, tidak kiralah 10 atau 20! Tidak ketahui apa sebabnya mengapa beliau tidak bertindak membantu ‘mangsa’ supaya membuat laporan polis supaya kertas siasatan boleh dibuka dan biarlah Mahkamah pula menjalankan tugasnya.

Papagomo mati-matian mengatakan Anwar terlibat dalam salahlaku ini, manakala Anwar juga bermati-matian juga mangatakan ini semua kompirasi untuk menghancurkan karier politiknya, tambahan pula bahang PRU-13 semakin hampiri tarikh 30 April ini. Berikutan itu laporan polis telahpun dibuat.

Apapun, perkara yang benar pastinya akan hadir juga. Tiap kesalahan itu pasti ada hukumannya, tidak didunia akan menanti pula di akhirat. Itu pasti!

Papa Gomo dedah episod ketiga video
KUALA LUMPUR 29 Mac - Pemilik blog, Papa Gomo malam ini, mendedahkan episod ketiga klip video perbualan mesra yang didakwa antara seorang pemimpin politik pembangkang dengan seorang lelaki lain yang tidak kelihatan di dalam sebuah bilik dipercayai bilik hotel.

Klip video berdurasi dua minit 32 saat itu merupakan sambungan kepada siri pertama dan kedua video sama yang disiarkan pengendali blog berkenaan dalam tempoh kira-kira dua minggu lalu. Video itu disiarkan menerusi http://www.papagomo.com.

Menurut pengendali blog berkenaan, pendedahannya menerusi video itu bukanlah fitnah kerana beliau mempunyai pengakuan lelaki yang dikaitkan di dalam video tersebut yang tidak boleh disangkal pemimpin politik pembangkang berkenaan.

Malah katanya, beliau masih lagi menunggu pemimpin politik pembangkang itu membuat laporan polis berhubung pendedahannya menerusi video tersebut.
Tambahnya, laporan polis itu pastinya akan membuka kepada siasatan lanjut seterusnya mendedahkan dengan lebih luas berhubung isu video tersebut.

Bintang Hollywood Tanpa MakeUp



Posting yang lepas kita telah lihat bagaimana selebritidari Korea boleh merubah wajah mereka menjadi lebih segar dan cantik. Kali ini lihat pula artis popular Hollywood dengan wajah asli dan setelah di makeUp!

Britney Spears


 Cameron Diaz
 

  Brooke Shields

  Jessica Biel

 Jane Seymour

 Halle Berry

 Katy Perry

 Kim Kardashian


 Nikki Cox

 Sharon Stone

Saturday, March 30, 2013

AS Provoke Korea Utara. Perang Dunia III Bakal Meletus?




Tak habis-habis puak polis dunia ni buat kacau..
Terakhir sekali di Afghanistan dan Iraq..
Sekarang nak acah Presiden ‘budak’ pulak dah
Darah Anak muda sentiasa panas dan pantang dicabar
Bila gajah berjuang, takut kancil yang kena tempiasnya...

 
Jong-un mengarahkan semua jeneral tentera bersedia
untuk serangan pada bila-bila masa.

Korea Utara melakukan persediaan terakhir untuk Menyerang
pangkalan udara AS di Korea Selatan dan Pasifik.




Korea Utara sedia serang AS
SEOUL 29 Mac - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un hari ini mengarahkan persiapan diadakan untuk melancarkan serangan roket ke Amerika Syarikat (AS) dan pangkalan tentera negara itu di Pasifik dan di Korea Selatan.

Arahan itu dibuat ketika Setiausaha Pertahanan AS, Chuck Hagel berkata, Washington tidak takut dengan ancaman Pyongyang dan bersedia untuk bertindak balas terhadap 'sebarang kemungkinan'.

Jong-un mengarahkan unit roket negaranya berada dalam keadaan siap siaga dalam mesyuarat tergempar dengan komander-komander tentera tengah malam tadi.

Tindakan itu diambil beberapa jam selepas pesawat pengebom AS, B-2, yang berupaya membawa bom nuklear menyertai latihan ketenteraan bersama antara Washington dan Seoul di Korea Selatan, semalam.

"Sekiranya AS membuat sebarang provokasi, tentera Korea Utara tidak akan teragak-agak menyerang tanah AS dan pangkalan tentera negara itu di Pasifik, termasuk di Hawaii dan Guam serta di Korea Selatan tanpa belas kasihan," kata Jong-un yang dipetik oleh Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Meskipun Korea Utara tidak terbukti mempunyai keupayaan untuk melancarkan serangan, Jong-un berkata, ini adalah masanya untuk menamatkan dasar imperialisme AS.

