Tak apa la beb,
kerja papapon
Janji ati senang....
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta,
nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia
mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah
sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat”.- (Riwayat Ahmad)
Nabi SAW bersabda,
“Akan masuk ke syurga orang-orang yang hati mereka
seperti hati burung (yakni benar-benar berserah dan percaya kepada jaminan
Allah pada dirinya.”- (Riwayat Muslim)
***********************
Bob Lokman
Jual Buku, Kacang Selepas Tinggalkan Dunia Seni
PETALING
JAYA: Bekas Pelawak Bob Lokman menyara kehidupannya dengan bekerja sebagai
penjual buku, kacang dan nasi selepas meninggalkan dunia seni untuk menyertai
parti politik.
Bob
atau nama sebenar Muhammad Hakim Lokman, 48, berkata beliau terpaksa melakukan
pekerjaan tersebut untuk melangsaikan beberapa hutangnya yang masih tertangguh.
"Selepas
sudah tidak terlibat lagi dengan dunia hiburan, saya menyara kehidupan dengan
menjual buku-buku, kacang dan nasi.
"Saya
terpaksa berniaga kecil-kecilan bagi menyara kehidupan untuk melangsaikan
hutang-hutang yang masih ada," katanya kepada mStar Online ketika
dihubungi di sini, Jumaat apabila ditanya tentang perkembangan terbaharu
beliau.
Bob
Lokman yang pernah menjadi juri pada program Maharaja Lawak dan penulis lirik
lagu Isabella (nyanyian Search) itu telah menyertai parti PAS dan banyak
melakukan ceramah untuk parti itu.
Beliau
turut menjual buku dan kacang di lokasi tempat ceramah yang dianjurkan parti
berkenaan serta di kawasan rumahnya di Sungai Buloh, dekat sini.
Dalam
pada itu, menyentuh sejauh mana penglibatannya dalam bidang politik, Bob
berkata, dia tidak berniat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke 13
(PRU-13) akan datang.
"Perjuangan
saya adalah untuk Islam dan bukan untuk menjadi wakil rakyat. Saya hanya
menyokong parti yang menegakkan dasar-dasar Islam," ujarnya.
Katanya,
dia telah mengambil pendekatan untuk menjalani hidup secara sederhana selepas
tekad meninggalkan dunia seni.
Ketika
ditanya adakah benar beliau mengkritik program kerajaan Jelajah Janji Ditepati
(JJD) seperti dilaporkan akhbar Bob berkata, laporan berkenaan adalah benar dan
ia akan diteruskan dalam siri ceramahnya akan datang.
Dalam
laporan tersebut, Bob menyifatkan bahawa penganjuran program JJD sebagai
bertentangan dengan syariat Islam.
No comments:
Post a Comment