Saturday, March 2, 2013

Apa kata Pakar mengenai PRU-13





Malaysia tetap stabil walaupun kerajaan bertukar,
kata pakar ekonomi AS Nouriel Roubini

KUALA LUMPUR, 1 Mac — Pertukaran sesebuah kerajaan dalam Pilihan Raya 2013 tidak bermakna kestabilan ekonomi dan sosial Malaysia akan tergugat, kata pakar ekonomi Amerika Syarikat Nouriel Roubini hari ini.

Roubini menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang memiliki kekuatan dalam proses demokrasi dan ekonominya diiktiraf diperingkat antarabangsa, dua faktor ini dilihat beliau sebagai faktor utama menjamin kestabilan dalam negara ketika ini serta dijangka kesinambungann yang akan berterusan.

“Saya ingin berkata, tidak kira apapun keputusannya, negara ini sudah menunjukkan kestabilan politik dan institusi.”

Pakar ekonomi tersebut yang terkenal dalam ramalannya keatas kejatuhan ekonomi di Amerika pada 2008 dan 2009 walaubagaimanapun memberikan pandangan kestabilan tersebut hanya akan kekal sekiranya proses demokratik berjalan dengan baik jika tidak sebaliknya akan berlaku seperti “Kebangkitan Negara Arab”.

Pertukaran sesebuah kerajaan dalam Pilihan Raya 2013 tidak bermakna kestabilan ekonomi dan sosial Malaysia akan tergugat, kata pakar ekonomi Amerika Syarikat Nouriel Roubini hari ini.

Beliau juga memberikan pandangan secara tak langsung terhadap beberapa langkah kerajaan yang memberikan pelbagai gula-gula politik seperti wang dan barang keperluan untuk meraih dengan menyifatkannya sebagai langkah yang tidak menguntungkan ekonomi sesebuah negara.

“Setiap kali adanya pilihan raya, sesiapa yang berkuasa sebelum pilihan raya akan memberikan wang tunai kepada orang ramai.

“Ini bagi meningkatkan peluang untuk menang dan tingkatkan defisit pada tahun pilihan raya. Tapi diharapkan langkah tersebut tidak diulangi semula,” ujar Nouriel yang juga dikenali sebagai “Dr Doom” itu lagi.

*******************************

Pakatan tidak akan hentam manifesto BN
SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) Selangor tidak bercadang untuk mengkritik manifesto Barisan Nasional (BN) sekiranya parti dominan yang memerintah negara ketika ini mengumumkan perkara itu sebelum Parlimen dibubarkan.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad berkata, pihaknya sebaliknya akan mengkaji semula sama ada manifesto yang dibentangkan BN itu memberi kebaikan kepada rakyat atau tidak.

“(Selepas PR mengumumkan manifesto), keseluruhan manifesto kita dihentam. Mereka kata (manifesto kita) janji kosong dan tidak tunai janji, tetapi kita tidak akan hentam (manifesto mereka) menyeluruh.

“Di Selangor, kita akui ada sebahagian (manifesto) tidak tertunai, tetapi hampir 80 peratus manifesto itu berjaya dilaksanakan,” katanya ketika diminta mengulas sama ada PR akan menghentam manifesto BN seperti mana kritikan yang diterima mereka selepas membentangkan perkara tersebut Isnin lalu.

Manifesto bertemakan ‘Pakatan Harapan Rakyat’ menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) itu antara lain menawarkan untuk membatalkan pelaksanaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan menghentikan operasi kilang nadir bumi Lynas.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Ng Suee Lim mendakwa, manifesto dibentangkan PR baru-baru ini memberi tamparan hebat kepada BN kerana tawaran yang dibuat pakatan itu menggugat mereka sehingga pelbagai kritikan dilempar.

“Contohnya, salah satu inti pati manifesto kita ialah menurunkan harga kereta secara berperingkat.

“Semalam (kelmarin), dalam media, dilaporkan bahawa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengumumkan duti model kereta import dari Australia dan Jepun akan diturunkan dalam tempoh tiga atau empat tahun lagi. BN terpaksa ikut tawaran PR. Ini satu keuntungan kepada rakyat,” katanya.

Suee Lim berkata, pihaknya memandang kritikan itu secara positif kerana beranggapan bahawa pengumuman manifesto yang dibuat tersebut merupakan satu sejarah memandangkan ia dilaksanakan sebelum Parlimen dibubarkan.

Dalam pada itu, Ketua Wanita PKR Negeri, Haniza Mohamed Talha mendakwa, kritikan itu dibuat kerana BN cemas apabila PR berjaya mengemukakan manifesto tentang perancangan untuk rakyat Malaysia pada masa akan datang.

“Mereka (BN) pula selaku sebuah kerajaan yang memerintah masih tiada manifesto lagi. Mereka tiada idea lain, jadi malulah kerana kerajaan pemerintah yang ada seluruh jentera tidak dapat keluarkan manifesto.

“Orang yang tidak melihat (manifesto PR) dengan mentaliti tidak terbuka, akan kata (manifesto kita) tidak bagus. Sedangkan sebelum manifesto itu dibuat, kita sudah buat kira-kira,” katanya.-SH

No comments:

Post a Comment