Menurut beliau, penglibatan pesawat pengebom B-2 dalam latihan kedua-dua negara itu semalam, bukan setakat satu demonstrasi tentera, tetapi 'membuktikan bahawa AS akan melancarkan perang nuklear'.

Sementara itu, seorang pegawai tentera Korea Selatan yang enggan dikenali memberitahu agensi berita Yonhap, mereka mengesan 'peningkatan mendadak' dalam pergerakan anggota serta kenderaan tentera di tapak peluru berpandu jarak sederhana dan jauh di Korea Utara.

Meskipun ancaman dari Pyongyang hanya dianggap sebagai retorik kerana belum ada bukti yang mengesahkan peluru berpandu Korea Utara berupaya membedil AS atau Guam dan Hawaii di Pasifik, Washington turut bertindak membalas ancaman itu.

"Kami akan bersiap sedia kerana kami perlu melakukannya untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan.

"Kami perlu memberi mesej jelas bahawa provokasi Korea Utara diambil serius dan kami akan bertindak balas," kata Hagel kepada wartawan di Pentagon bagi mempertahankan penggunaan pesawat B-2 dalam latihan itu. - AFP

Maaf Tuan! Tugas Polis Dah Kena Rembat




Selepas ini makin mudah lah kerja polis
Sebab tugas polis dah kena rembat!
Seronok juga... gaji naik, kerja pun makin ringan
Bolehlah tumpu pada kes yang lebih mencabar pulak..

Teringat pula... ada kawan yang bertanya?
Yang baling batu, kayu, pasu bunga kat Gombak tu puak mana?
Tang tikam orang tu... puak mana pula?
Tuan polis mesti dah dapat laporan kan?

Didakwa cuba cetus huru-hara

KUALA LUMPUR - Parti pembangkang dikesan cuba mencetuskan suasana huru-hara semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan tersebarnya risalah mengandungi cara untuk mewujudkan ketegangan di pusat-pusat mengundi di kawasan tertentu.

Risalah itu didakwa menyebut, peringkat pertama yang disarankan untuk dilakukan ialah mewujudkan kekecohan di pusat mengundi supaya orang ramai kecewa dan kurang senang dengan kelemahan pengurusan, mewujudkan kumpulan pengundi yang melakukan kekecohan dan memprotes supaya wujud rasa benci pengundi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Peringkat kedua pula menurut risalah yang tertera lambang parti pembangkang itu melibatkan pasukan media atas talian yang akan mewujudkan twitter khas memperlekeh SPR.

Menurut risalah itu, sasaran kekecohan ialah di kawasan Parlimen Gombak, Lembah Pantai, Permatang Pauh, Setiawangsa, Wangsa Maju, Bagan Serai, Bukit Katil, Muar, Pandan dan Sabak Bernam.

Strategi kotor itu didedahkan oleh Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM), Datuk Adiwijaya Abdullah dalam sidang akhbar di tapak Wisma Gayong Malaysia, di sini hari ini.

Adiwijaya berkata, maklumat yang diterima PSSGM itu agak mengejutkan dan sangat berbahaya kerana membabitkan keselamatan dan kestabilan negara.

"Kami terkejut apabila terdapat manual pilihan raya pembangkang yang mengandungi saranan untuk menimbulkan kekecohan semasa PRU-13 kelak.

"Kemungkinan besar mereka mahu mencipta suasana tidak aman tersebut agar tindakan dapat diambil terhadap mereka. Sekiranya pihak pembangkang tewas, ini dilihat membolehkan mereka menuduh bahawa PRU-13 dijalankan secara tidak adil," katanya.

Dalam sidang akhbar tersebut, Adiwijaya menunjukkan salinan risalah dengan kepala surat menggunakan lambang parti pembangkang bertarikh 15 Disember 2012 yang meminta ahli-ahli dan petugas PKR melakukan kekecohan di pusat mengundi di 10 kawasan Parlimen.

PSSGM, sehubungan itu menggesa agar SPR menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap dakwaan berkenaan.

"Pihak berkuasa juga diharap dapat memberikan jaminan dan memastikan keselamatan orang ramai semasa pilihan raya nanti khususnya di tempat pembuangan undi," katanya.

Ditanya penafian Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli semalam mengenai penglibatan pakatan pembangkang dalam hal itu, beliau menegaskan, PKR perlu membuat penafian perkara tersebut secara terbuka.

"Mereka perlu membuat sidang akhbar dan meminta supaya ahli-ahli mereka tidak melakukan sebarang kekecohan semasa PRU-13 nanti," katanya.

Sementara itu, usaha Utusan Malaysia menghubungi Rafizi bagi mendapat penjelasan lanjut berhubung dakwaan tersebut melalui telefon dan khidmat pesanan ringkas gagal.-utusan